BREAKING NEWS

HOT!!! PAS nak edarkan 200'000 DVD Bersih ke kawasan kampung..


PAS akan menyiarkan video Bersih dan mengagihkan sekitar 200,000 DVD di kampung-kampung berhubung dengan perhimpunan aman sempena Hari Raya, untuk menepis dakwaan dan fitnah polis yang menyatakan tiada keganasan dilakukan ke atas peserta perhimpunan.

Langkah itu adalah sebahagian dari program “balik kampung” yang dianjurkan oleh PAS, yang akan berlansung sepanjang bulan Ramadan sehingga Hari Raya, dan ia bermatlamat membantu PAS mendapatkan sokongan untuk pilihanraya umum yang akan datang.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu akhbar online, The Malaysian Insider bahawa PAS mengambil berat tentang orang-orang kampung yang tidak memperolehi maklumat yang sebenar tentang apa yang berlaku pada 9 Julai lalu dan juga untuk memperbetulkan video versi yang dikeluarkan oleh pihak polis.

“Keseluruhan isu ini telah dimanipulasikan banyak pihak, oleh itu kami ingin masyarakat mengetahui kronologi sebenar perhimpunan berkenaan... terutamanya, mengapa himpunan Bersih diadakan dan apakah tuntutan-tuntutannya,” ujar beliau.

Beliau menambah, ketika ini, fokus yang banyak diberikan kepada perhimpunan tersebut sehingga orangramai melupakan matlamat sebenar Bersih, iaitu untuk memperjuangkan pilihanraya yang telus, adil dan bersih.

DVD yang PAS hasilkan, katanya, akan meliputi beberapa kejadian dan foto yang membawa kepada perhimpunan 9 Julai, termasuk petikan dari perhimpunan Bersih 1.0 pada 2007.

“Kita akan paparkan kronologinya... daripada perhimpunan yang pertama kemudian perhimpunan yang kedua, dan kita akan tunjukkan klip-klip dan gambar-gambar apa yang berlaku pada hari BERSIH 2.0.

“Rakyat perlu faham bahawa Bersih bukan sekadar perhimpunan semata-mata tetapi satu perjuangan untuk membersihkan proses pilihanraya di Malaysia ini,” katanya.

Namun Tuan Ibrahim menafikan video-video berkenaan bertujuan untuk menghasut rakyat membenci pihak-pihak terlibat, tetapi ia hanyalah untuk memberikan "penerangan".

“Kami belum memutuskan jumlah sebenar yang akan dibuat tetapi angkanya tidak kurang dari 200,000. Kami juga akan mengedarkan risalah terhadap peristiwa tersebut supaya rakyat boleh membacanya dan memahami isu tersebut dengan lebih baik.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata selain dari mengagihkan DVD dan risalah, ahli-ahli PAS digalakkan untuk menayangkan video perhimpunan Bersih semasa aktiviti-aktiviti Hari Raya diadakan.

“Kami telah meminta ahli-ahli kami untuk memainkan video-video berkenaan di mana-mana semasa (Hari) Raya. Ramai penyokong dan ahli kami akan balik kampung di hari perayaan berkenaan dan kami mahu mereka menyiarkan di rumah-rumah ahli keluarga, sewaktu jamuan, semasa rumah terbuka, dan juga waktu makan malam.... kita ingin paparkan kepada semua betapa ganasnya polis dan betapa hak asasi manusia telah dinafikan,” katanya.

Mahfuz menambah orang-orang kampung sudah pun meminta untuk menonton video berkenaan kerana ramai yang tidak mempunyai akses Internet atau membaca media alternatif.

“Tetapi perlu kita ingatkan usaha ini bukan untuk menerbitkan kebencian terhadap pasukan polis. Sebaliknya, kami hendak menunjukkan bagaiaman pihak polis telah diperkudakan oleh pihak parti kerajaan di dalam permainan politik mereka,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyatakan tindakan berkenaan boleh membantu PAS dari segi sokongan dan menambahkan bilangan keahliannya.

10 ulasan :

  1. VCD tu bukan besi ker?

    BalasPadam
  2. Orang kampung sekarang bukan boleh diperbodohkan sebab mereka juga terdedah kepada pelbagai maklumat. Kenapa nak menjatuhkan pemimpin Melayu ikut pintu belakang?. Orang kampung akan tolak jika mereka tahu ketua demo Bersih Si Ambiga yang anti Islam. Cukup2 lah PAS suka mengumpat dan menyalahkan orang lain. Banyak kesilapan dilakukan oleh para pemimpin PR sendiri selama 3 tahun berkusa di Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Jangan nak salahkan polis sebab ada masanya nanti anda semua memerlukan polis juga. Orang kampung boleh percaya ke kalau tenguk besi?

