BREAKING NEWS
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan

Jubah Cina untuk Raya Aidilfitri?? Melayu makin layu


Nampaknya melayu sekarang makin advance sehingga hari kebesaran seperti Aidilfitri pun sudah mula dicampur adukkan dengan budaya luar.

Kalau sebelum ni korang disajikan dengan jubah sado yang ketat untuk lelaki pakai di hari raya, yang latest pulak ialah Jubah IP-Man yang diadaptasikan dari filem kungfu cina.

Dah habis idea ke bani melayu tu semua nak cari rezeki berniaga sampaikan sanggup ketepikan budaya serta tradisi sendiri beb?

Dah tak cantik ke baju melayu ataupun paling kurang jubah melayu yang bercirikan arab? Nak tambah pulak suruh anak-anak melayu pakai jubah cina di hari raya? Apa lah mangkuk betul pemikiran peniaga zaman sekarang ni?

Lepas ni apa pulak? Jubah untuk hari raya versi kurta pulak ke? Tak pun Jubah raya versi Kpop???

Malu beb.. Korang pernah tengok ke kaum cina pakai baju melayu di hari perayaan dorang? Ataupun orang India cuba pakai fesyen orang Islam semasa perayaan Deepavali? Tak ada kannn..

Itu maknanya generasi melayu-melayu sekarang makin tiga suku. Dorang lebih teruja ikut budaya asing berbanding budaya tradisi sendiri.

Sebab tu ramai je korang tengok anak-anak dara sekarang terkinja-kinja ber'KPOP' bagai.. Sekarang ni budak lelaki pulak yang gila berfesyen sampai tak sedar diri.

Tak tahulah nak cakap.. Nak kata tak cerdik tapi ramai je yang ada diploma dan degree bagai.. Tapi itulah.., susah nak faham sebenarnya apa yang tak cukup lagi. Haihh.


Kuala Lumpur International Hotel raikan Darling dan peminat.


Jika masih ingat rancangan Idola Kecil, pada tahun 2012 adik Wan Azlyn atau dikenali sebagai Darling yang kini telah berusia 16 tahun, beliau telah diraikan oleh pihak KL International (KLI) hotel untuk meluangkan masa bersama peminatnya.

Di dalam satu majlis yang sangat meriah ini bukan saja satu peluang untuk Darling bertemu peminatnya, beliau juga telah mengambil kesempatan menghiburkan mereka dengan lagu popularnya berjudul 'Takkan Ada' dari single pertamanya.

Menurut Eksekutif Jualan dan Pemasaran KLI, Siti Aishah Yahaya, pihak hotel telah diberi peluang sebagai penganjur untuk memberi sokongan kepada bakat bintang baru ini di mana seharusnya diteruskan minat dan membina kerjayanya di dalam bidang seni.

Penyanyi berbakat besar yang berasal dari Kedah itu sebelum ini tampil dengan lagu duet bersama kumpulan Viral ciptaan komposer, DJ Fuzz. Walaupun masih lagi bergelar pelajar di Sekolah Menengah Chio Min, Kulim, Kedah, Darling berkebolehan menyanyi dalam 10 bahasa berbeza termasuk bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis, Hokkian, Hindi, Thailand, Jepun, Korea dan Arab.

Pelbagai acara telah dianjurkan KLI untuk Darling dan di antaranya termasuk cabutan bertuah dan sesi beramah mesra. Rata-rata yang telah hadir ibarat sebagai sebuah keluarga walaupun tiada pertalian keluarga dan di atas sikap mereka yang mesra dan sangat 'sporting', setiap acara yang disediakan pihak KLI hotel pasti akan disertai mereka dan suasana riang pasti dirasakan.

Perjumpaan dengan peminat seumpama ini akan dilanjutkan ke negeri kelahiran Darling di Kedah di dalam masa terdekat nanti.

Darling berasa sungguh berpuas hati dan gembira dengan penganjuran majlis oleh KLI hotel dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana sudi dan bermurah hati menaja majlis perjumpaan dengan peminatnya. -SuaraTV

Peserta Jepun buktikan kehebatan berpidato dalam Bahasa Melayu.


Peserta dari Jepun, Hatsune Yanai, 21, dinobatkan juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2016 kategori Antarabangsa, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Hatsune Yanai, memilih tajuk pidato ‘Ilmu Keamanan Yang Seimbang Kunci Kebahagiaan Manusia’ berjaya menambat hati para juri sekali gus menewaskan dua pesaing terdekat dalam pertandingan akhir semalam.

Sementara itu, Wang Jialu Aleeya, 20, dari China hanya berpuas hati dengan gelaran naib johan manakala Megan Rose Donelly, 27, dari Amerika Syarikat diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga bagi kategori yang sama.

Hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut merasmikan pertandingan tersebut.

Dalam pada itu, wakil Malaysia, , Muhamad Haziq Jamaludin, 23, yang juga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara bagi kategori Alam Melayu menerusi tajuk pidato ‘Rahsia Keamanan’.

Kemenangan itu sekali gus menewaskan rakan senegara, Irfan Mohamad Fairus, 21, yang diumumkan sebagai naib johan dan Muhammad Sa’mae, 19, dari Thailand (tempat ketiga).

