BREAKING NEWS

KERANA PAS, AKILL HAYY MEROYAN TAK DAPAT KELUAR TV.

Akhil Hayy mendakwa ada individu berkepentingan cuba menutup periuk nasinya sekaligus menyebabkan nama beliau ditolak mentah-mentah oleh stesen saluran TV berbayar, Astro. Lebih menyedihkan hal itu telah berlarutan selama empat tahun.

"Mula-mula zikir saya ditarik. Kemudian Azan saya pula ditarik. Saya juga sepatutnya menjadi juri untuk program realiti Pencetus Ummah, tapi tak jadi. Terbaru, saya ditawarkan berlakon untuk sebuah telemovie 'Rock Sangkut', terbitan produksi Mawi (Mawi Entertainment). Namun Mawi memaklumkan nama saya tidak diterima oleh pihak stesen tersebut.

Ketika saya dimaklumkan perkara itu, Mawi sendiri tidak dapat memberikan alasan kerana pihak stesen tersebut tidak menyatakan sebab kenapa nam saya ditolak, luah Ustaz Akill Hayy ketika ditemui pada pelancaran single terbarunya 'Andai Esok', bertempat di Butik Pua Herritage, Amcorp Mall, semalam.

Sebelum ini Ustaz Akhil Hayy terkenal menerusi program seperti 'Cafe Akhil Hayy' dan program realiti islamik, 'Cubaan' yang disiarkan di saIah satu saluran di stesen TV berkenaan.

Tambah suami kepada penyanyi dan pelakon Wahida Abdul Wahab ini lagi, dia tidak kisah sekiranya penolakan dirinya itu mempunyai sebab atau punca yang logik. Sebaliknya tiada apa-apa alasan kenapa namanya digugurkan secara tiba-tiba.

"Saya tidak tahu kenapa? Saya tiada masalah dengan stesen televisyen berkenaan. Tapi saya ada rujuk kepada pihak Astro dan mengikut sumber yang dipercayai, nama saya ditolak gara-gara seorang individu yang mempunyai kepentingan dalam stesen TV tersebut", katanya dengan nada tegas.

Meskipun dia tidak lagi muncul di saluran TV tersebut, Akhil Hayy bagaimanapun berkata rezekinya tidak terjejas kerana dia masih lagi boleh menjalankan aktiviti dakwahnya seperti biasa sama ada di masjid dan juga surau.. Malah ada beberapa saluran TV lain yang menawarkannya untuk tampil dalam beberapa program.

Cuma apa yang dikesalkan ialah dia tidak tahu apa punca sebenar dirinya disingkirkan begitu sahaja.

7 ulasan :

  1. Hayy kena tepuk dada tanya diri sendiri. Kalau dalam hutan sekali pun kuat menyalak rezeki akan lari, inikan dalam alam manusia.

    BalasPadam
  2. Kalau rezeki tak putus yang hadap sangat dengan ASTRO tu apahal..

    BalasPadam
  3. Padan pun ilmu tak sampai ke mana lebih baik cari makan jalan lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam... Kpd yg bernama tanpa nama, nampak sangat kau takdak teloq, suka2 memfitnah ustaz akhil tak berilmu.. Kalau ngko Rasa ngko tu lebih alim dari ustaz akhil tu, pi jumpa depan2... Jgn jadikan blog ni hanya tempat muntahkan mulut longkang ngko tu... Ngko tak ngaji jgn ngumpat tak memasal!

      Padam
  4. Takkan pokok itu boleh bergoyang tiba2...Dah tentunya ada yg menggoncang bersandarkan fakta sebab musabab berhubung kait dgn diri kita sendiri...Bersabarlah...Itu juga ujian Allah Taala..

    BalasPadam
  5. Anon "Tanpa Nama10 Jun 2014 2:36 PG" hang ada teloq ka??hang pon pakai Anon jugak..PHUIIII Taik babi la lu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Nisfu Syaaban kpd tanpa nama yang telah mengangkat martabatnya sendiri menjadi TAIK BABI... Tahniah! Kerna akibat mulut longkang ngko menuduh Dan memfitnah ustaz Akhil akhirnya menyerlahkan keBABIan ngko sendiri!
      sempena malam Nisfu Syaaban yg mana Allah pasti kabulkan doa hamba2nya pada malam ni aku akan pastikan ngko tergolong dalam golongan org2 yg yg akan diBALAkan oleh Allah atas kebiadapan ngko terhadap para pendakwah DI Malaysia.. Amiiin...

      Padam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online