BREAKING NEWS

Jabatan Kehakiman Amerika tarik balik sekatan terhadap syarikat anak tiri PM.


2 Ogos 2016 - Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat baru sahaja menarik balik perintah sekatan sebelum ini yang dibuat dalam tuntutan mahkamah sivil untuk merampas aset-aset yand dibuat pada 20 Julai terhadap Red Granite Pictures milik anak tiri Najib, Riza Aziz.

Oleh kerana ini, Red Granite dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa dan bank-bank diperintahkan oleh Jabatan Kehakiman untuk meneruskan urusan dengan Red Granite. Riza juga telah kembali ke Amerika Syarikat untuk membuat filem.

Jabatan Kehakiman juga akan ‘memegang’ rakan kongsi perniagaan yang ‘tidak berbahaya’ dan vendor-vendor Red Granite.

Pendapatan semasa daripada filem “Friends with Kids” dan “The Wolf of Wall Street” yang sangat berjaya boleh juga digunakan untuk memenuhi komitmen-komitmen yang tersedia ada atau untuk membayar vendor-vendor atau pinjaman-pinjaman tetapi pendapatan masa akan datang kedua-dua filem ini akan disimpan dalam escrow sementara menunggu keputusan tuntutan sivil oleh Jabatan Kehakiman.

Perintah sekatan ke atas Red Granite telah ditarik balik tetapi tuntutan sivil masih berterusan, menyebabkan hasil masa akan datang kedua-dua filem tersebut akan disimpan dalam escrow sekiranya Jabatan Kehakiman menang.

Akan tetapi penarikan balik perintah sekatan ke atas syarikat tersebut bermakna jika Jabatan Kehakiman kalah, syarikat tersebut tidak boleh menyaman balik atau menuntut balik daripada Jabatan Kehakiman atas kehilangan pendapatan dan ganti rugi.

Setakat ini, gabungan kesemua filem-filem Red Granite telah menghasilkan lebih daripada USD800 juta – termasuk USD400 juta daripada “The Wolf of the Wall Street” dan terus menghasilkan berjuta-juta setiap tahun daripada jualan kepada TV kabel, jualan dan penyewaan DVD dan servis dalam talian seperti Netflix.

Riza sebelum ini telah dituduh oleh Jabatan Kehakiman mengambil USD200 juta dana berkaitan 1MDB tetapi Riza telah menerangkan bahawa ianya pinjaman di mana WSJ sebelum ini telah melaporkan bahawa syarikat Riza telah mebayar balik sebahagian besar pinjaman tersebut.

Filem terbaru Red Granite yang merupakan filem remake “Papillion” yang diterbitkan pada 1973 yang mengisahkan tentang tahanan yang melarikan diri daripada penjara bakal memulakan produksi.

Sepanjang minggu lepas, geng pembangkang telah menyebarkan pelbagai khabar angin menyatakan Najib takut untuk ke luar negara dan Riza telah diseludup keluar dari Amerika Syarikat kembali ke Malaysia menggunakan paspot diplomatic kerana takut ditahan.

Sebenarnya Najib berada di Indonesia sejak semalam untuk berbicara dengan Jokowi untuk menyelesaikan pertikaian antara Indonesia dan Malaysia yang telah berlarutan selama 10 tahun mengenai Laut Sulawesi sementara Riza berada di Amerika Syarikat membuat filem.

Orang-orang pembangkang khususnya penyokong Mahathir telah banyak menipu dan suka menyebarkan khabar angin yang tidak elok – sama seperti baru-baru ini di mana mereka memfitnah Rosmah dan Sultan Pahang atas gambar yang di ambil dari sudut yang mengelirukan.

Parti dedak Mahathir tak mampu gugat UMNO.


2 Ogos 2016 - Hebat mana sangat parti dedak yang bakal diasaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tu??? Mampu menggegarkan seluruh dunia ka... Atau mampu menumpaskan UMNO/BN dan seluruh parti pembangkang yang ada di negara in?

Jika jawapannya Ya.., maknanya parti dedak Mahathir tu terlampau kuat dan akan kuasai negara la ye?? Macam tu ke.