Abdalla Hassan Gharib, 36, dari Tanzania pula diumumkan juara kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (Pam) diikuti Nasear Slayman, 31, dari Kemboja (naib johan) dan Anas Mohamad Husian Kassim, 26, dari Iraq di tempat ketiga.

Johan bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, piala Perdana Menteri, piala dan hadiah iringan serta sijil.
Naib johan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 (piala dan hadiah iringan serta sijil) manakala tempat ketiga menerima RM8,000 (piala dan hadiah iringan serta sijil).

Seramai 47 peserta dari 34 buah negara mengambil bahagian dalam pertandingan PABM Piala Perdana Menteri 2016 yang bermula Isnin lalu, namun hanya sembilan peserta yang layak ke peringkat akhir.

Pertandingan PABM peringkat akhir diadili oleh tujuh juri profesional terdiri daripada tokoh dan pakar bahasa itu disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di saluran TV2. - UTUSAN

Pidato Piala Perdana Menteri tampilkan penguasaan B.Melayu tahap tinggi.


Semua 20 peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2016 bagi kategori Antarabangsa dan Pelajar Antarabangsa di Malaysia yang terpilih ke suku akhir berjaya menampilkan penguasaan bahasa Melayu pada tahap tinggi.

Penyelaras Teknikal dan Penghakiman PABM 2016, Dr. Mazleena Mohamad Hussain berkata, sedangkan pada penganjuran edisi lalu, tahap penguasaan tersebut hanya dapat dilihat pada peserta kategori Alam Melayu.

Katanya, pada edisi kali ini, kesemua peserta yang dipilih berjaya menarik perhatian tiga juri yang terdiri daripada wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan mereka yang berpengalaman dalam pertandingan pidato peringkat universiti.

“Kali ini kami mendapati kesemua peserta berjaya menguasai bahasa tersebut dengan baik. Saya yakin persaingan PABM kali ini akan lebih sengit dan para juri perlu menilai isi kandungan serta penggunaan bahasa setiap peserta dengan lebih teliti.

“Perkara paling penting adalah fakta yang diketengahkan dalam setiap pemidato perlu tepat dan bukan rekaan semata-mata selain memastikan penggunaan bahasa Melayu Malaysia, bukan dari negara jiran,” katanya.

Keseluruhannya seramai 47 peserta mengambil bahagian dalam PABM 2016 yang memasuki edisi ke-10 dengan tiga kategori dipertandingkan iaitu, Antarabangsa, Pelajar Antarabangsa di Malaysia dan Alam Melayu.

PABM 2016 bermula semalam dengan persaingan pusingan awal manakala hari ini telah berlangsung saingan suku akhir dan akan diikuti separuh akhir pada Rabu manakala malam kemuncak iaitu pertandingan akhir pada Jumaat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Lima peserta kategori Alam Melayu dari empat buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Brunei dan Singapura secara automatik layak ke peringkat separuh akhir.

PABM 2016 merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama DBP, Majlis Debat Universiti Malaysia (Madum) dan Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (Makum).

Pertandingan tahun ini bertemakan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu telah menetapkan 12 tema tajuk antaranya Yang Tua Dikasihi, Yang Muda Disayangi dan Kesaksamaan gender. - Utusan

Aksi bangga gadis melayu bertudung sedut air liur boifren


Anak sapa ni yang beraksi mengalahkan puak-puak kafir? Ada sesapa yang kenal tak? Kalau ada yang kenal, tolong passing gambar ni pada mak bapak budak ni ye..

Bukannya apa, bangga sangat nampaknya budak pompuan ni tayang gambar aksi sedut air liur boifren dia tu.. Sedap sangat gamaknya air liur jantan tu sampaikan dia bangga nak kongsi dengan sekalian umat Islam yang ada..

Ni dah tentu-tentu tak kawin lagi kann.. Kalau setakat cium macam ni dah kira biasa.., nanti berenang berirama atas toto kat rumah sewa atau buat kuak lentang dalam semak tepi hutan sawit pun kira biasa lah..

Pastu cukup tempoh.., pakat meroyan la jumpa bayi baru lahir dibuang di tempat sampah.., di tepi masjid ataupun dalam longkang hasil dari perbuatan sumbang aksi jolok kelangkang dua remaja berkenaan..

Masyarakat melayu/Islam dalam negara pun mula dok salahkan satu sama lain kononnya keruntuhan akhlak semakin menggerunkan dikalangan remaja melayu.. Walhal sapa yang patut disalahkan sebenarnya?

Gua dah laksanakan tugas gua bila sebarkan gambar-gambar aib macam ni.. Dengan harapan mak bapak diluar sana lebih prihatin tentang perangai setan anak-anak dorang dibawah pengaruh jantan bergelar boifren..

Kalau la benda ni jadi depan gua, confirm dua budak merenyam dalam gambar tu sedut tapak tangan pulak beb.. Itu kira ok la sebelum dorang sedut pulak api neraka bila tanggung dosa buang anak nanti kann...

