BREAKING NEWS

Jubah Cina untuk Raya Aidilfitri?? Melayu makin layu


Nampaknya melayu sekarang makin advance sehingga hari kebesaran seperti Aidilfitri pun sudah mula dicampur adukkan dengan budaya luar.

Kalau sebelum ni korang disajikan dengan jubah sado yang ketat untuk lelaki pakai di hari raya, yang latest pulak ialah Jubah IP-Man yang diadaptasikan dari filem kungfu cina.

Dah habis idea ke bani melayu tu semua nak cari rezeki berniaga sampaikan sanggup ketepikan budaya serta tradisi sendiri beb?

Dah tak cantik ke baju melayu ataupun paling kurang jubah melayu yang bercirikan arab? Nak tambah pulak suruh anak-anak melayu pakai jubah cina di hari raya? Apa lah mangkuk betul pemikiran peniaga zaman sekarang ni?

Lepas ni apa pulak? Jubah untuk hari raya versi kurta pulak ke? Tak pun Jubah raya versi Kpop???

Malu beb.. Korang pernah tengok ke kaum cina pakai baju melayu di hari perayaan dorang? Ataupun orang India cuba pakai fesyen orang Islam semasa perayaan Deepavali? Tak ada kannn..

Itu maknanya generasi melayu-melayu sekarang makin tiga suku. Dorang lebih teruja ikut budaya asing berbanding budaya tradisi sendiri.

Sebab tu ramai je korang tengok anak-anak dara sekarang terkinja-kinja ber'KPOP' bagai.. Sekarang ni budak lelaki pulak yang gila berfesyen sampai tak sedar diri.

Tak tahulah nak cakap.. Nak kata tak cerdik tapi ramai je yang ada diploma dan degree bagai.. Tapi itulah.., susah nak faham sebenarnya apa yang tak cukup lagi. Haihh.


Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online