    BalasPadam
  3. itu salah 1 taktik PAS prbodohkan org2 kg...gua x sokong mana2 parti tpi cara PAS tu x betul..rosakkan ekonomi negara.. kalu dah memerintah nti akan jual plak negara.. perjuangkan islam tpi ikut Dato Ambiga si kapir.. semua sdia maklum ambiga tu murtadkan umat islam. cara umno memerintah pon kejam..cekik darah rakyat.. gua respect lgi zaman tun Dr mahadhir..

    BalasPadam
  4. Program BERSIH adalah tajaan dana dari zionis yahudi untuk menguasai negara secara demokrasi. PAS bodoh ini pula dengan bangga ingin mempromosi BERSIH.
    Memang pemimpin PAS seperti Tuan Man dan Mahfuz ini jenis bodoh dan tak dapat berfikir waras. Konon macam memperjuangkan islam tetapi apa yang mereka lakukan sebenarnya akan menghancurkan islam itu sendiri.
    Kalau nak terus jadi bodoh, silakan, tapi jangan mengajak orang lain jadi bodoh sama.

    BalasPadam
  5. Hari raya orang nak bermaafan dia nak tabur fitnah, menghancurkan keharmonian di hari yang mulia. Otak songsang. Jelas bukan untuk berjuang piliharaya bersih tetapi untuk politik kepartian.

    UMA fikir baik juga dia sebarkan video tu. Pasti banyak kelemahan di dalam penerbitannya. Kita gunakan video itu untuk tembak balik mereka. Video itu kelak akan membuktikan kesalahan mereka sendiri.

    BalasPadam
  6. boleh pulak guna dvd yg tiada deria tu ye???
    hehehe

    BalasPadam
  7. Ini boleh dikira penerbitan haram kerana akan diedarkan kepada orang awam tanpa kelulusan bahagian penapisan filem. Penguatkuasa penapisan filem KDN patut ambil tindakan tegas keatas sesiapa yang menerbit, mengedar, menayangkan dan memiliki filem tersebut. Isi kandungan yang berunsur fitnah dan hasutan juga boleh diambil tindakan tegas demi memelihara perpaduan dan perpecahan rakyat malaysia.

    BalasPadam
  8. nanti edarkan video anwar dgn china doll sekali..kira pakej la ye...hahaha

    BalasPadam
  9. INILAH IKHTIAR HIDUP TERAKHIR PAS SEBELUM SEMUANYA JAHANAM...SEBELUM BULAN PAS GERHANA DI HATI-HATI INSAN MELAYU, SEBELUM NYAWA PARTI PAS BERADA DIHALKUM NANTI....SESUNGGUHNYA PAS KINI BENAR-BENAR DITOLAK OLEH SEBAHAGIAN BESAR UMAT MELAYU YANG WARAS.....RATA-RATA CERUK INSAN MELAYU BERCERITA TENTANG KEJAHATAN DAN KESESATAN PAS.....DAN PASTI PAS AKAN DIAJAR DAN SISEKOLAHKAN PADA PRU KE 13 NANTI....BUATLAH APA SAJA KERANA SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT.....HATI MELAYU TELAH TERBUKA DAN MENILAI YANG MANA KACA DAN YANG MANA INTAN.....DI KELANTAN SEKALIPUN GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT SEMAKIN KUAT DAN BISA MENGONCANGKAN KERUSI DAN SINGGAHSANA NIK AZIZ......PERCAYALAH KALAU UMNO TIDAK MENANG DI KELANTAN YANG PASTINYA PAS AKAN KEHILANGAN BANYAK KAWASAN DI SANA......APA YANG PASTI PASIR PUTEH DAN BEBERAPA DAERAH LAIN AKAN JADI MILIK UMNO........INSYAALLAH.

    BalasPadam
  10. Pemimpin PAS kuat merapu macam Mad Sabu, Khalid Samad, Mahfuz dan Idris Ahmad. Dulu PAS ada pemimpin yang baik2 macam Datuk Haron Din, Ismail Kamus, Dr Hasan Ali, Taib Azamudin semua dah senyap sekarang.
    Harakah pulak banyak auta daripada fakta. Kalau PAS tak ubah sikap yang suka mencaci mencela sesama Islam maka ramailah yang akan tinggalkan PAS nanti.PAS kini terlalu menjaga hati bukan ISLAM.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online