Kepada mak bapak budak2 diatas, nanti korang jawab ye tentang kegagalan korang mendidik anak.. Tak payah bangga sangat boleh ada rumah besar atau kereta besar kalau tak sedar anak-anak sendiri dirasuk syaitan besar.. Hohohoho

Anak Yatim di Terengganu dipaksa cium kaki tauke kedai makan





Baru-baru ni ada satu video tersebar di media sosial, seorang budak perempuan anak yatim dipaksa cium kaki oleh seorang budak perempuan lain yang dikatakan anak pemilik kedai makan di Terengganu.

Ewahhh-ewahhh minah gemok tak sedar diri ni, ‘sedap’ dia bagi kaki tu kat orang untuk dicium ye?? Perangai buruk benor!!! Perbuatan kurang ajar minah ni mendapat kecam orang ramai. Di laman Facebook dia tu payah nak habaq la kan, penuh cacian dari orang ramai.

Yang lebih ‘panas’tu, masa anak yatim tu cium kaki minah tu turut ada saksi tak bertauliah dan juga dikatakan mak kepada minah kurang ajar tu! Siap tepuk tangan lagi tu yang tak boleh blah!

Seronok dia noh anak buat biadap kat orang macam tu???? Bangga ke??? Disebabkan perbuatan biadap perempuan tu, kedai makan bapak dia turut terima tempiasnya.

Bak kata pepatah kerana setitik nila, rosak la susu sebelanga, kan? Orang ramai pakai boikot kedai makan bapak dia. Di menguar-uarkan di laman sosial, ‘kempen boikot kedai Badrol ICT Teluk Ketapang.’

Pemilik kedai tu diminta tampil buat penjelasan pasal isu anak dia tu untuk meredakan kemarahan orang ramai. Kalau tak tampil kan diri untuk jelaskan semua ni, lepas ni tutup la kedai tu. Dah tak laku!



Remaja pompuan bangga tayang tali baju dalam..


Hai dik bangga ye tayang aurat cenggitu??? Nak tunjuk apa yang menarik sanggat tu? Nak main teka-teki? Teka baju dalam warna apa hari ni ye?? Bangang betul la minah ni.

Buat muka penyek macam itik tu ingat comel la tu, muncung mulut sikit nanti ramai la yang ’like’ noh. Tak ada ‘modal’ lain ke nak cari ramaii pengikut di media sosial???

Status yang menyampah dan bodoh, ‘hai Hey Yoe.. Dedahkan Aurat Jap.. Hhhiihi..Tak Leh Lama..hahahhaha’.

Ramai anak melayu jadi macam ni sekarang, dah tak terkawal dah. Cara lelaki lain pula, merempit sana sini kononnya tunjuk hebat. Yang perempuan cenggini pula, buka sana sini ditayang. Haru-haru.

Maruah dah tak ada makna bagi diorang. Nak ikut cara barat tayang sana sini dan terjojol sana sini dipertontonkan kepada orang tanpa segan silu!!Bila ditegur kata tak open minded dan tak ikut arus permodenan kononnya.

Bila menyesal suatu hari nanti, nak menangis air mata darah sekalipun dah tak berguna. Hidup ni jangan disia-siakan dengan benda yang tak mendatang faedah dan merosakkan diri sendiri!

Dua wanita separuh bogel naik atas pentas sewaktu Imam tengah bagi syarahan



Persidangan Islam yang diadakan di Pontoise, Perancis bertukar menjadi huru-hara  bila dua aktivis sosial perempuan bertindak diluar kawalan melakukan aksi separuh bogel masa majlis sedang berlangsung.

Memang kurang ajar dua orang minah tu!!! Menerusi satu video yang tersebar dan mengejutkan ramai orang, diorang tiba-tiba aje melompat ke atas pentas macam beruk suka menganggu orang, lepas tu paksa pula dua orang lelaki dipercayai Imam untuk beredar dan melaungkan beberapa slogan sebelum pasukan keselamatan membawa diorang turun dari pentas.

“Tiada sesiapa boleh paksa saya menyembah kepada apa-apa pun,”  tertulis di atas buah dada perempuan yang menimbulkan kekecohan.

Kedua-dua perempuan tu diusir daripada pentas dan dapat disaksikan salah seorang daripada diorang disepak oleh seorang lelaki. 

Difahamkan, dua perempuan tu dari kumpulan FEMEN diasaskan di Ukraine pada tahun 2008 dan dikatakan berpangkalan di Paris. Diorang menggambarkan idealogi diorang melalui tiga perkara, sexterisme, atheis dan feminisme.

Pertubuhan tu terkenal dengan aksi melampau membuka baju di khalayak ramai. Sebelum ni pada tahun 2014, diorang melakukan provokasi sewaktu program persidangan Islam yang diadakan di Berlin, German.

Serta pada 1 Mei lepas, aktivis FEMEN juga mengganggu ucapan Marine Le Pen pada sambutan Hari Mei dalam sebuah perhimpunan oleh Parti Kebangsaan Perancis juga di Paris.

Ni baru dua orang, kumpulan tu selalunya dilihat beramai-ramai tunjuk perasaan tak pakai baju tayang dada yang tertulis sesuatu yang diorang bangkang! Diorang berani mati buat semua tu janji misi diorang tercapai!