Sebelum ni muncul dakwaan katanya parti dedak Mahathir ni mampu menggugat kestabilan politik UMNO/BN...., tapi setakat mana mampu gugut tu tak pasti pulak sebab masih lagi dalam proses ‘pembikinan parti baru’

Kalau setakat nak 'sembang besar' macam tu, rakyat pasti langsung tak percaya yang parti dedak tu mampu gugat dan mencabar Barisan Nasional (BN) terutama semasa pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Hebat mana sangat?? Ahli-ahli yang bakal didaftarkan dalam parti dedak tu pun cuma sampah yang dibuang dari parti lain.. Mahathir cuma kutip sampah sarap tu je.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kewujudan parti dedak tu tidak menjatuhkan semangat UMNO/BN. Malah membakarkan lagi semangat sedia ada dalam perpaduan di kalangan anggota UMNO dalam
memastikan kekuatan parti itu lebih kukuh dan jitu.

“Dalam tradisi parti kita, apabila kita lagi dicabar kebiasaannya kita akan perkukuhkan perpaduan di kalangan kita.

“Dari segi kesan kepada BN atau kedudukan politik tanah air hanya satu
sahaja, ia akan menambah sebuah parti baharu di tanah air kita,” katanya selepas menghadiri rumah terbuka Adun Pasir Panjang Datuk Rashidi Ibrahim di Arena Square , Ayer Tawar.

Sebelum ini, Mahathir membuat pengumuman pada 14 Julai lepas bahawa dia akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi BN dalam PRU14.

Tapi sampai sekarang ni apa satu pun tak nampak lagi.. Jangankan kata parti baru.., nama parti tu pun Mahathir tak berani nak sebut.. Takut lah tu kannn.. Hahaha...

Muhyiddin rosakkan orang kampung dengan isu 1MDB dan GST.


2 Ogos 2016 - Gagal mempengaruhi minda orang bandar, kini bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beralih arah kepada golongan luar bandar. Pendek kata orang-orang kampung.

Mungkin dalam pemikiran Muhyiddin ni, penduduk luar bandar dan orang-orang kampung mudah untuk dipengaruhi kerana mereka kurang pendedahan sebenar mengenai dunia politik. Apa yang dorang tahu cuma pada apa yang dorang baca di akhbar-akhbar dan lihat di kaca televisyen.

Disebabkan itulah, dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhyiddin memulakan jelajah mereka menghasut orang-orang kampung.

Sedari bahawa mereka memerlukan undi daripada kebanyakkan masyarakat Melayu luar bandar... Muhyiddin dan pembangkang memulakan jelajah menyebarkan penipuan mengenai isu 1MDB dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Tak bosan ke asyik kencing rakyat mengenai isu yang dah basi dan lapuk?? Balik-balik pasal GST dan 1MDB... Korang ingat orang kampung nak percaya dan hadap lagi ke dengan pembohongan korang tu?

Selain daripada isu 1MDB dan GST... Ada lagi banyak isu yang lebih rasional untuk diketengahkan. Contoh seperti memperjuangkan kebajikan orang-orang kampung. Orang kampung dah mula bosan dan taknak dengar leteran pasal dendam korang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Setidaknya korang fokus pada pembangunan luar bandar... Itu pun kalau korang nak tarik undi dan ambil hati rakyat la. Bukan cuma nak puaskan hati korang je!

Ini tidak.... Sanggup nak menjelajah ke seluruh negeri semata-mana bagi menerangkan skandal 1MDB kepada orang ramai, termasuk di kawasan luar bandar.

Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga merupakan penganalisis politik Profesor Madya Faisal Hazis, dorang ni tak pernah belajar dari kesilapan.

Cuma imbas kembali kenapa pembangkang gagal semasa kempen Tun Dr Mahathir Mohamad dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Semua sebab dorang terlalu fokus pada isu 1MDB, GST dan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bila dah kehabisan modal... Macam inilah jadinya. Silap hari bulan pada Pilihanraya Umum ke 14 nanti pun dorang masih lagi mainkan isu yang sama.

Orang kampung sekarang ni dah pandai dan tak lokek ilmu macam dulu lagi dah... Dorang semua dah pandai dan tahu beza mana yang betul dan mana yang salah. Jadi Muhyiddin tak payah buang masa nak perbodohkan orang kampung.

