BREAKING NEWS

HOT!!! PAS nak edarkan 200'000 DVD Bersih ke kawasan kampung..


PAS akan menyiarkan video Bersih dan mengagihkan sekitar 200,000 DVD di kampung-kampung berhubung dengan perhimpunan aman sempena Hari Raya, untuk menepis dakwaan dan fitnah polis yang menyatakan tiada keganasan dilakukan ke atas peserta perhimpunan.

Langkah itu adalah sebahagian dari program “balik kampung” yang dianjurkan oleh PAS, yang akan berlansung sepanjang bulan Ramadan sehingga Hari Raya, dan ia bermatlamat membantu PAS mendapatkan sokongan untuk pilihanraya umum yang akan datang.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu akhbar online, The Malaysian Insider bahawa PAS mengambil berat tentang orang-orang kampung yang tidak memperolehi maklumat yang sebenar tentang apa yang berlaku pada 9 Julai lalu dan juga untuk memperbetulkan video versi yang dikeluarkan oleh pihak polis.

“Keseluruhan isu ini telah dimanipulasikan banyak pihak, oleh itu kami ingin masyarakat mengetahui kronologi sebenar perhimpunan berkenaan... terutamanya, mengapa himpunan Bersih diadakan dan apakah tuntutan-tuntutannya,” ujar beliau.

Beliau menambah, ketika ini, fokus yang banyak diberikan kepada perhimpunan tersebut sehingga orangramai melupakan matlamat sebenar Bersih, iaitu untuk memperjuangkan pilihanraya yang telus, adil dan bersih.

DVD yang PAS hasilkan, katanya, akan meliputi beberapa kejadian dan foto yang membawa kepada perhimpunan 9 Julai, termasuk petikan dari perhimpunan Bersih 1.0 pada 2007.

“Kita akan paparkan kronologinya... daripada perhimpunan yang pertama kemudian perhimpunan yang kedua, dan kita akan tunjukkan klip-klip dan gambar-gambar apa yang berlaku pada hari BERSIH 2.0.

“Rakyat perlu faham bahawa Bersih bukan sekadar perhimpunan semata-mata tetapi satu perjuangan untuk membersihkan proses pilihanraya di Malaysia ini,” katanya.

Namun Tuan Ibrahim menafikan video-video berkenaan bertujuan untuk menghasut rakyat membenci pihak-pihak terlibat, tetapi ia hanyalah untuk memberikan "penerangan".

“Kami belum memutuskan jumlah sebenar yang akan dibuat tetapi angkanya tidak kurang dari 200,000. Kami juga akan mengedarkan risalah terhadap peristiwa tersebut supaya rakyat boleh membacanya dan memahami isu tersebut dengan lebih baik.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata selain dari mengagihkan DVD dan risalah, ahli-ahli PAS digalakkan untuk menayangkan video perhimpunan Bersih semasa aktiviti-aktiviti Hari Raya diadakan.

“Kami telah meminta ahli-ahli kami untuk memainkan video-video berkenaan di mana-mana semasa (Hari) Raya. Ramai penyokong dan ahli kami akan balik kampung di hari perayaan berkenaan dan kami mahu mereka menyiarkan di rumah-rumah ahli keluarga, sewaktu jamuan, semasa rumah terbuka, dan juga waktu makan malam.... kita ingin paparkan kepada semua betapa ganasnya polis dan betapa hak asasi manusia telah dinafikan,” katanya.

Mahfuz menambah orang-orang kampung sudah pun meminta untuk menonton video berkenaan kerana ramai yang tidak mempunyai akses Internet atau membaca media alternatif.

“Tetapi perlu kita ingatkan usaha ini bukan untuk menerbitkan kebencian terhadap pasukan polis. Sebaliknya, kami hendak menunjukkan bagaiaman pihak polis telah diperkudakan oleh pihak parti kerajaan di dalam permainan politik mereka,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyatakan tindakan berkenaan boleh membantu PAS dari segi sokongan dan menambahkan bilangan keahliannya.

Dua Naib Presiden PAS failkan SAMAN terhadap PDRM..


Dua naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar masing-masing telah mengambil keputusan untuk menyaman polis, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan pusat berhubung tindakan menahan mereka 9 Julai lalu dan ia akan difailkan minggu depan.

Tindakan saman tersebut akan diuruskan menerusi syarikat peguam Faiz Fadzil & Co dan akan dikendalikan bersama peguam Zulhazmi Sharif.

Zulhazmi menjelaskan, tindakan saman akan difailkan minggu depan.

Selain Salahuddin dan Mahfuz, jelasnya, tindakan saman ke atas ketiga-tiga pihak berkenaan berhubung penahanan pada 9 Julai juga akan dilakukan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Salahuddin berkata, tindakan tersebut diambil memandangkan penahanan mereka ketika perhimpunan Bersih 2.0 adalah tidak sah.

Katanya, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap beliau dan Mahfuz itu adalah di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.