Lagi perangai celaka CINA.. Makan babi dalam tray Hospital!!



Sebuah hospital di Perak ada satu kes menimbulkan kemarahan orang ramai apabila seorang lelaki memuat naik beberapa gambar sisa makanan yang dipercayai babi yang dibawa oleh ahli family pesakit kat hospital tu.

Disebabkan tu, Ketua Chef, Ghazali di hospital tu dan kakitangannya mengesan sisa-sia makanan (tulang) babi di dalam mangkuk yang disediakan oleh pihak dia pada hospital.

“Semua pesakit telah disediakan makanan oleh pihak hospital. Jadi tidak perlulah membawa daging babi dan tinggalkan Tulang babi dalam mangkuk kerana mangkuk itu akan digunakan oleh pesakit lain yang beragama Islam. Tak pasal-pasal kami kena samak!,” kata Ghzali.

Sesetengah non-muslim ni ada aje diorang nak buat onar kat orang Islam. Saja cari pasal nak timbulkan kemarahan orang ramai. Nak menunjukkan orang Islam ni cepat melenting. Ada aje akal diorang ni!!

Sesetengah orang ada yang mengatakan kononnya tu bukan tulang babi, Gahzali bidas sebagai tukang masak, sudah pasti diorang dapat bezakan tulang haiwan yang dimasak.

“Tulang babi berbeza warnanya dari tulang lembu atau ayam, cerah warnanya. Takkanlah tukang masak tak boleh membezakan tulang dari ayam atau binatang yang besar?,” kata Ghazali.

Disebabkan hal ni, nama hospital yang menjadi ‘mangsa’ tu tak disebut kerana bimbang dan akan mencetus panik dikalangan pesakit nanti.

Semakin menjadi-jadi pula kes macam ni jadi noh. Isu pasal anjing dibawa dalam troli kat pasar raya pun still ‘panas’, ni muncul pula kes tulang babi ditinggalkan dalam mangkuk hospital.

Diorang ingat tu hospital non-muslim ke??? Nak makan babi ke bapak biawak kan, makan kat rumah aje la bila dah sembuh nanti! Ni menyusahkan orang nak kena samak bagai!!

CINA ajar anak-anak benci kepada melayu di Malaysia?


Dipetik dari perkongsian facebook Puan Ann Shamsiah Ali dari Kuala Lumpur..


Beberapa hari lepas, suami saya berdepan dengan satu insiden yang sangat mencabar dan menduga kesabarannya. Ceritanya begini.... En suami baru balik dari kerja...bila lift dah sampai, suami masuk di dalam lift...tetiba nampak satu keluarga yang berlainan bangsa sedang menuju ke lift, dia pun halang pintu dari tertutup, keluarga tersebut masuk (tanpa mengucapkan terima kasih). Satu lagi pasangan lain yg juga berlainan bangsa masuk, dan senyum sambil mengangguk pada suami....

Pasangan pertama bersama anak mereka berpakaian "ballet", usia sekitar 4 atau 5 tahun. Suami senyum melihat anak kecil tersebut dan terus menegur...'Hi... just came back from ballet?" Anak kecil tersebut menjawab, " I don't talk to stranger....espacially Malay". Suami saya terperanjat dan memandang bapa kanak-kanak tersebut.

Beliau hanya memandang siling lift dan diam. Suami saya terus bertanya kepada kanak-kanak tersebut "Why Malay?", jawapannya, " Malay all stupid". Wow!! Suami menoleh kepada bapa kanak2 tersebut, mengharapkan ucapan sorry atau apa2 saja alasan dari bapa kanak2 tersebut tetapi dia terus diam dan hanya pandang siling dan dinding. At last, suami saya dah tak tahan, terus cakap "never mind kid, because Malay all stupid you are allowed to stay at Malaysia but dont worry, new

Malay generation, they are very clever, they might sent u back to your origin country". Saya sendiri tidak setuju dengan kata2 tersebut, tapi suami tiada pilihan kerana kedua ibu bapa kanak2 tersebut terus membisu. Akhirnya ibu kanak2 tersebut bersuara dengan marah" you shoudn't say like that to my daughter!" Kata suami saya " at the first place, u should stop your daughter from saying like that!"

Saya tidak berhajat untuk mewujudkan rasa kurang senang terhadap berlainan bangsa. Apa yang ingin saya tekankan, samada suka atau tidak, Malaysia dihuni oleh pelbagai bangsa. Semuanya rakyat Malaysia. Untuk itu, adalah perlu kita mewujudkan rasa hormat menghormati dan sifat toleransi. Sifat tersebut perlu dididik dari awal.

Cuba bayangkan seandainya setiap dari anak2 kita dididik dengan sifat perkauman dan hanya suka bangsa sendiri. Apa akan jadi kelak? Huru hara negara. Tiada siapa yang akan menang. Yang pasti generasi kelak akan lebih sengsara dan akan sentiasa hidup dalam ketakutan. Saya setuju dengan cakap suami, "Dengan mengajar anak2 begitu, kita hanya meletakkan mereka di dalam situasi yang merbahayakan mereka sendiri. Cuba bayangkan bila mereka berjumpa orang lain dan bercakap perkara yang sama, berkemungkinan besar pergaduhan berlaku, kecederaan dan berkemungkinan besar boleh kehilangan nyawa.

