BREAKING NEWS

Mat Sabu diserang sawan Land Rover.

Terbaru, Mohamad Sabu berkata beliau dirempuh kereta Proton Waja polis, dan bukan kenderaan Pajero seperti yang didakwa pasukan keselamatan itu.

Katanya, perkara itu turut dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat beliau pada 14 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

“Saya minta tarik balik pembohongan, kalau tidak kita akan saman polis dan Datuk Salleh Mat Rashid (Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman) kerana melakukan fitnah,” katanya kepada Keadilandaily.

Berdasarkan rakaman CCTV yang ditayangkan polis, katanya, rakaman itu juga menunjukkan sebuah kereta Proton Waja mengekori Pajero terbabit ketika sedang mengejar motosikal yang diboncengnya ketika itu.

“Dalam video polis, yang tidak ditunjuk adalah kereta Waja yang di belakang kereta Pajero yang melanggar motosikal itu. Kereta Waja yang cross itu (yang melanggar),” kata beliau.

Ketika ditanya laporan media 11 Julai lalu yang mengatakan beliau dilanggar Pajero polis.

Mat Sabu berkata terdapat berbagai pandangan pada masa itu. ”Tetapi selepas bertanya kepada penunggang saya, kereta Waja itu yang melanggar,” katanya.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Jom tengok Penganut PAS hilang akal..


Hahaha.... satu lawak la... macam mana la CCTV boleh buat rakaman tanpa ader timestamp tarikh dan masa... hahahaha... ini mana punya cap ayam CCTV nih.... memang memalukan la...

Kalu nak tipu orang ramai yang kata ini datang dari CCTV pon buat la secara professional... hahaha... ini nampak macam lakonan jer... CCTV Video Seks terbitan Dato T pon ader time stamp tarikh dan masa.....

Polis Malaysia nih memang pandai la buat lawak... hahaha..... ini CCTV mesti memang cap ayam punya... sebab biasanya CCTV brand dari Taiwan atau China semua ader letak timestamp tarikh dan masa.....

Hahahaha... Tengok kat presentation yang PDRM buat semalam.... hahaha... lawak.. lawak... Minaq-Jinggo pon boleh gak terpedaya (fotographer ternama nih... hahaha)... hahahaha.... aper citer nih.... tak pro lagi ker bhai.... hahahaha
- sumber


Hebat jugak kesan video Mat Sabu ni pada penganut Pakatan yee.. Korang baca sendiri kat atas tu macam mana puak-puak Pakatan meroyan..

Mula-mula dorang kata Video cctv tu tak nampak muka.., lepas tu dorang kata video tu kabur.. Sekarang ni dorang spin kata video tu tak ada timestamp pulak..

Lepas ni mesti dorang akan kata video tu tak boleh pakai.. Sebabnya, kan Hadi Awang dah keluarkan fatwa kata video tu hanya besi..So tak boleh pakai lah nampak nya video tu...

Gua sokong Mat Sabu saman Bukit Aman..


Peguam Mohamed Hanipa Maidin telah menerima arahan dari Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu agar menghantar surat saman kepada Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Polis ekoran dakwaan beliau (Mohamad) menipu.

Hanipa berkata, Mohamad telah menghubungi beliau pagi ini dan mengarahkan beliau menghantar notis kepada pihak berkenaan ekoran dakwaan itu.

Semalam Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid dalam sidang medianya berkata, tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar 'fender' Pajero,” katanya.

Video berkenaan menunjuk sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.

"Saya harap akan dapat menghantar notis kepada Bukit Aman minggu depan meminta mereka menarik balik dakwaan Mohamad Sabu menipu," kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Menurut Hanipa, Mohamad Sabu berkata, jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnah Mohamad.


p/s: Gua sokong Mat Sabu saman Bukit Aman !! Lagipun dalam video tu bukannya ada gambar muka Mat Sabu punn...Video Anwar yang nampak clear muka dan "anu" tu pun dorang pertikai, tambah la video Polis yang blur tu..

So.. Gua memang bagi sokongan padu kepada Mat Sabu... Keep it up Abang Mat!!! Chaiyok...chaiyokkk!!!

Peguam Perancis Upahan Anwar ditangkap..


Peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon yang mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Perkara itu dinyatakan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya dan peguam Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri di laman Twitter.

Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.