Ini sebab sebenar Guan Eng batalkan PRN Penang.


2 Ogos 2016 - PRN Pulau Pinang menjadi berita panas yang turut diceritakan di kedai-kedai kopi, namun hasrat Guan Eng untuk melakukan PRN di Pulau Pinang ternyata hanya tinggal mimpi. Ada sumber yang mengatakan PRN tersebut tak jadi disebabkan rakan sekutunya PKR tidak merestui PRN dilakukan.

Hakikatnya, jika Guan Eng masih berdegil, mungkin BN akan mengambil alih lebih banyak kerusi DUN di Pulau Pinang. Walaupun DAP begitu dominan di dalam Pakatan Harapan, mereka juga tidak mampu untuk berdiri sendiri melawan BN. Sebab tu, DAP menunggu keputusan daripada PKR terlebih dahulu untuk berjuang bersama-sama menentang BN.

Nampaknya, DAP takut untuk melawan BN bila mereka tiada rakan sekutu. Sebelum ini bukan main lagi Guan Eng tunjuk berani nak adakan PRN. Bila PKR tak setuju DAP mula takut dengan BN, sebenarnya DAP ni tak la hebat sangat seperti yang disangka. Keputusan Guan Eng tersebut memperlihatkan dengan jelas mereka takut nak berdepan dengan BN di Pulau Pinang.

Keputusan pembatalan PRN ini akan menyebabkan ramai pihak memfokuskan kembali pada isu perletakkan jawatan Guan Eng dan desakan beliau bercuti akan muncul semula dan menjadi igauan kepadanya.

Pastinya desakan terhadap Guan Eng akan kembali menjadi isu paling panas di negeri tersebut.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd. Rahim, rakyat khususnya di Pulau Pinang sudah hilang sepenuhnya kepercayaan terhadap Ketua Menteri mereka yang sudah terpalit dengan skandal pembelian rumah banglo murah dan meluluskan permohonan zon semula tanah pertanian di Balik Pulau.

" Rakyat hilang sepenuh kepercayaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang , pilihan raya tidak diteruskan kerana DAP menyedari ianya akan menguntungkan Barisan Nasional malah mungkin menyebabkan Pulau Pinang kembali menjadi milik BN ," katanya

Guan Eng menyedari hal ini maka sebab itulah pembatalan cadangan itu dibuat. DAP juga tahu bahawa jika diadakan PRN, tak mustahil BN akan menguasai semula negeri tersebut.

Maka, Guan Eng mengambil langkah selamat untuk mengekalkan Pulau Pinang didalam kuasa jajahan DAP, walaupun hanya seketika kerana beliau mungkin akan dihadapkan kemuka pengadilan diatas semua tindakan rasuahnya selama ini.

Muhyiddin buat wayang kononnya simpati pada Anwar


1 Ogos 2016 - Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin katanya selalu bertanyakan khabar mengenai keadaan mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui isteri Anwar, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

‘Anwar macam mana’....’ tengah buat apa’... mungkin itu yang menjadi persoalan Muhyiddin kepada Wan Azizah. Agak korang Anwar tengah buat apa kat dalam lokap penjara Sungai Buloh tu?? Hahaha!

"Masa dia dipecat kerajaan, menteri yang jumpa beliau seorang-seorang ialah saya.

"Saya bersimpati, saya faham kerana saya tahu (keadaan Anwar). Yang penting sekarang soal kebajikan dan kesihatan (Anwar).

"Saya selalu tanya Kak Wan how is he (anwar) doing," katanya.

Simpati ke macam tu??? hahahaaa.... kalau simpati takkan setakat tanya khabar je?? Tak pergi melawat ke... buat makan-makan untuk ‘sahabat sejati’ dia tu ke, Haha!

Ini tak.... siap cakap lagi yang dia sebenarnya kesian dengan segala usaha-usaha yang dilakukan puak Parti Keadilan Rakyat khususnya dalam usaha mereka untuk membebaskan Anwar.