Pada ketika itu, siapa yang perlu kita persalahkan?" Kita hanya ingin hidup aman dan gembira... Alangkah indahnya seandainya kita didik anak2 kita menghormati dan menghayati budaya setiap kaum yang ada. Kita sebenarnya sangat beruntung kerana kita tidak perlu ke luar negara untuk belajar budaya orang, semuanya ada di Malaysia. Seandainya kita belajar menghayati, pasti kita akan nampak keindahan itu....

Disangka Anak Dara.., rupanya dah ada laki tiga..


Macam mana tu boleh ada tiga suami sekaligus??? Syiah mana dia ikut tu??? Seorang lelaki berusia 57 tahun menjadi mangsa ‘permainan cinta’ seorang perempuan muda yang dikahwininya di Selatan Thailand, dua tahun lalu.

Difahamkan, hasrat untuk mengecap bahagia bersama isteri keduanya tu musnah selepas dia dapat tau perempuan tu belum bercerai dengan suami pertama dia. Tu la tak selidik betul-betul dulu latar belakang perempuan tu! Main redah aje kawen. Kononnya kerana cinta!

Bapa kepada tiga anak tu mendakwa mengahwini isteri kedua dia yang berusia 27 tahun masa tu di Majlis Agama Islam Narathiwat, perempuan tu temberang dia  mendakwa dia masih anak dara. Piuhhh!

Difahamkan, dia jumpa perempuan tu yang bekerja di Bernas, Jitra, Kedah dan mengambil keputusan untuk mengahwininya di Selatan Thailand pada 12 September 2013, memandangkan perempuan tu menggesany dan enggan bernikah di Malaysia. Nampak sangat dah pelik kat situ!

“Kalau boleh memang kami nak kahwin di sini, tetapi dia menggesa saya untuk kahwin cepat di Selatan Thailand. Bila saya nak daftar kahwin di sini, dia banyak berdolak dalik sehingga saya tahu dia pernah berkahwin sebelum ini dan masih belum bercerai secara sah dengan suami pertamanya.

“Kami hanya sempat bersama seminggu sebelum rahsia statusnya yang belum bercerai secara sah dengan suaminya sebelum ini, terbongkar.

“Saya suruh dia fasak dengan suami pertamanya dahulu, sebab saya rasa pernikahan kami di Siam tak sah kerana dia bohong tentang statusnya,” katanya.

Menurut lelaki malang tu, dia menunggu perempuan tu setahun lebih dan dalam tempoh tu dia selalu berulang alik bertemu perempuan tu di Kedah, selain menghulurkan wang belanja bulanan.

Tapi penantiannya hampa apabila Julai lalu, dia menerima surat daripada Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu yang memerintahkannya hadir untuk mengesahkan perceraian taklik.

“Saya dah habiskan banyak untuk dia kira-kira RM26,000 tetapi akhirnya saya terima surat perceraian taklik daripada wanita itu. Saya ke mahkamah pada 2 September lalu tetapi dia tak hadir. Saya pergi ke rumah dia, tetapi ibunya beritahu wanita itu sudah berkahwin lain lima bulan lalu.

“Macam mana dia boleh kahwin lain, sedangkan dia belum rasmi bercerai dengan suami pertamanya. Saya dapat tahu dia kahwin dengan suami barunya orang Negeri Sembilan di Selatan Thailand.

“Macam mana pula dengan pernikahan kami di Siam.. kalau ia sah.. saya pun belum ceraikan dia lagi. Kalau macam ni.. dia dah ada tiga suami dalam satu masa,” katanya.

Disebabkan rasa tertipu dengan ‘permainan cinta’ perempuan tu, lelaki tu dah buat report polis di Balai Polis Bachok pada 3 September lalu, sebagai rujukan untuk peguam dan mahkamah.

Yang diluar tu berhati-hati la ye, takut nanti jadi mangsa perempuan tu pula! Perempuan ni 'kaki kikis'!

Cina brengsek kencing dalam sinki di Foodcourt.. Melayu tak berani tegur!!



Satu gambar dimuat naik oleh laman facebook Taiping Zone yang mendakwa satu kejadian yang tak diduga berlaku di sebuah pasar raya di Taiping, Perak. Gambar tu menunjukkan seorang mak membiarkan anak kecik dia kencing di Food Court.

“Food Court Aeon Mall Taiping Perak. Bawa anak kencing dalam sinki! Pengotor sungguh dan tidak menghormati pelanggan food court yang menjamu selera,” katanya.

Ishhh!! Awat pengotor sangat nyonya niiii! Dah la tempat tu baik punya orang dok makan kat situ, si nyonya ni pula ‘baik’ punya bagi anak dia kencing kat dalam sinki. Orang kat situ jadi ‘penonton’ aje ke???