Bourdon merupakan peguam yang dilantik Suara Rakyat Malaysia (Suaram), tiba ke negara ini bagi membongkar skandal pembelian kapal selam Scorpene dan misteri kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Beliau hadir bagi memberi ucap utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang diadakan di Bayan Baru, Petaling Jaya dan Ipoh.

Majlis makan malam itu juga bertujuan mengumpul dana untuk membiayai kos guaman terhadap kes pembelian Scorpene yang difailkan di mahkamah terbuka Perancis.

Pesawat yang membawanya dari KLIA dilapor tiba pada jam 10.25 pagi di Bayan Baru semalam.

Beliau sepatutnya dijadual berucap pada majlis makan malam di Dewan Sivik MBPJ, malam ini selepas berucap pada majlis anjuran yang sama di Bayan Baru.

REVOLUSI yang tak RELEVAN..


Perbuatan menghuru harakan negara seperti yang dilakukan oleh sebilangan pemimpin parti politik adalah satu perbuatan yang langsung tak boleh dimaafkan. Mereka memaki hamun, mencerca dan menghina pemerintah Islam diatas nama Jihad dan Amar Ma’ruf nahi Mungkar. Padahal ia ada tersembuyi maksud yang sebaliknya.

Ada seorang pemimpin pembangkang negara yang sering memainkan tentang hak kebebasan bersuara. Dia juga melaung-laungkan tentang demokrasi, usaha menentang kezaliman pemerintah dan juga mahu membasmi penindasan. Apakah benar sebegitu ataupun mereka-mereka itu sendiri yang melakukan sepertimana yang mereka tuduh kepada pemimpin negara?

Apakah perlu pemimpin pembangkang ini melaung-laungkan tentang revolusi yang kononnya mahu memulihkan sistem didalam negara? Dia juga mengajak masyarakat merusuh dan menimbulkan kebencian terhadap pemerintah Islam yang menerajui pentadbiran. Apakah benar seperti yang diwar-warkan bahawa umat Islam boleh memberontak terhadap Ulul Amri diatas tiket kebangkitan rakyat?

Perbuatan menentang pemimpin itu adalah jelas bertentangan dengan prinsip Sunnah Wal Jamaah. Kita tidak dibenarkan palingkan rasa taat kita terhadap pemerintah selagi mana pemerintah itu masih tetap didalam agama Islam dan menegakkan semua syiar-syiar Islam.

Walaupun dibenarkan untuk menasihati pemerintah melalui saluran-saluran tertentu, tetapi ditegah untuk kita memerangi pemerintah Islam.
Jadi apakah makna pemimpin pembangkang melaung-laungkan supaya rakyat melakukan revolusi didalam pentadbiran kerajaan?

Inilah keburukannya jika kebebasan bersuara itu disalah gunakan. Kebebasan bersuara telah dijadikan sebagai satu agenda untuk menyebarkan pemikiran bathil dikalangan masyarakat.

Semua ini dilakukan dengan harapan supaya rakyat membenci kerajaan dan juga menumbangkan pemerintah sedia ada agar mereka mampu merampas kuasa. Sebab itulah media-media mereka digerakkan dengan begitu rupa dan bebas menyebarkan propaganda yang berbaur fitnah.

Selain dari harapan untuk melihat masyarakat bangkit membenci para pemerintah negara hari ini, pemimpin-pemimpin pembangkang ini juga gembira sekiranya negara menjadi hura-hara dan kelam-kabut. Kerana sekiranya negara huru-hara, maka pelbagai agenda jahat dan buruk yang mereka rancangkan menjadi lebih mudah direncanakan.

Lihatlah bagaimana hasil dari demonstrasi di Timur Tengah seperti di Mesir dan Libya baru-baru ini. Apakah mereka aman damai setelah pemerintah terdahulu digulingkan? Ataupun mereka kembali turun ke jalanan bagi menunjukkan apa yang mereka gelar sebagai kebebasan bersuara?

Revolusi yang rakyat Mesir inginkan tak juga muncul. Sebaliknya pengaruh Yahudi dan pemimpin yang menjadi boneka Barat pula muncul mengawal pentadbiran negara mereka. Itulah juga nasib yang bakal menimpa negara kita ini jika revolusi kononnya untuk membersihkan pentadbiran yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang dibenarkan.

Apa relevannya revolusi jika kita masih lagi hidup dengan aman dan makmur? Jangan sifatkan 0.01 peratus rakyat yang membenci kerajaan sebagai suara seluruh jutaan rakyat yang ada di Malaysia. Jangan hina undi dan mandat yang diberikan oleh berjuta rakyat kepada kerajaan sebagai pentadbir yang sah. Hanya orang yang tak mampu berfikir sahaja yang anggap suara minoriti sebagai suara REVOLUSI !!