Macam dengan simpati tak ikhlas je.... kalau simpati betul kenapa tak tolong bebaskan Anwar sekali?? Entah-entah depan Wan Azizah je kata simpati tapi belakang dok ketawa. Sedangkan Muhyiddin sendiri tak pasti sama ada nak sokong atau tidak pembebasan Anwar memandangkan dia kini bekerjasama dengan pembangkang.

"Ada pihak katakan boleh ke Anwar dibebaskan. Dalam persekitaran situasi politik sekarang saya tak dapat melihat itu boleh berlaku.

"Lepas pilihan raya mungkin dengan pendirian dengan PKR, kita dah duduk semeja jadi sebahagian rakan. Apa-apa pun keputusan kita kongsi bersama.

"Saya harap anda faham apa yang saya cuba katakan," katanya.

Korang faham-faham jela maksud si Muhyiddin ni... maknanya dia tak bersungguh-sungguh pun nak tolong membebaskan si Anwar tu dari tahanan penjara.

Yela kalau tolong bebas kang potong la jalan Muhyiddin nak jadi Perdana Menteri sebab si Anwar tu pun punya impian yang sama jugak nak jadi pucuk pimpinan negara.

Shafie Apdal perasan ada pengaruh besar di Sabah.


1 Ogos 2016 - Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ni terlajak yakin sangat... Kononnya diri mampu untuk berdikari dan bergerak secara solo.

Perasan sangat yang diri tu mempunyai pengaruh yang besar dan mampu untuk berdiri atas kaki sendiri tanpa bantuan UMNO... Sebab tu Shafie memilih untuk meninggalkan UMNO.

Kita tengok jela sejauh mana dan sebesar apa pengaruh yang Shafie ni ada sehingga dia sendiri menyatakan mempunyai pengaruh yang luas meskipun dia tidak bersama dengan UMNO. Mampu ke Shafie berjaya dan menyambung ;kerjaya politiknya’ setelah memilih untuk meninggalkan UMNO??

Akibat terlebih perasan yang dirinya hebat dan ada pengaruh yang besar... Jadi dia membuat tilikan yang akan ada lagi ramai ahli UMNO Sabah akan meninggalkan parti Melayu tersebut. Kononnya ahli yang ‘bakal’ meninggalkan UMNO tu semua adalah pengikutnya.

“Daripada DUN Kemabong daripada DUN Melalap hampir lebih kurang 2000 ahli UMNO yang keluar daripada UMNO dan ini menampakkan bahawa ketidaksenangan hati mereka bukan hanya pentadbiran UMNO di peringkat pusat begitu juga peringkat negeri dan saya yakin ini satu petanda yang boleh merubah negeri Sabah.

“Saya yakin dan sebenarnya ramai sudah berhubung dengan saya walaupun ramai kata saya tidak berpengaruh lagi tetapi rakyat ini sedar dan bila kita terangkan tentang apa yang berlaku dan apa yang perlu diubah untuk kebaikan bukan keburukan dan mereka nyatakan kesanggupan mereka keluar UMNO,” katanya.

Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ‘pesta’  ahli UMNO di Negeri Di Bawah Bayu itu yang memilih jalan singkat dan terburu-buru keluar parti tanpa memikirkan akibat yang bakal mereka hadapi. Sebanyak  2,000 ahli UMNO dari bahagian Tenom, mengumumkan keluar parti setelah konon tidak percaya dengan kepimpinan parti bangsa Melayu itu.

Mungkin dorang ni cuma percayakan kepada parti cina cauvanis yang secara terang-terangan telah menipu rakyat dan menjadikan orang bawahan mereka sebagai khadam.

Akhbar Pro DAP mula serang Adun PKR di Permatang Pauh.


29 July 2016 - Gara-gara tidak mengikut kehendak untuk mengadakan pilihan raya negeri di Pulau Pinang, DAP telah melancarkan serangan terhadap beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR di Pulau Pinang.... Lebih mengecewakan lagi, DAP telah melancarkan serangan terhadap Adun PKR di bawah Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin, DAP melakukan serangan terhadap Adun PKR dengan menggunakan akhbar pro DAP iaitu Nanyang dengan mengeluarkan karikatur mengatakan 3 Adun PKR gagal sebagai wakil rakyat.