Lain kali bagi pakai diapers aje la, senang cerita! Ni buat orang terbantut nak makan aje. Tapi deisebabkan tindakan pemuat naik gambar ni pun kena balik juga  dengan beberapa orang yang komen pedas berbisa menysup ke dalam hati. Hihhihiihi..

Ada yang berfikir dengan positif mengatakan budak kecik tu maybe tak tahan dah nak kencing menyebabkan si mak tu terus letak dia kat sinki untuk membuang ‘hajatnya’ tu.

Dan yang mengkritik pedas dengan tindakan si perakam gambar tu yang bertindak memuat naik gambar berbanding menegur perbuatan nyonya tu!

“Taniah kepada orang yang memuat naik gambar ini. Anda telah membuktikan yang anda sama seperti orang dalam gambar ini, iaitu kurang cerdik! Kau ingat nyonya ini nak baca facebook ko? Pergilah tegur!, kata pengkritik.

Apa yang diorang kata tu betul juga la, kenapa tak di tegur terus aje?? Kalau ditegur confirm nyonya tu termalu dengan tindakan dia dan lepas ni dia tak akan buat lagi cenggitu, ye tak??

Makcik pakai tudung selamba curi ARAK tepi jalan..





Bila kita suruh orang makan daging babi….Tak nakkkk!! Harammmmm katanya! Bila kita suruh pegang anjing…. Eeeiiiii tak boleh Tuhan marah nanti! Kalau yang tu tahu pulak halal haramnya…. Bila mencuri korang tahu pulak cakap itu kerja haram!

Tapi kalau situasi macam ni apa pulak yang korang nak cakap?? Rezeki jatuh dari langit ke atau rezeki jatuh dari lori?? Tak faham betul kadang-kadang dengan perangai ummah melayu ni.. Korang cakap tak baik mencuri tapi ini apa cerita??

Korang kebas barang-barang yang terkeluar dari lori ni halal ke?? Mentang-mentang la lori tu terlibat dalam kemalangan, korang suka-suka hati je ambil kesempatan kebas air tin minuman yang dibawa lori tu.

Aksi tak tahu malu segelintir rakyat Malaysia ni di ambil di Aeon Big Klang.. Macam berpesta owwwww dorang kebas air tin tue! Berbandle-bandle… Lebih mengejutkan orang melayu pun ada jugak yang ambil air tin tu.

Korang tahu tak tu air apa?? Bukan air tin Coca Cola ke apa tapi air tin minuman keras… Pendek kata air arak la. Sudah la perbuatan dorang tue pun dah di kira haram, ini kebas pulak air haram tuuu!! Eshhhh tak tahu la nak cakap macam mana… MEMALUKAN!!

Tomyam LIPAS di Restoran Mee Udang Sg Dua Penang.. Tanpa GST beb!!

Korang pernah makan Tomyam LIPAS tak?? Nak try??? Katanya tomyam jenis ni ada di jual di Restoran Mee Udang Sg Dua.. Alaaa.., yang tepi Sungai tuuu... Kat tepi jalan sebelah fly over Taman Desa Murni, Butterworth.

Menurut si pengadu ni, Dah la tomyam yang dia order tu ada anak lipas.., lepas tu bila komplen, si penjual buat muka seposen dan mintak harga bayaran untuk tomyam dia.. Nak tau harga berapa?? RM47 beb.. Murah kann.....

Jangan tanya gua sedap atau tak Tomyam Lipas tu ye... Dan korang jangan tanya jugak kenapa penjual tu pilih anak lipas dan bukannya bapak lipas untuk masak Tomyam.. Kalau gua di tempat pengadu tu.., rasanya ada yang mandi dengan kuah Tomyam beb..

Gua pantang betul lah kalau makan di kedai makan yang tak jaga kebersihan.. Kalau kebersihan persekitaran tu, boleh tahan lagi la walaupun confirm kurang selesa.. Tapi kalau dorang tak jaga kebersihan makanan.., itu memang cari pasal beb.. Tambah-tambah di bulan puasa ni..

Heran kann... dorang ni nak berniaga cari duit.. Pastu jual pulak makanan dengan harga yang agak tinggi.. Tak kisah lah kalau sedap kann.., tapi yang gampang sekali bila jadi macam ni lahh.. Jaga kebersihan pun malas.. Yang tau nak untung je..

Gua pernah sekali dua makan kat restoran tu dengan family gua.. Boleh tahan la sedap dia walaupun agak mahal.. Lepas ni gua nak pi try cari Mee Lipas pulak kat situ.. Apa barang makan mee udang kalau lipas lebih sedap dan menyihatkan ye tak...

Alahaiii.... lapar la pulak bila bercerita bab makan time bulan puasa... Haihhhhhh..


Kepala Kambeng di sejadah dalam masjid.. Ni semua salah Yahudi!!!


Lakaran corak pada sejadah di beberapa masjid di sekitar Kuala Rompin, di sini, menimbulkan keraguan sehingga menyebabkan jemaah yang menunaikan sembahyang terganggu dan tidak khusyuk.

Corak yang dikatakan itu terletak di bahagian sujud pada sejadah iaitu tempat yang akan dipandang oleh jemaah ketika bersembahyang yang seakan menyerupai imej kepala kambing bertanduk namun tidak semua jemaah perasan mengenai imej tersebut.

