BREAKING NEWS

PAS akan 'curi' undi DAP kalau PRN diadakan..


28 July 2016 - Kenyataan Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang yang mahu meletakkan calon disemua kerusi Dun Pulau Pinang sekiranya PRN bakal berlaku, dikatakan mahu mencuri undi DAP dan juga menghancurkan majoriti kerusi milik DAP . Meskipun dilihat tidak mampu memberi saingan yang hebat di sana, PAS ada cara yang tersembunyi untuk mengulingkan kerajaan Pulau Pinang.

Ternyata PAS mempunyai agenda yang tersembunyi dan secara senyap memberi tekanan kepada DAP dan juga melibatkan semua parti yang ada dalam Pakatan Harapan. Mungkin, PAS tidak mensasarkan kemenangan di dalam PRN mengejut tersebut, sebaliknya menghantar serangan secara halus dengan meletakkan calon di kesemua kerusi.

Hal ini, akan menjejaskan undian bagi blok pembangkang yang lain seperti kejadian PRN Sarawak dan juga PRK lepas. PAS dapat mengurangkan undi terhadap pakatan, kerana ada sokongan yang bakal berbelah bahagi sekiranya blok pembangkang bertanding merebut satu kerusi. Mungkin, PAS sudah mengkaji lebih awal untuk menyedarkan mereka bahawa PAS mampu membantutkan pakatan.

Mungkin juga, ini adalah salah satu mesej politik PAS kepada DAP kerana selepas ketiadaan PAS, pakatan tidak cukup kuat untuk menawan negeri. Agaknya, PAS sudah mengetahui kedudukan mereka dalam masyarakat cina, jadi PAS mengatur strategi begini untuk melumpuhkan kerajaan DAP.

“Jika Pas bersendirian, mereka tidak mungkin diterima pengundi Cina di Pulau Pinang. Tetapi secara tersirat, Abdul Hadi mahu menghantar mesej politik kepada DAP bahawa parti itu walaupun tidak menang tetap mampu juga membantutkan peluang kemenangan pada Pakatan,” kata Md Shukri Shuib, Penganalisis politik (UUM)

Jika bersendirian, PAS sukar untuk melawan DAP, jadi cara ini mungkin berguna dan memberi manfaat kepada mereka untuk melemahkan DAP. Boleh jadi ke strategi PAS ni ??.. atau serangan macam tu akan lebih melemahkan lagi PAS di Pulau Pinang. Namun, bagi parti islam tersebut cara ini lebih kepada memberi pengajaran kepada DAP.

Persengketaan yang berterusan antara puak pembangkang, akan menjadi satu tragedi buruk sekiranya berlaku PRN mengejut. Cuba perhatikan..PAS sudah ada cara untuk menjatuhkan DAP secara perlahan-lahan, PKR juga sudah berani menolak cadangan Guan Eng untuk melakukan PRN mengejut disebabkan takut kehilangan kerusi. Jadi, apa nasib PRN Guan Eng ni ??

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online