Kurang ajar betul DAP ni.... Orang dah tak sokong cadangan tu.... Boleh pula nak buat serangan jahat... Gunakan akhbar Cina pula tu untuk lakukan serangan terhadap wakil rakyat PKR.... Dasar pengecut betul!!

Norlela menjelaskan, karikatur dalam suratkhabar Nanyang pada 25 Julai lalu mengatakan 3 kerusi PKR ini berisiko tinggi kerana Adun-Adun PKR tidak layak menjadi wakil rakyat dan dikategori sebagai gagal.

"Cartoon dalam suratkhabar Nanyang pada 25 July 2016 mengatakan 3 kawasan Dun berisiko tinggi jika ada pilihan raya negeri adalah Dun seberang jaya, Dun YB Dr Afif- perkhidamatan kurang memuaskan, Bukit Tengah YB Ong Chin Wen- masalah kampung pekerja asing dan Dun Penanti YB Dr Norlela- gagal menjalankan tugas dengan baik," tulis Norlela yang dipetik di laman Facebook miliknya.

Biasalah tu... DAP kalau bab nak kata kat orang memang nombor 1... Dorang je wakil rakyat yang paling 'terbaik' untuk rakyat di negara ini.... DAP saja yang menjalankan tugas dengan baik... Sebab menjalankan tugas dengan baik, tu yang Ketua Menteri kena heret ke mahkamah.... Kalau tak jalankan tugas dengan baik, takdanya nak kena heret ke mahkamah... Hahaha.

Dah terang depan mata DAP guna jalan jahat untuk jatuhkan wakil rakyat PKR... Takkan PKR masih nak jalinkan kerjasama dengan DAP?? Lebih baik putuskan saja kerjasama dengan DAP ni.... Takda keuntungan pun buat PKR... Baik PKR tumpukan kerjasama dengan Pas.. Ada juga faedah!!

Guan Eng berkeras mahu adakan Pilihanraya Negeri tahun ini juga..


29 July 2016 - Walaupun keputusan DAP untuk mengadakan pilihan raya negeri tidak direstui oleh rakan sekutu PKR, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan tetap akan mengadakan pilihan raya tersebut pada tahun ini juga.

Menurut Guan Eng, beliau tidak dapat memberi masa yang lama kepada PKR untuk menyokong cadangan DAP mengadakan pilihan raya kerana DAP tidak akan tunggu sehingga tahun depan.

Jelas Guan Eng, pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tahun ini dan tidak wajar ditangguhkan kerana tahun ini merupakan 'tempoh munasabah' untuk diadakan pilihan raya.

Aik... pelik semacam je Guan Eng... Kenapa tak boleh nak tunggu tahun depan atau dua tahun lagi nak adakan pilihan raya.... Guan Eng dah tengok ramalan dekat Teresa Kok yang kata munasabah untuk adakan pilihan raya pada tahun ini juga ke?? Sebab setahu Andy, pakar tengok ramalan-ramalan ni Teresa Kok sorang.

Alaa... Takkan korang tak tahu cerita pasal Teresa Kok buat ramalan pasal rumah banglo mewah Guan Eng tu... Kan Teresa Kok buat ramalan kata banglo Guan Eng dijual dengan harga murah sebab ada 'Fengshui'  yang tak baik... Jadi, dalam kes pilihan raya ni, mesti Teresa Kok pun akan buat ramalan bagi memastikan DAP terus  kekal mentadbir Pulau Pinang... Betul tak??

Macam ni jelah.... Kalau Guan Eng nak buat juga pilihan raya tu... Guan Eng teruskan saja niat tu... Tak payah nak tunggu keputusan PKR untuk sokong cadangan bodoh DAP ni... Sebab PKR takkan sokong cadangan ni.

PKR pun tahu... DAP nak adakan pilihan raya ni sebab nak pertahankan kedudukan Guan Eng dan DAP sebagai ketua menteri di negeri itu.... Lagipun, PKR pun tahu kedudukan parti mereka juga bahaya kalau sesuka hati sokong cadangan DAP ni!

Rafizi bakal anjur forum dedahkan skandal Azmin..