Pengerusi Masjid At-Taqwa Sungai Puteri, Md Yunus Ramli, 55, berkata, sebelum ini beliau ada mendengar atau terbaca di laman sesawang mengenai terdapat sejadah yang menyerupai imej tertentu namun yang dikesan di masjid yang dipengerusikannya itu baharu sahaja ditemui.

"Mula-mula saya tak perasan gambar itu walaupun pernah sembahyang di sejadah itu tapi setelah seorang jemaah beritahu dan saya tengok semula, memang jelas ada imej yang menyerupai kepala binatang.

"Ada yang mengatakan ia seperti imej kepala kambing bertanduk tapi ia perlukan pengesahan pihak berwajib mengenainya. Pada saya ini isu besar sebab ia melibatkan ibadah solat yang dilaksanakan umat Islam seharian terutama di bulan Ramadan ini," katanya.

Beliau turut menzahirkan rasa bimbang mengenai penemuan tersebut kerana bimbang terdapat agenda pihak tertentu untuk mengenakan umat Islam dalam cara yang halus dan sukar dikesan kerana setiap corak itu tentu ada motif dalam proses melakarnya.

"Saya harap perlu ada kajian yang dilakukan pihak berwajib agar karpet sembahyang seperti ini tidak dijual sewenang-wenangnya di pasaran. Jika benar ia sengaja dicorakkan di atas sejadah maka perlu ada tindakan sewajarnya diambil.

"Mungkin perlu ada garis panduan pemilihan sejadah dikeluarkan supaya tidak timbul perkara berbangkit sehingga umat Islam was-was untuk melaksanakan ibadah solat," katanya.


p/s: Kuat berkhayal betul umat melayu zaman sekarang ni kann.. ak sembahyang pun dok sibuk berangan kepala kambing lah bagai.. lepas tu salahkan kapir kononnya semua tu agenda nak melemahkan umat Islam.. Haihhh... Layu betul dengan mentaliti macam ni...

Habislah Astro.. Syed Mokthar dan RTM akan tumbangkan Ananda Krishnan

Rakyat Malaysia sudah sedia maklum tentang rungutan mengenai perkhidmatan televisyen berbayar Astro. Kisah tak ada siaran ketika hujan dan juga bill mahal yang terpaksa ditanggung oleh pengguna sering kali terdengar khususnya di media sosial.

Itu belum lagi diperkatakan mengenai rancangan yang sama diulang beratus-ratus kali serta program hiburan yang adakalanya naik menyampah tengok, tetapi masih dihidangkan kepada pengguna. Malah sejak akhir-akhir ini, iklan komersial makin meriah walhal pengguna bukannya bayar yuran bulanan untuk melihat iklan.

Pihak Astro pula seolah-olah bermaharajalela berbuat apa saja terhadap pengguna demi mengaut keuntungan berjuta setiap bulan. Dimaklumkan, Astro mencatatkan keuntungan berbilion ringgit Malaysia setiap tahun hasil daripada lebih 3 juta pelanggan tetapnya.

Jangan dipersoalkan kenapa masyarakat masih memilih Astro jika tahu penyedia perkhidmatan berkenaan mempunyai rekod yang mengecewakan terhadap pelanggan dan juga siaran tv nya.., ia adalah kerana masyarakat tiada pilihan khususnya kawasan yang tidak ada liputan siaran televisyen. Maka sebab itulah Astro terpaksa dijadikan pilihan.

Kini dimaklumkan terdapat berita yang sangat melegakan kepada pelanggan yang tak berpuas hati dengan Astro. Dan apabila berita ini menjadi realiti, dijangka zaman kegemilangan 'kaut untung' Astro akan berakhir.

Jika dahulu Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi pilihan utama rakyat seluruh negara, kini zaman emas itu akan kembali lagi dengan program pendigitalan saluran rancangan stesyen penyiaran terbabit yang disahkan sudah berada di peringkat akhir perlaksanaan.

Ini umpama buku dengan ruas kepada syarikat Astro kerana selepas selepas program pendigitalan RTM, rakyat Malaysia akan menikmati 45 saluran Definasi Tinggi (HD) dan juga 15 Saluran Standart (SD) dibawah projek Angkasapuri Media City.

Untuk mendapatkan rangkaian saluran digital dari RTM, pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bernaung dibawah Syarikat Telekomunikasi Altel Holdings milik Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary, akan membekalkan dekoder khas yang berharga RM200 kepada pengguna.

Malah, sebagai tanggungjawab kepada masyarakat, Syed Mokhtar Bukhary juga akan memberikan dekoder percuma kepada 2 Juta penerima BR1M yang dikenalpasti sebagai miskin bermula Jun hadapan. Ia sekaligus mengesahkan saingan baru kepada Astro bermula Jun ini.

Fasa pertama siaran digital baru dari RTM ini yang dijadualkan pada Jun 2015 merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan seterusnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, kemudian Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Fasa terakhirnya pula ialah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini menjadikan 98 peratus kawasan Semenanjung serta Sabah Sarawak akan menikmati dan menonton 80 saluran TV Digital setaraf dengan Astro serta 40 saluran Radio berkualiti tinggi secara percuma.

