BREAKING NEWS

Dua Naib Presiden PAS failkan SAMAN terhadap PDRM..


Dua naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar masing-masing telah mengambil keputusan untuk menyaman polis, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan pusat berhubung tindakan menahan mereka 9 Julai lalu dan ia akan difailkan minggu depan.

Tindakan saman tersebut akan diuruskan menerusi syarikat peguam Faiz Fadzil & Co dan akan dikendalikan bersama peguam Zulhazmi Sharif.

Zulhazmi menjelaskan, tindakan saman akan difailkan minggu depan.

Selain Salahuddin dan Mahfuz, jelasnya, tindakan saman ke atas ketiga-tiga pihak berkenaan berhubung penahanan pada 9 Julai juga akan dilakukan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Salahuddin berkata, tindakan tersebut diambil memandangkan penahanan mereka ketika perhimpunan Bersih 2.0 adalah tidak sah.

Katanya, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap beliau dan Mahfuz itu adalah di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.

“Saya dan Datuk Mahfuz ditangkap oleh pihak polis pada pukul 11.50 pagi 9 Julai di sekitar KL Sentral. Kemudian saya ditahan di lokap polis di Balai Polis Jinjang dan dibebaskan pada pukul 9.30 malam 9 Julai.

“Sepanjang berada dalam tahanan, pihak polis pun tak ambil apa-apa keterangan daripada kami. Kami juga tak diberitahu sebab-sebab penahanan kami itu,” kata wakil rakyat ini.

“Tindakan pihak polis terhadap kami itu adalah tindakan yang tidak wajar dan ia ternyata satu penahanan yang tidak sah sebab itulah saya mahu mengambil tindakan sivil terhadap pihak polis, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan BN,” katanya.




p/s: Polis dah keluarkan arahan supaya dua ekor manusia tu jangan masuk KL pada 9 Julai hari tu, tapi dorang patuh tak? So bila Polis buat tangkapan, kenapa nak meroyan pulak?

Inilah namanya perangai bodoh sombong pemimpin-pemimpin PAS.. Dah lah bodoh tak reti nak ikut undang-undang.., sombong pulak bila dah tau bersalah..

Patutlah PAS tak diredhai Allah untuk jadi pentadbir negara.. Lingkup rakyat kalau dapat pemimpin kerajaan macam Mahfuz dan Salahuddin tu beb...

9 ulasan :

  1. Ir. Salahudin Ayub & Dr. Mahfuzz

    BalasPadam
  2. nak tutup kemaluan kerana keGAGALan Bershit dan menutup malu pembohong mat sabu wilcha dan pelakon yang mati idup semula.ni semua sandiwara PAS je bagi menyakinkan penyokong mereka

    BalasPadam
  3. Eluk baca blog Zulkifli Nordin yang komen pasal demo Bersih yang sebenar nya haram dan menyusahkan orang. Dah salah sendiri nak saman polis pulak. Makin menyampah dengan gelagat pemimpin PAS yang kononnya BERSIH tetapi berotak kuning.

    BalasPadam
  4. YB kononnya yang selalu bertelagah di Parlimen untuk menegakkan undang-undang untuk dilaksanakan. Tapi YB Mangkok macam ni yang melanggar undang-undang. YB menjadah bagi haram apa ke benda ni?? Pakai otak le YB!!!

    BalasPadam
  5. dah pakai baju haram bersih, tangkap sajalah.mmg salah.

    BalasPadam
  6. his his,bongkak nye malaonni,dah tak berduitla tu ,kalau menang ada gajis,dasar pembohong.

    BalasPadam
  7. polis buat tindakan ikut undang undang, baca lah undang undang. Sebab kurang education depa berdua tu ingat depa betui, masuk mat sabu dalam geng ni boleh jadi tree stooges, kaki lawak tahun 70an dulu

    BalasPadam
  8. CAMNI KE MENTALITI PEMBANGKANG? CAMNI NAK PIMPIN NEGARA? SORRY LA..
    KORANG BOLEH PULAK MELANGGAR ARAHAN POLIS, BOLEH PULAK MELAWAN LAW AND ORDER. TAPI RAKYAT DISURUH PATUH PADA LAW AND ORDER.
    DGN SIKAP PEMIMPIN2 PEMBANGKANG SPT INI, KORANG YAKIN KE SUATU HARI NANTI RAKYAT AKAN PATUH KEPADA KAMU DAN PATUH KEPADA UNDANG2 JIKA KAMU MEMERINTAH?
    MENAPA BENGAP SANGAT PUAK2 PEMBANGKANG NI?

    BalasPadam
  9. TAK PAYAH DILAYAN SI MAHFUZ NI SEBAB DARI DULU LAGI DIA BERPERANGAI BUDAK-BUDAK...TIDAK MATANG,DAN TIDAK PERNAH CERDIK SAMADA BERCAKAP DAN BERTINDAK....BELIAU BELUM AKIL BALIGH LAGI.....MASIH HINGUSAN....WALAU USIA NYA LEBIH SETENGAH ABAD TETAPI OTAK NYA MASIH TAHAP BUDAK SEKOLAH.....TAK CERDIK-CERDIK LAGI.....AMAT MALANG PENGANUT AGAMA PAS KERANA MEMPUNYAI SEORANG PEMIMPIN BERMENTALITI KELAS EMPAT......MAHFUZ..MAHFUZ BILA LAH KAMU NAK MATANG NI........

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online