Nasib golongan gelandangan di sekitar ibunegara kian mendapat perhatian masyarakat setempat. Bukan sahaja orang persendirian dan kumpulan-kumpulan pertubuhan sosial, malah nasib golongan ini juga mendapat simpati dari syarikat besar seperti Kuala Lumpur International Hotel (KLI).
Pada 10 Mei 2016 bermula dari pukul 9.30 malam sehingga 11 malam, KLI bersama artis Darling Idola Kecil 5 akan menjayakan satu program amal bersama gelandangan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.
Pihak KLI bersama artis terbabit akan mengagihkan pek makanan serta minuman yang disediakan sendiri oleh kakitangan Hotel terbabit.
Menurut jurucakap pihak KLI, program ini dibuat atas dasar keprihatinan pihak mereka yang cuba untuk meringankan beban kesengsaraan golongan yang kurang kemampuan tersebut. Selain itu, ia juga dibuat atas sifat kemanusian khususnya ketika bulan Ramadan yang bakal menjelang.
Usaha pihak KLI ini harus dipuji dan diharap program seperti ini akan berterusan sekaligus ianya dapat menjadi contoh dan ikutan masyarakat majmuk di Malaysia.