Dan yang lebih menarik, rakyat Malaysia juga akan menikmati perkhidmatan yang tak jauh bezanya dari yang ditawarkan secara berbayar dari Astro seperti panduan program elektronik, serta alih bahasa dan sarikata pilihan melalui saluran digital RTM. Sudah tentu ianya hanya percuma sahaja.

Inilah yang dikatakan bahawa Astro bakal bertemu buku dengan ruasnya. Dan tak dapat dinafikan, sumbangan Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary amat besar kepada rakyat Malaysia. Dan siapa dapat nafikan, bahawa hanya anak melayu seperti Syed Mokhtar sahaja yang dapat meneutralkan Taikun besar seperti Ananda Krishan? - Chewan/Utaranews.com


Cina kena tangkap baling BABI dalam masjid di Butterworth!!!


Seorang lelaki berbangsa cina telah ditangkap sewaktu sedang melemparkan daging babi di Masjid Telaga Air Butterworth semalam.

Lelaki tersebut berjaya ditangkap oleh kariah masjid sebelum diserahkan kepada anggota Polis yang datang sejurus kemudian setelah dihubungi.

Sewaktu kejadian, lelaki tersebut sedang cuba untuk melemparkan daging babi ke dalam kawasan masjid. Bagaimanapun kejadian berkenaan disedari oleh kariah masjid berkenaan dan berjaya menangkap lelaki cina tersebut selepas dikejar.

Menurut saksi, kejadian meletakkan daging babi di kawasan masjid berkenaan sudah beberapa kali berlaku, dan akhirnya mereka berjaya menangkap individu yang melakukan perbuatan biadap tersebut.

Ketika ditahan, lelaki cina tersebut berpura-pura gila dan seolah-olah tak sedarkan diri.

Lelaki ni nak tembak semua Polis dalam Malaysia..


Satu individu yang menggunakan nama Eaddy J Dot telah memuatnaik satu status yang agak melampau di laman Facebooknya semalam.

Didalam status tersebut, individu berkenaan menuduh Polis di Malaysia umpama syaitan dan juga Dajal.

Selain itu, dia juga menyarankan supaya setiap Polis yang ditemui didalam negara ini haruslah ditembak oleh sesiapa yang mempunyai senjata api.

Diharapkan pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu terhadap individu sebegini yang sudah pastinya menggugat keamanan negara.

Beginilah nasib kaum india di Singapork.. Kena belasah sebab Thaipusam.


Jika di Malaysia penganut agama Hindu meraikan Thaipusam dengan aman serta tanpa gangguan walaupun negara ini majoritinya beragama Islam, lain pula keadaannya di Singapura..

Di negara berkenaan, penganut agama Hindu terpaksa menyambut Thaipusam tanpa sebarang alat muzik serta bunyi-bunyian. Bayangkan perarakan Kavadi tanpa sebarang bunyi muzik.., begitulah keadaannya di Singapura.

Hari ini, berlaku satu kekecohan apabila Polis di negara tersebut dikatakan melakukan kekasaran terhadap para penganut Hindu yang sedang membawa Kavadi di Serangoon Road.

Polis didakwa telah menolak seorang wanita berbangsa India hingga jatuh ke lantai jalan ketika mahu menyuraikan perarakan kavadi yang diiringi oleh sejenis gendang yang dipanggil 'Urumi'.. Akibat dari insiden berkenaan, berlaku tolak menolak diantara peserta perarakan dengan Polis.

3 lelaki india telah ditahan kerana didakwa melakukan kekasaran kepada pihak Polis. Manakala video kejadian berkenaan telah menjadi viral di laman sosial serta menerima kecaman hebat dari minoriti rakyat beragama hindu di negara berkenaan. - Utaranews.com




Pelancong Malaysia kena belasah di Vietnam.




Akibat dari insiden sebilangan penyokong pasukan bolasepak Vietnam dipukul oleh penyokong pasukan Malaysia pada perlawanan Piala AFF Suzuki lalu, kini dilaporkan terdapat kejadian pelancong Malaysia dipukul oleh rakyat tempatan di Vietnam pagi tadi.

Ia dikatakan sebagai membalas dendam terhadap rakyat Malaysia yang biadap melakukan tindakan ganas terhadap warga vietnam di Stadium Shah Alam 7 Disember lalu.

Dalam masa yang sama, laman web rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut digodam oleh komuniti siber dari Vietnam. Malah mereka juga memberikan amaran untuk membalas perbuatan penyokong Malaysia ketika pasukan negara berkunjung ke Hanoi bagi perlawanan pusingan kedua nanti.

Sebelum ini, penyokong Harimau Malaya yang didalangi oleh kumpulan Inter Johor Firms (IJF) yang membawa ideologi “Hoologans (kegananasan)” telah mencemarkan perlawanan AFF Suzuki apabila bertindak memukul penyokong Vietnam susulan Malaysia tewas 2-1.

Kejadian tersebut telah menerima kecaman keras dari kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan budaya ganas penyokong berkenaan.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online