BREAKING NEWS

LEPAS KEBAS LAKI ORANG.., HANEZ SURAYA MINTAK MAAF BEB..

Lepas kecoh pasal isu rampas suami orang dan bergaduh bagai nak rak dengan bini orang tersebut, sekarang ni tiba-tiba pulak Hanez Suraya membuat kenyataan maaf didalam laman sosialnya..

Tak tahu lah sama ada permohonan maaf tu ikhlas atau tak.., tapi baguslah pompuan ni reti jugak mintak maaf selepas dia ugut nak saman bini lelaki yang dia rampas dulu..

Tapi sepatutnya.., Hanez pergi je jumpa orang yang dia buat salah dulu untuk mintak maaf secara betul.. Itu baru nampak keikhlasan maaf terhadap salah silap yang dilakukan..

Teringat lagi masa isu dia rampas si Romi tu dalam media.., bukan main gah berlagaknya canang satu dunia kononnya nak saman lah bagai.. Last-last mintak maaf secuit je dalam Instagram.. Apa kejadahnya ni beb?

Dan satu lagi.., permohonan maaf ni pun nampak macam ada yang tak kena je.. Kenapa tiba-tiba je mintak maaf selepas bukan main garang dulu sampai ajak bini si Romi tu bersemuka?

Adakah kerana mula timbul masalah diantara abang Ferarri dengan artis ni? Tak pun mungkin pasal dah kurang job dalam industri seni dek kerana imej buruk yang dibawa?

Apapun, semoga maaf dia tu diterima lah ye.. Peace!




Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online