29 July 2016 - Betul ke PKR akan adakan forum untuk dedahkan skandal RM400 juta DS Azmin,..? Kononnya setiausaha agung PKR sendiri yang akan menganjurkan forum tersebut. Sapa lagi kalau Rafizi yang memang tidak puas hati dengan cara Azmin memerintah kerajaan Selangor.. Ada saja masalah yang nak dibangkitkannya.

Kali ini, kononnya akan ada satu pendedahan salah laku Azmin pulak.. Sejauh mana kebenaran tentang forum tersebut masih lagi belum terjawab, kerana Rafizi dikatakan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berbentuk penafian berhubung forum bertajuk 'skandal RM400 juta Azmin Ali ".

Khabarnya, kain rentang mengenai penganjuran forum tersebut sudah dipasang bagi menarik perhatian rakyat terhadap forum berkenaan. Kain rentang tersebut sudah dipasang di sekitar Shah Alam dan juga Lembah Klang.

Dijangka forum pendedahan skandal Azmin berkenaan akan berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada Sabtu jam 9 malam.

Tambahan lagi, kain rentang tersebut kononnya sudah jelas terdapat gambar Rafizi. Boleh jadi, forum tersebut memang dianjurkan olehnya. Sebab tu, sampai sekarang Rafizi masih membatu mengenai desas-desus forum tersebut. Kalau dia tidak terlibat, mungkin jawapan balas daripada pihaknya sudah diterima mengenai isu ini.

Mungkin juga, Rafizi kecut perut dengan tindakan yang bakal dikenakan keatasnya sekiranya hal ini telah sampai kepada Azmin. Namun, sebagai ahli panel bagi forum tersebut sudah jelas Rafizi tidak sebulu dengan Azmin. Walaupun bukan Rafizi yang menjadi kepala penganjur, tapi dia terlibat secara langsung di dalam program tersebut.

Masalah dalaman PKR juga sudah dapat dihidu sekiranya forum tersebut dilakukan. Selain daripada Rafizi, terdapat dua individu lain yang mungkin menjadi panel di dalam forum tersebut.

Antaranya ialah Pengarah Eksekutif C4 Centre, Cynthia Gabriel dan Pengarah Eksekutif National Oversight &  Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir.

Namun begitu, kedua-dua ahli panel tersebut sudah mengeluarkan kenyataan yang mereka tiada kaitan dalam forum berkenaan yang kononnya diadakan bagi tujuan mendedahkan salah laku Azmin. Mereka juga turut mengecam kewujudan kain rentang yang terpampang jelas wajah kedua-duanya.

“NOW dan C4 tidak terlibat sama sekali dengan ‘forum pendedahan’ itu. Malah, kami tidak tahu menahu kewujudannya,” tegas mereka.

Namun, Rafizi masih gagal untuk memberi jawapan dan masih gagal dihubungi bagi mendapat pencerahan berkenaan isu forum pendedahan skandal tersebut. Agaknya, apa motif sebenar Rafizi? Kain rentang sudah digantung tapi semua pihak masih buntu mengenai kebenaran isu ini.

DAP dakwa PKR langsung tak kenang budi dan jasa Guan Eng.


29 July 2016 - Memang tak dapat diselindungkan lagi perangai tak senonoh dan kurang ajar parti DAPig ni... nampak sangat apa yang dorang tolong parti sekutu dorang selama ini tidak ikhlas dan hanya mengharapkan balasan semata-mata! Tolong tapi mengharapkan pembalasan..., baik korang tak payah tolong dari awal.

Kebiadapan DAP semakin terserlah apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih untuk tidak mahu bersubahat menyelamatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada dua pertuduhan rasuah.

Mana taknya, PKR mengambil keputusan untuk tidak mahu menyokong cadangan pilihanraya negeri yang diilhamkan DAP untuk selamatkan Guan Eng.

Apa lagi marah la puak rejim paling kejam DAP tu... selama ini katanya dorang kerap membantu PKR dalam menangani pelbagai kemelut tapi pada akhirnya PKR mengkhianati mereka apabila ketua mereka dilanda musibah....

