Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Kepala Kambeng di sejadah dalam masjid.. Ni semua salah Yahudi!!!
Comments : 1
Lakaran corak pada sejadah di beberapa masjid di sekitar Kuala Rompin, di sini, menimbulkan keraguan sehingga menyebabkan jemaah yang menunaikan sembahyang terganggu dan tidak khusyuk.
Corak yang dikatakan itu terletak di bahagian sujud pada sejadah iaitu tempat yang akan dipandang oleh jemaah ketika bersembahyang yang seakan menyerupai imej kepala kambing bertanduk namun tidak semua jemaah perasan mengenai imej tersebut.
Pengerusi Masjid At-Taqwa Sungai Puteri, Md Yunus Ramli, 55, berkata, sebelum ini beliau ada mendengar atau terbaca di laman sesawang mengenai terdapat sejadah yang menyerupai imej tertentu namun yang dikesan di masjid yang dipengerusikannya itu baharu sahaja ditemui.
"Mula-mula saya tak perasan gambar itu walaupun pernah sembahyang di sejadah itu tapi setelah seorang jemaah beritahu dan saya tengok semula, memang jelas ada imej yang menyerupai kepala binatang.
"Ada yang mengatakan ia seperti imej kepala kambing bertanduk tapi ia perlukan pengesahan pihak berwajib mengenainya. Pada saya ini isu besar sebab ia melibatkan ibadah solat yang dilaksanakan umat Islam seharian terutama di bulan Ramadan ini," katanya.
Beliau turut menzahirkan rasa bimbang mengenai penemuan tersebut kerana bimbang terdapat agenda pihak tertentu untuk mengenakan umat Islam dalam cara yang halus dan sukar dikesan kerana setiap corak itu tentu ada motif dalam proses melakarnya.
"Saya harap perlu ada kajian yang dilakukan pihak berwajib agar karpet sembahyang seperti ini tidak dijual sewenang-wenangnya di pasaran. Jika benar ia sengaja dicorakkan di atas sejadah maka perlu ada tindakan sewajarnya diambil.
"Mungkin perlu ada garis panduan pemilihan sejadah dikeluarkan supaya tidak timbul perkara berbangkit sehingga umat Islam was-was untuk melaksanakan ibadah solat," katanya.
p/s: Kuat berkhayal betul umat melayu zaman sekarang ni kann.. ak sembahyang pun dok sibuk berangan kepala kambing lah bagai.. lepas tu salahkan kapir kononnya semua tu agenda nak melemahkan umat Islam.. Haihhh... Layu betul dengan mentaliti macam ni...
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Otak dok di lutut dia ni
BalasPadam