BREAKING NEWS

SAH!!! Januari 2012 tarikh PRU13...


Perdana Menteri, Najib Razak hari ini mengumumkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-62 akan diadakan lebih awal, walaupun masa penangguhan masih belum genap 18 bulan sebagaimana yang diumumkannya pada Disember tahun lepas.

Najib berkata, tarikh baru PAU bermula pada 29 November hingga 3 Disember depan.

Pengumuman tersebut dibuat selepas beliau mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di Menara Datuk Onn.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Naib Presiden), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Setiausaha Agung Umno), Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda Umno) dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Ketua Puteri) turut menyertai sidang akhbar tergempar itu.

Najib, bagaimanapun tidak pula menjelaskan sebab musabab mengenai penentuan tarikh baru PAU walaupun digamit pelbagai tanda tanya di kalangan wartawan yang hadir.



p/s: Ramai pihak yang meramalkan tarikh PRU13 ialah sebelum Perhimpunan Agung UMNO (PAU).., tapi bagi gua, rasanya Najib akan umumkan tarikh PRU13 selepas PAU nanti..

Jadi.., kalau PAU dibuat pada 29 November- 3 Disember..., tarikh PRU13 sudah tentu jatuh pada awal tahun 2012..

Itu gua berani gerenti beb.. Najib akan pastikan barisan kepimpinan UMNO kuat masa PAU nanti untuk menghadapi puak-puak Pakatan di PRU13..


1 ulasan :

  1. Nak bagi komen sikit. Memang setuju dengan MPP punya pandangan. DS Najib nak sediakan barisan kepimpinan yang tip-top dulu sebelum masuk PRU.

    Especially dengan 65000 yang layak mengundi kali ini maka yang terbaik dipilih.

    Yang tak perform susah nak menang kali ini sebab bukan 2500 orang yang mengundi tapi 65000, jadi faham-faham sajalah yang mana akan ditunjuk pintu keluar oleh ahli UMNO.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online