Ehhhhh pertolongan apa sangat yang DAP beri pada PKR sampai dorang  mengharapkan balasan selamatkan Guan Eng?? Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun dorang tak tolong bebaskan... tapi mengharapkan pula PKR tolong dorang untuk ‘bebaskan’ Guan Eng dari dihumban ke penjara.

Bila PKR pilih untuk tidak mahu bekerjasama..., boleh pulak DAP kata yang PKR ni langsung tak kenang budi.

Pengerusi DAP Selangor,  Tony Pua tak puas hati bila PKR buat keputusan tak mahu bantu DAP... apa lagi Tony ungkit habis la segala ‘kebaikan’ yang pernah dilakukan terhadap PKR! Amboiiii mengungkit bebbb dorang ni... dasar tolong tak ikhlas!! Kononnya PKR lupa pada ‘jasa-jasa’ DAP yang ditaburkan pada mereka.

“Kadang-kadang, kita tertanya-tanya, apa jenis rakan yang kita ada. Apabila mereka dalam krisis, kita ke hulu dan ke hilir menyokong mereka ke hulu, tanpa mengira apa yang bakal berlaku.

“Tetapi apabila tiba masa kita perlukan sokongan, mereka bocorkan segala-galanya terlebih dahulu kepada media, meninggalkan kita dalam keadaan telanjang sepenuhnya.

“Ataupun mengumumkan kepada dunia secara terbuka sebelum mereka berbincang dengan kami,” kata Tony.

Walaupun Tony tak mention nama ‘sahabat’ mereka tu tapi memang jelas la yang si Tony tu perli PKR...

Sapa suruh ketua korang cari pasal... Guan Eng sendiri yang dok hidup kaya raya dengan hasil duit rasuahnya tu.., tapi bila dapat masalah pandai pulak Guan Eng nak lempar pada PKR. Hah... mana mahunya PKR tolong... sendiri cari masalah sendiri la yang selesaikan.

Mungkin Tony sengaja nak cari pasal dengan PKR kot sebab tu dia kata macam tu... Tuduh yang dorang tu tak kenang budi sebab DAP dah terdesak sangat untuk dapatkan bantuan.

Dinasti Lim dalam DAP akan berakhir jika Guan Eng ke penjara.


29 July 2016 - Semua orang tahu yang Lim Kit Siang telah berjaya membina empayar ‘Dinasti Lim’ dengan hebat sekali... bukan sorang dua darah dagingnya yang didaftarkan masuk ke dalam jawatan tertinggi dalam DAP... Tapi sekali cucu cicit Kit Siang bawak masuk dalam DAP...

Bukan tu je.., Kit Siang ni punya la nak memperkembangkan ‘Dinasti Lim’ dalam DAP sehinggakan sepupu kepada isterinya juga diserap masuk dalam DAP... sapa lagi kalau bukan Teresa Kok.

Itu tak sebut lagi nama-nama seperti Tony Pua, Nga Kor Ming dan Anthony Loke... kalau disiasat dengan lebih mendalam pastinya keputusan yang korang dapat..., dan dorang ni darah daging jugak.

Kalau tidak Kit Siang ni tak lantik la anaknya Lim Guan Eng naik menjadi Setiausaha Agung DAP bagi menggantikan dirinya, sekarang ni pun walaupun dah tua nak mampos tapi Kit Siang masih lagi tak mahu lepaskan jawatan Penasihat DAP yang dipegangnya.

Sayang sangat nak lepaskan sebab takut jawatan tu terlepas ke tangan orang lain... Yela pastinya Kit Siang nak cari ahli keluarganya juga sebab nak kembangkan keturunan mereka dalam DAP.

Tapi sekarang ni Kit Siang tengah dok pening kepala nak cari pengganti kepada Guan Eng... Sebabnya.., kalau Guan Eng masuk penjara maknanya tamatlah dinasti Lim dalam DAP.

Anak beranak Kit Siang yang mana akan menggantikan Guan Eng kali ni kalau dia masuk penjara?? Kit Siang nak lantik orang melayu ganti tempat anaknya tu??? Puihhhh mimpi jela! Pastinya kaum kerabatnya jugak...

Disebabkan Kit Siang sekarang ni tengah takde calon, jadi dia habis-habisan mempertahankan anak kesayangannya tu dari dihumban ke penjara kerana kes rasuah.