“Saya dan Datuk Mahfuz ditangkap oleh pihak polis pada pukul 11.50 pagi 9 Julai di sekitar KL Sentral. Kemudian saya ditahan di lokap polis di Balai Polis Jinjang dan dibebaskan pada pukul 9.30 malam 9 Julai.

“Sepanjang berada dalam tahanan, pihak polis pun tak ambil apa-apa keterangan daripada kami. Kami juga tak diberitahu sebab-sebab penahanan kami itu,” kata wakil rakyat ini.

“Tindakan pihak polis terhadap kami itu adalah tindakan yang tidak wajar dan ia ternyata satu penahanan yang tidak sah sebab itulah saya mahu mengambil tindakan sivil terhadap pihak polis, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan BN,” katanya.




p/s: Polis dah keluarkan arahan supaya dua ekor manusia tu jangan masuk KL pada 9 Julai hari tu, tapi dorang patuh tak? So bila Polis buat tangkapan, kenapa nak meroyan pulak?

Inilah namanya perangai bodoh sombong pemimpin-pemimpin PAS.. Dah lah bodoh tak reti nak ikut undang-undang.., sombong pulak bila dah tau bersalah..

Patutlah PAS tak diredhai Allah untuk jadi pentadbir negara.. Lingkup rakyat kalau dapat pemimpin kerajaan macam Mahfuz dan Salahuddin tu beb...

HOT!!! Mahasiswa Mesir SERANG Jamil Khir...


Selepas dorang buat Solat Hajat kononnya untuk mohon keadilan terhadap kezaliman kerajaan Malaysia.., mahasiswa di Mesir tu buat pulak demonstrasi didepan Kedutaan..

Ini sempena kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir di situ...

Kononnya dorang nak serahkan Memorandum bantahan kepada Jamil Khir, tapi ditolak mentah-mentah oleh Pak Menteri..

Gua sebenarnya kesian betul kat mak bapak budak-budak tu dikampung.. Mati-mati dorang ingat anak-anak dorang belajar bersungguh-sungguh di Mesir nun..

Tapi rupanya anak-anak dorang tu gila nak berpolitik..

So.., gua nasihatkan family pelajar-pelajar tu semua jangan salahkan kerajaan Malaysia. Kita dah berikan semua kemudahan untuk mahasiswa tu belajar, tapi politik jugak yang dorang pilih...

Kalau nak marah jugak.., marahkan PAS dan Pakatan.. Pasal puak-puak pembangkang tu lah para pelajar kita jadi macam tu...


Ni lah mamat yang kena buang dari Darul Ifta' hari tu.. Dah kena buang, hasut pelajar lain pulak...




Mahasiswa tak takut Ugutan? Hak perlu dipertahankan? Porahhh...




Jamil Khir diserbu oleh puak-puak ni untuk serahkan memorandum bantahan..





CHELSEA tak puas hati dengan FAM isu pemain Israel..


Malaysia akan meneliti aduan yang dibuat pengurusan kelab Chelsea terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung cemuhan berbaur perkauman terhadap pemainnya, Yossi Benayoun ketika berkunjung ke negara ini minggu lalu.

Pemain antarabangsa Israel itu dikatakan diejek ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan kelab liga Inggeris itu menentang Pilihan Malaysia di Kuala Lumpur.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya akan meneliti punca sebenar Benayoun diejek sama ada disebabkan dasar perkauman atau sebaliknya.

"Kita tengok dulu bantahan itu, apakah penyokong mengejek dia kerana datang dari negara tertentu atau kerana dia dibu oleh mereka (penyokong) yang tak puas hati kerana dia berpindah dari kelab Liverpool ke Chelsea kerana pada malam itu ramai juga penyokong Liverpool yang datang.

"Sama juga dengan Fernando Torres dulu yang juga dari Liverpool ke Chelsea, dia juga kena bu kerana meninggalkan kelab asal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan program Rakan Muda Ramadan Peringkat Kebangsaan sempena Karnival Emping Dadong, Kemaman 2011 di Kampung Dadong dekat sini hari ini.

Ahmad Shabery mengulas aduan pasukan Liga Inggeris, Chelsea di atas kejadian terhadap pemain tengah pasukan itu Benayoun kerana dikatakan menerima layanan buruk oleh penyokong Malaysia ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil minggu lalu.

"Hari-hari ada orang kena bu (ejek), semalam pun ada kena bu, kita tidak tahu niat sebenar mereka. Tetapi dari segi kerajaan tidak timbul, kita benarkan mereka datang kerana sukan dan politik tidak boleh dicampurkan adukkan.

"Benayoun datang ke sini setelah kita beri kebenaran khas dan ini bukan pertama kali berlaku. Dulu pun kita pernah beri kebenaran yang sama kepada pasukan kriket (Israel) datang Malaysia," katanya.

Menurutnya, kerajaan Malaysia tidak pernah mengheret rakyat sesebuah negara dengan politik walaupun negara mereka mempunyai dasar politik yang berbeza.

