BREAKING NEWS

Kuala Lumpur International Hotel raikan Darling dan peminat.


Jika masih ingat rancangan Idola Kecil, pada tahun 2012 adik Wan Azlyn atau dikenali sebagai Darling yang kini telah berusia 16 tahun, beliau telah diraikan oleh pihak KL International (KLI) hotel untuk meluangkan masa bersama peminatnya.

Di dalam satu majlis yang sangat meriah ini bukan saja satu peluang untuk Darling bertemu peminatnya, beliau juga telah mengambil kesempatan menghiburkan mereka dengan lagu popularnya berjudul 'Takkan Ada' dari single pertamanya.

Menurut Eksekutif Jualan dan Pemasaran KLI, Siti Aishah Yahaya, pihak hotel telah diberi peluang sebagai penganjur untuk memberi sokongan kepada bakat bintang baru ini di mana seharusnya diteruskan minat dan membina kerjayanya di dalam bidang seni.

Penyanyi berbakat besar yang berasal dari Kedah itu sebelum ini tampil dengan lagu duet bersama kumpulan Viral ciptaan komposer, DJ Fuzz. Walaupun masih lagi bergelar pelajar di Sekolah Menengah Chio Min, Kulim, Kedah, Darling berkebolehan menyanyi dalam 10 bahasa berbeza termasuk bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis, Hokkian, Hindi, Thailand, Jepun, Korea dan Arab.

Pelbagai acara telah dianjurkan KLI untuk Darling dan di antaranya termasuk cabutan bertuah dan sesi beramah mesra. Rata-rata yang telah hadir ibarat sebagai sebuah keluarga walaupun tiada pertalian keluarga dan di atas sikap mereka yang mesra dan sangat 'sporting', setiap acara yang disediakan pihak KLI hotel pasti akan disertai mereka dan suasana riang pasti dirasakan.

Perjumpaan dengan peminat seumpama ini akan dilanjutkan ke negeri kelahiran Darling di Kedah di dalam masa terdekat nanti.

Darling berasa sungguh berpuas hati dan gembira dengan penganjuran majlis oleh KLI hotel dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana sudi dan bermurah hati menaja majlis perjumpaan dengan peminatnya. -SuaraTV

Catat Komen

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online