Sudah berpuluh tahun kaum kerabat dorang bergayut dengan jawatan tu... jadi takkan kali ni senang-senang je dorang nak serahkan pada orang lain. Sia-sia jela usaha Kit Siang merencanakan kronisme sehingga berjaya menempatkan anak beranaknya dalam DAP jika Guan Eng memusnahkannya kali ini.

Korang jangan terkejut pulak kalau cucu Kit Siang nanti yang akan ‘didaftarkan’ untuk mewarisi kepimpinan DAP selepas Guan Eng. Tapi apa yang pasti dinasti Lim pasti akan berakhir kalau Guan Eng ke penjara...

Yela kann.., sebab Guan Eng sorang je anak Kit Siang yang dia berjaya serap masuk dalam DAP. Yang lain semua hanya sepupu sepapat anak mak bapak saudara je.

Tak tahu la pulak kalau Kit Siang nak lantik saudaranya lagi bagi gantikan Guan Eng... tapi apa yang dok nampak sekarang ni ialah, Dinasti Lim bakal berakhir setelah Guan Eng masuk penjara. Tiada lagi ‘Lim’ dalam DAP..

PAS akan 'curi' undi DAP kalau PRN diadakan..


28 July 2016 - Kenyataan Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang yang mahu meletakkan calon disemua kerusi Dun Pulau Pinang sekiranya PRN bakal berlaku, dikatakan mahu mencuri undi DAP dan juga menghancurkan majoriti kerusi milik DAP . Meskipun dilihat tidak mampu memberi saingan yang hebat di sana, PAS ada cara yang tersembunyi untuk mengulingkan kerajaan Pulau Pinang.

Ternyata PAS mempunyai agenda yang tersembunyi dan secara senyap memberi tekanan kepada DAP dan juga melibatkan semua parti yang ada dalam Pakatan Harapan. Mungkin, PAS tidak mensasarkan kemenangan di dalam PRN mengejut tersebut, sebaliknya menghantar serangan secara halus dengan meletakkan calon di kesemua kerusi.

Hal ini, akan menjejaskan undian bagi blok pembangkang yang lain seperti kejadian PRN Sarawak dan juga PRK lepas. PAS dapat mengurangkan undi terhadap pakatan, kerana ada sokongan yang bakal berbelah bahagi sekiranya blok pembangkang bertanding merebut satu kerusi. Mungkin, PAS sudah mengkaji lebih awal untuk menyedarkan mereka bahawa PAS mampu membantutkan pakatan.

Mungkin juga, ini adalah salah satu mesej politik PAS kepada DAP kerana selepas ketiadaan PAS, pakatan tidak cukup kuat untuk menawan negeri. Agaknya, PAS sudah mengetahui kedudukan mereka dalam masyarakat cina, jadi PAS mengatur strategi begini untuk melumpuhkan kerajaan DAP.

“Jika Pas bersendirian, mereka tidak mungkin diterima pengundi Cina di Pulau Pinang. Tetapi secara tersirat, Abdul Hadi mahu menghantar mesej politik kepada DAP bahawa parti itu walaupun tidak menang tetap mampu juga membantutkan peluang kemenangan pada Pakatan,” kata Md Shukri Shuib, Penganalisis politik (UUM)

Jika bersendirian, PAS sukar untuk melawan DAP, jadi cara ini mungkin berguna dan memberi manfaat kepada mereka untuk melemahkan DAP. Boleh jadi ke strategi PAS ni ??.. atau serangan macam tu akan lebih melemahkan lagi PAS di Pulau Pinang. Namun, bagi parti islam tersebut cara ini lebih kepada memberi pengajaran kepada DAP.

Persengketaan yang berterusan antara puak pembangkang, akan menjadi satu tragedi buruk sekiranya berlaku PRN mengejut. Cuba perhatikan..PAS sudah ada cara untuk menjatuhkan DAP secara perlahan-lahan, PKR juga sudah berani menolak cadangan Guan Eng untuk melakukan PRN mengejut disebabkan takut kehilangan kerusi. Jadi, apa nasib PRN Guan Eng ni ??

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online