AIR DARI KEDAH BUKAN BAPAK AH BENG YANG PUNYA!!!

Posted by MPP On Selasa, 18 Jun 2013 12 comments

Kerajaan negeri Kedah tetap akan mengadakan rundingan dengan Pulau Pinang berhubung cadangan untuk mengenakan caj bagi air mentah, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz berkata kerajaan negeri sebelum ini telah cuba membincangkan isu ini, tetapi beliau percaya ia hanya di peringkat exco dan bukan di antara Ketua Menteri dan Menteri Besar.

Beliau menambah adalah adil bagi kedua-dua kerajaan negeri untuk mencapai persetujuan mengenai perkara itu.

"Kita akan berunding dengan mereka dan lihat jika kita boleh mencari penyelesaian kepada masalah ini," katanya.

Ahad lalu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan cadangan negeri Kedah untuk mengenakan caj kepada Pulau Pinang untuk air mentah adalah "tidak masuk akal" dan sama dengan "meminta wang tanpa sebab" kerana Pulau Pinang mengambil air dari bahagiannya di Sungai Muda dan Kedah tidak mengeluarkan sebarang kos.

Sebagai tindak balas, Mukhriz berkata bekalan air telah disediakan di sebelah Pulau Pinang, tetapi kawasan tadahan air atau sumbernya berpangkalan di Kedah.

"Saya masih ingat ada kemarau sekali, dan Pulau Pinang telah menulis kepada Kedah meminta kita untuk melepaskan air dari empangan kami ke Sungai Muda untuk meningkatkan bekalan air yang semakin berkurangan.

"Surat itu sendiri merupakan pengakuan bahawa bekalan air itu sememangnya berpangkalan di Kedah," katanya.

Sebelum ini kerajaan DAP P.Pinang begitu angkuh kononnya mereka berjaya memerintah negeri tanpa sebarang bantuan kerajaan. Kini terbukti bahawa air yang digunakan oleh rakyat P.Pinang sebenarnya adalah ehsan dari negeri Kedah yang kini di perintah oleh kerajaan Barisan Nasional. ~ MPP News


READ MORE

Gua dimaklumkan mengenai laporan yang mengatakan Faizal Tahir telah di’gam oleh sebuah syarikat media besar yang memiliki kesemua stesen televisyen popular di Malaysia.

Khabarnya walaupun belum mempunyai sebarang dokumen hitam putih mengatakan Faizal Tahir sudah di’gam oleh syarikat tersebut, penyanyi itu sudah di’maklumkan secara lisan tentang perkara ini.

Sebaik sahaja perkara ini berkuatkuasa, beberapa acara yang melibatkan Faizal Tahir dengan stesen televisyen milik syarikat berkenaan khabarnya telah pun dibatalkan secara tiba-tiba.

“Some peole are just plain stupid. Some people are just plain arrogant. But the worst is when they’re both and they don’t even know it. Pity.” tulis Faizal Tahir di Twitter meluahkan perasaan beliau.

Walaupun sebab sebenar kenapa Faizal Tahir kena gam belum di’ketahui dan dapat di’sahkan, menurut sumber dalaman industri semua ini kerana kelantangan Faizal Tahir bersuara tentang isu politik negara.

So.., nasihat gua pada Faizal.., lepas ni lu menyanyi je lah kat pentas PAS dan PKR.. Tak pun.., lu carilah makan dengan mintak kontrak pada DAPigs..

Kerajaan sebelum ni dah bagi lu ruang untuk berkarya sampai dapat macam-macam anugerah.. Tapi lu bangsatkan kerajaan hanya sebab lu sokong perjuangan Anwar dan Pakatan yang kononnya lebih baik dari BN..

Sekarang ni apa guna lu meroyan beb.. Lu pergilah cari makan dengan parti politik yang lu anggap lebih baik tu.. Jangan lupa ajak sekali Abby.., Bob Lokman.., Hairie Othman dan Yassin untuk buat satu band rock.. Semoga lu berjaya ye Faizal... Hahahahahahaha...


READ MORE

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang baru pulang dari Jakarta, Indonesia memberitahu para hadirin sebuah perhimpunan yang berlangsung pada malam Ahad bahawa beliau telah ditanya oleh ramai pihak di Indonesia samada kaum Cina akan mengambil alih Malaysia jikalau Pakatan Rakyat berkuasa seperti yang diwar-warkan oleh UMNO.

"Orang Indonesia tanya saya samada betul atau tidak jikalau Pakatan Rakyat berkuasa, maka habislah Malaysia - semua akan disapu bersih oleh Cina," kata Anwar.

"Saya jawab saya akui bahawa pemimpin Cina kita pada masa ini lebih pintar, lebih berani, lebih layak. Jadi kita mesti angkat pemimpin Melayu yang lebih pintar dan lebih layak. Jikalau kita ada pemimpin Cina yang pintar tetapi pemimpin Melayu yang zalim dan korup, mampuslah kita.

