Ni lah selalu jawapan skema bersalutkan poyo yang akan diberikan oleh artis pompuan melayu bila dorang digossipkan ada hubungan dengan boipren kerabat diRaja.. Kita sampai naik muak dengar jawapan2 macam ni dah..
Tak berkawan kerana harta kononnnn... Berkawan bukan sebab materialistik lah sangattt.. Puiii!! Dorang ni nak bodohkan sapa lah agaknya ye..? Ke dorang nak bodohkan diri sendiri?
Kalau dah tak berkawan sebab harta dan materialistik, yang pergi jaja pada wartawan cerita berkawan dengan kerabat diRaja tu apa hal? Bukan ke nak menunjuk tu namanya beb?
Artis dalam negara kita ni biasalah kann.. Di mulut je cakap tak memilih dan sanggup berkawan dengan sesiapa ja asalkan ikhlas.. Pegidahhh.. Berlakon je semua tu padahal dorang hanya memilih yang kaya raya je untuk dibuat laki..
Kita tak kisah pun dengan Datuk, Tan Sri, atau kerabat mana dorang nak kahwin.., tapi jangan lah poyo sangat bagi ayat berkawan bukan pasal harta tu kann.. Nampak sangat plastiknya beb..
Nak kawan pasal harta ke.., pasal kereta besar ke.., pasal rumah besar ke.., pasal akaun bank besar ke.., kita tak kisah pun lahh.. Kalau kawan pasal anu besar pun tak ada sapa kisah sebenarnya..
Ni sibuk je nak tunjuk diri tu baik sangat sampai menipu tak bertempat.. Cinta lah kononnn kann.., cinta materialistik je lah tuuu!!! Puiii!!!
Lufya Omar antara figura awam yang menjadi perhatian masyarakat selepas hubungan istimewanya dengan kerabat diraja diketahui umum baru-baru ini.
Bagaimanapun Lufya menafilan dia mahu menjadi Cinderella tetapi tidak menafikan hubungan "sebagai kawan" dengan seorang lelaki muda kerabat diraja di sebuah negeri.Kerana itu dia tidak mahu cerita hubungan rapat dia dengan kerabat diraja itu disalah anggap sebagai mahu menjadi Cinderella zaman moden.
Dalam dunia hiburan tempatan, kisah Lufya ini bukanlah suatu yang luar biasa malah kalangan kerabat diraja menjadi tumpuan sesetengah selebriti.
Disebab itu Lufya bimbang hubungan dia dengan kerabat diraja itu membuatkan dia dianggap sebagai wanita materialistik.
"Saya memang terasa kalau orang berkata yang bukan-bukan tentang diri saya. Tetapi tidak salah bukan kalau seorang wanita bujang berkawan dengan sesiapa yang mereka suka.
"Saya ikhlas berkawan dengan dia (kerabat diraja itu). Tapi kalau ada orang kata skandal saya dengan kerabat ini ada niat tertentu, terserahlah. Saya tak boleh nak komen.
"Sebab itu saya cukup berhati-hati dalam soal ini. Saya tak mahu orang salah anggap," tegas Lufya sambil menegaskan bahawa hubungan dengan kerabat diraja itu bukan "hubungan istimewa" malah hanya "kawan biasa" sahaja.
Sebenarnya ini adalah jawapan standard yang kita selalu baca apabila seseorang artis dilihat oleh masyarakat mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang tokoh ternama atau sesama kalangan artis.
Lufya berkata, kerabat diraja yang dimaksudkan oleh banyak orang itu adalah kenalan keluarganya dan mereka sudah lama kenal antara satu dengan lain. Pada masa yang sama Lufya menyenangi budi bahasa kerabat itu yang sanggup "berkawan" dengan gadis biasa sepertinya.
Mengulas perkara utama yang menyebabkan Lufya menyenangi kerabat berkenaan kata penyanyi program realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6) ini, adalah sikap hormat menghormati.
Lufya menegaskan, sepanjang hubungan mereka tidak pernah wujud jurang antara dua darjat, antara rakyat dengan kerabat diraja.
Pun begitu kata Lufya, dia tidak mahu kenyatan yang dikeluarkan itu menyebabkan ramai yang menggangap dia memilih teman atau berkawan dengan golongan istana sahaja. - Utusan
Biasalah artis! kononnya anak raja gilakan mereka, hujung-hujung anak raja tu cari anak raja juga. Banyak conth kalau nak amik. Last last masuk angin!
BalasPadamPeliklah pompuan ni. Artis ker? Tak pernah tahu pun.
BalasPadamHmm.. main taram jer..gambar ntah sape2 jer
BalasPadamartis nie buad sedap jee ... tunjuk duit bnyk at dea , rse dea pon sggup bogel . puuuiiihhh
BalasPadam