Dalam masa yang sama, beliau turut meminta peminat bola sepak negara mengambil kejadian itu sebagai satu iktibar dan tidak mencampur adukkan politik dengan sukan, sebaliknya menjadikan sukan sebagai platfom menyatupadukan mereka.

Jom tengok Video terbaru Mat Sabu PEMBOHONG..


Sejak dilantik jadi Timbalan Presiden PAS ni, Mat Sabun 121 bukan main lagi kelentong rakyat.. Dia bukan kira siang atau malam.., janji agenda bohong tetap berjalan..

Hari tu Mat Sabun 121 ni bohong pasal kena rempuh dengan pajero Polis.., bila kantoi, dia tukar statement kata kena langgar dengan peronda waja pulak..

Lepas ni kalau kantoi lagi, mungkin dia akan kata Najib yang langgar pulak kot...

Heran betul bila ada orang yang still percaya kat spesis kuat kencing macam Mat Sabun 121 ni.. Bukan setakat percaya je.., siap bagi derma lagi masa dia berceramah..

Baru-baru ni Mat Sabun kelentong lagi di satu ceramah di Dun Jabi, Setiu Terengganu.. Korang tengok pada minit ke 2.28 dalam video tu.., memang macam haram!!!

Jom layannn....

Pelajar Mesir buat SOLAT HAJAT untuk HUKUM Kerajaan Malaysia..


Korang tahu tak.., seminggu lepas, Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (Desak) telah menganjurkan solat hajat terhadap kononnya kezaliman kerajaan terhadap mahasiswa Mesir dan penerangan tentang isu semasa di Malaysia.

Program tersebut telah didukungi oleh beberapa persatuan pelajar, iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Persatuan Perubatan dan ABIM Mesir.

Di dalam program tersebut, para mahasiswa telah didedahkan dengan beberapa kes pencabulan hak mahasiswa yang didakwa dilakukan oleh Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

Antara kes pencabulan hak mahasiswa yang disenaraikan ialah 3 orang mahasiswa yang dihalau daripada Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) tanpa sebarang notis.

Didedahkan juga 40 senarai nama hitam dari negeri Perak yang terlibat dengan perhimpunan Bersih 2.0 serta  beberapa orang yang menerima ugutan dari Negeri Terengganu dan seorang mahasiswa yang telah dibatalkan pengajiannya.


Selain itu, dilampirkan juga aduan yang diterima iaitu pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) banyak menyusahkan mahasiswa ketika berurusan dengan mereka.

Antaranya, pegawai JPMK akan merujuk album-album gambar Bersih 2.0 terlebih dahulu bagi menjalankan sesi soal siasat ke atas mahasiswa dan mahasiswi yang ingin membuat urusan sebagai rakyat Malaysia.

Gua rasa, ini dilakukan untuk memburukkan imej kerajaan di mata para pelajar Mesir yang belajar disana. Yang pastinya, ini semua didalangi oleh individu-individu yang pro kepada PAS dan Pakatan..

Tak cukup dengan usaha PAS menipu Tuhan melalui solat hajat di Malaysia, kini PAS nak ajar pelajar-pelajar kita buat perkara yang sama di Mesir..

Memang celaka sungguh puak-puak PAS ni kann... Nanti gua akan dedahkan mengenai demonstrasi terbaru yang dorang buat baru-baru ni di depan Kedutaan..

Nampaknya banyak pelajar kita di Mesir tu bukannya nak pergi belajar.., tapi dorang lebih berminat untuk jadi aktivis politik..

SAH!!! Januari 2012 tarikh PRU13...


Perdana Menteri, Najib Razak hari ini mengumumkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-62 akan diadakan lebih awal, walaupun masa penangguhan masih belum genap 18 bulan sebagaimana yang diumumkannya pada Disember tahun lepas.

Najib berkata, tarikh baru PAU bermula pada 29 November hingga 3 Disember depan.

Pengumuman tersebut dibuat selepas beliau mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di Menara Datuk Onn.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Naib Presiden), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Setiausaha Agung Umno), Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda Umno) dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Ketua Puteri) turut menyertai sidang akhbar tergempar itu.

Najib, bagaimanapun tidak pula menjelaskan sebab musabab mengenai penentuan tarikh baru PAU walaupun digamit pelbagai tanda tanya di kalangan wartawan yang hadir.



p/s: Ramai pihak yang meramalkan tarikh PRU13 ialah sebelum Perhimpunan Agung UMNO (PAU).., tapi bagi gua, rasanya Najib akan umumkan tarikh PRU13 selepas PAU nanti..

Jadi.., kalau PAU dibuat pada 29 November- 3 Disember..., tarikh PRU13 sudah tentu jatuh pada awal tahun 2012..

Itu gua berani gerenti beb.. Najib akan pastikan barisan kepimpinan UMNO kuat masa PAU nanti untuk menghadapi puak-puak Pakatan di PRU13..


About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online