BREAKING NEWS

ARTIS MALAYSIA.., DAH TUA-TUA PUN BODOH PERCAYA ILMU HITAM..

Asal sakit je kena buatan orang.. Asal sakit je kena khianat orang.. Pelik betul lah dengan sebilangan artis-artis melayu ni kann... Kenapa asyik nak salahkan orang bila kena sakit macam-macam?

Kalau kena sakit gout ke.., sakit jantung ke.., atau sakit sendi ke.., itu dah lumrah kerana umur korang tu dah dekat 50 tahun.. Bersenam kurang.., makan tak jaga.., kesihatan diabaikan.., padan la kalau penyakit mula singgah..

Tak payah la nak cari bomoh atau pengamal perubatan lepas tu cakap la orang tu buat.., orang ni khianat.. Pergi je lah jumpa doktor di Hospital dan dapatkan rawatan serta makan ubat banyak-banyak supaya cepat baik..

Yang nak percaya kat bomoh lah bagai tu kenapa? Lepas tu jaja pulak seluruh akhbar macam awak tu ramai musuh sangat!! Padahal awak tu level artis kelas pertengahan je punn..., bukan top artis macam Nora Danish atau Neelofa..

Lepas ni jangan pulak ada artis yang sakit perut cirit-birit pun nak kata kena santau pulak yee.. Dan jangan ada yang putus cinta lepas tu salah kan bomoh siam buat ilmu guna-guna.. Khurafat semua tu artis-artis oiiii....


PETALING JAYA: Pelakon Lydiawati memberitahu salah satu punya penyakit saraf dan reumatik yang dialaminya selama ini adalah disebabkan perbuatan khianat seseorang.

Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Saimon, 48, berkata, dia menyedari perkara itu selepas bertemu dengan beberapa orang ustaz yang memaklumkan perkara berkenaan.

"Itulah, orang kata, nak percaya susah, tak percaya pun susah. Selepas berubat oleh beberapa ustaz, mereka cakap benda yang sama bahawa penyakit saya adalah kerana khianat orang.

"Dan difahamkan orang yang 'mengenakan' saya itu adalah teman rapat saya. Entahlah... Apa-apapun sekiranya ada orang yang berniat jahat, saya berserah kepada Allah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.

Pada Mei lalu, Lydiawati dilaporkan diserang penyakit saraf dan reumatik selepas berasa kebas dan bisa pada bahagian kiri kaki dan tangan sehingga menyukarkan pergerakannya.

Bagaimanapun Lydiawati memutuskan untuk tidak menjalani sebarang rawatan hospital selepas mendapati kos rawatan yang perlu dibayar agak mahal.

Dalam pada itu, Lydiawati berkata, ini merupakan kali kedua dia mengelami perbuatan khianat seperti itu selepas kejadian disantau pada tahun 1997.

"Harap-harap penyakit saya sekarang ini tidak seperti dulu. Saya pernah kena santau angin sampaikan badan saya kecut dari dalam. Alhamdulillah selepas empat bulan dirawat, barulah sihat," ujarnya.

4 ulasan :

  1. Klu dikata gangguan makhluk halus, mmg pun semua org diganggu dan digoda serta diperdaya syaitan.
    Klu dikata ada makhluk halus yg mengikut, pun betul juga, sbb semua org ada qarin yg mengikut.
    Tp klu sungguh beriman dan tawakkal kpd Allah swt, tiada suatupun drnya yg boleh menguasai, atau memperdaya.

    BalasPadam
  2. Tak kena tak tau,jangan cakap besar, tapi jangan ingat semuanya perbuatan ilmu hitam.

    BalasPadam
  3. Kalau betullah bomoh-bomoh nie mahir atau terror sgt dgn ilmu mereka, bunuhlah kaum Israel dari muka bumi ini.. kalau tidak, ilmu bomoh tu aku sumpah makan diri bomoh tu balik..

    BalasPadam
  4. sial punya bomoh, sebelah rumah aku pun ada sekor bomoh.
    orang takda otak saja yang percaya bomoh

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online