"Dan kalau kita memilih pemimpin Melayu yang korup, kalau dia menang, harga barang naik. Syed Mokhtar sapu setengah bilion, Ananda sapu bermilion-milion."

Selepas PRU13, kaum cina di Malaysia terbukti menolak kepimpinan Najib dan kerajaan dengan 97 peratus undi seluruh negara dari kaum tersebut diberikan kepada Pakatan. Najib didalam reaksi awalnya selepas PRU13 pula secara tegas menyalahkan "tsunami Cina" sebagai punca prestasi BN yang kurang memuaskan.

Komen Najib ini mendorong akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia, untuk menerbitkan sebuah artikel bertajuk "Apa lagi Cina mahu?" yang membayangkan bahawa masyarakat Cina di Malaysia tidak taat dan tidak bersyukur walaupun diberikan peluang untuk berjaya. Anehnya, kenyataan ini menyebabkan kaum cina tak berpuas hati kononnya mereka masih lagi menyokong kerajaan.

Perhubungan antara kaum di Indonesia juga diselubungi kontroversi di mana puak-puak pelampau telah mengambil kesempatan daripada masalah sosial yang dialami di negara itu semasa Krisis Ekonomi Asia pada 1998 untuk bertindak ganas terhadap masyarakat keturunan Cina tempatan.

Oleh sebab itu pimpinan Indonesia, khususnya Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, cukup prihatin dan mengambil perhatian terhadap perkembangan politik dan perhubungan antara kaum di Malaysia serta corak kepimpinan Pakatan yang dikuasai oleh kaum cina khususnya DAP dan PKR. ~MPP News
READ MORE

ZURAIDA JANJI BAWA 1 JUTA WANITA BERDEMO DI IBUKOTA.

Posted by MPP On Isnin, 17 Jun 2013 11 comments

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamarudin akan menggerakkan seramai mungkin wanita PKR dari seluruh negara untuk hadir ke Himpunan Black 505 Sabtu ini sebagai tanda sokongan membantah penipuan dalam pilihan raya umum lalu.

“Surat pekeliling supaya semua ahli di peringkat negeri telah diedar kepada Ketua Wanita Negeri. Kita akan pastikan anggota kita turun menentang penyelewengan yang berlaku,” kata Zuraida kepada media.

Beliau menganggarkan penyertaan keseluruhan wanita pada himpunan kali ini lebih besar berbanding Bersih 3.0 sebelum ini.

“Pada Bersih 3.0 lalu, kita berjaya menghimpunkan satu pertiga golongan wanita dan kita harap jumlah itu akan meningkat sehingga 50 peratus pada Black 505 Sabtu ini,” katanya.

Sebelum ini didalam Bersih 3.0, pihak Pakatan mendakwa berjaya mengumpulkan 300 ribu rakyat di ibu negara walaupun jumlah tersebut disangkal oleh pihak Polis.

Apakah Zuraida serta pemimpin-pemimpin Pakatan mampu membawa lebih dari jumlah tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap mereka masih kekal seperti dulu? Ataupun jumlah yang hadir bakal berkurangan akibat dari kekalahan Pakatan di PRU13? ~ MPP News
READ MORE

Perbahasan titah ucapan Sultan Kelantan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini menjadi kecoh apabila wakil PAS mendedahkan bahawa BN didakwa beri arak dan pil kuda kepada petugas PRU semasa pilihanraya umum lalu.

Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) yang sedang membahaskan usul berkenaan telah menuduh Umno dan BN melakukan penipuan dan salahlaku tersebut di beberapa kawasan di Kelantan.

Mohd Zaki yang juga bekas Timbalan Speaker DUN mendakwa BN telah memberikan pil kuda dan arak pada petugas parti terutama pada golongan muda dan bukan Islam pada pilihan raya umum itu.

Tuduhan Mohd Zaki itu kemudiannya menimbulkan kemarahan ketua pembangkang, Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) apabila bingkas bangun membantah dakwaan yang dianggap berat itu dan menyifatkan tuduhan Mohd Zaki itu sebagai sesuatu yang `gila babi'.

Keadaan menjadi panas seketika apabila Mohd Zaki meminta Nozula menarik balik perkataan itu sambil tidak membenarkan ketua pembangkang itu mengganggu perbahasannya.

Keadaan panas itu kemudiannya berjaya ditenteramkan Speaker Abdullah Ya'kub dan Mohd Zaki kemudiannya meneruskan perbahasannya. ~ MPP News


p/s: UMNO Kelantan takkan nak diam saja kot? Kalau diam tu tandanya betul beb..
READ MORE

Popular Posts

Media Online

Share

MPP Online