* sumber

Edisi 18SXX!! Jadi GILA SEKS selepas digigit anjing..


Sejak digigit anak anjing, seorang perempuan di India jadi ketagihan seks dan selalu mencapai orgasme berulang setiap kali berhubungan seks. Hasil pemeriksaan menunjukkan, peningkatan berahi terjadi kerana wanita itu mendapat penyakit anjing gila.

Wanita 28 tahun yang tidak disebutkan namanya itu dilaporkan mengalami peningkatan ghairah seks yang tidak wajar. Diakui sendiri oleh suaminya, perempuan ini tidak pernah sebegitu ghairah sejak keduanya berkahwin sekitar 8 tahun lalu.

Tidak hanya menjadi lebih mudah terangsang, wanita ini juga selalu mengalami orgasme berulang (multiple orgasm) yang kadang-kadang berlaku sampai 2 hari. Yang penat tentu saja suaminya kerana harus melayani isterinya lebih kerap dari biasanya.

Kedua pasangan ini memajukan masalahnya ke hospital terdekat. Doktor juga bingung mendiagnosisnya, hingga akhirnya beberapa hari kemudian si pesakit menampakkan gejala aerofobia (takut udara dan ketinggian) serta hidrofobia (takut air).

Selain takut cahaya, takut air dan takut udara termasuk gejala spesifik pada infeksi virus rabies. Akhirnya doktor menyimpulkan pesakit dijangkiti penyakit anjing gila, namun sayang si pesakit terlambat mendapat vaksin lalu akhirnya meninggal keesokan harinya.



p/s: Ada sorang mamat kat dalam Malaysia ni..., yang jadi kemaruk depan belakang tu sebab kena gigit dengan apa pulak?

Kalau di India tu kena gigit dengan Anak anjing.., mungkin mamat yang kat sini tu kena gigit dengan bapak anjing kot? Tak pun.., dia mungkin kena gigit dengan Tian Chua.. Hahahahaha...

Dipukul, ditampar, ditendang sehingga pengsan dan duit hilang dalam tahanan Polis.. Ada bukti VIDEO tak?


Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengkaji setiap sudut berkaitan keganasan pihak polis terhadap seorang lelaki berketurunan Cina dari Sarawak, Hii Tiong Huat, 59, yang ditahan polis sempena perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Sepanjang berada dalam tahanan polis, Hii Tiong Huat didakwa telah dikasari oleh pihak polis dengan pelbagai perlakuan yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan beliau pengsan.

"Beliau ditahan di Balai Polis Dang Wangi. Ketika ditahan di Dang Wangi, beliau telah dipukul oleh pihak polis. Selepas itu, beliau ditahan reman pula selama 4 hari di Pusat Tahanan Bukit Jalil.

"Semasa ditahan di Pusat Tahanan Bukit Jalil, Tiong Huat dipukul lagi sehingga pengsan, manakala wangnya pula turut hilang ketika berada dalam tahanan polis," katanya.

Akibatnya, jelasnya, Tiong Huat terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

"Selain itu, Tiong Huat ternyata dikasari oleh pihak polis semasa berada dalam tahanan polis. Dia dipukul, ditampar di muka, ditendang, malah sehingga pengsan. Tidakkah semua yang berlaku ke atas Tiong Huat itu antara bukti nyata keganasan pihak polis?" katanya.

Laporan berhubung keganasan pihak polis terhadapTiong Huat telah dibuat di Balai Polis Sungai Besi, Cheras pada 13 Julai lalu jam 1.28 tengah hari.

Dalam laporan itu, beliau berkata, pada jam 3.00 petang 9 Julai lalu, beliau telah dimasukkan ke Pusat Tahanan Bukit Jalil, Kuala Lumpur kerana memakai baju kuning, setelah ditangkap pada 8 Julai di Petaling Street, di sini.

Menurutnya, semasa proses tukar baju di Pusat Tahanan Bukit Jalil, seorang anggota polis dengan kasar telah menyuruh beliau memasukkan seluar dan barang-barangnya ke dalam beg plastik yang dibekalkan kepadanya.

Katanya, beliau ingin senarai barang-barangnya direkodkan, tetapi anggota polis yang bertugas dengan marah mengatakan kepada beliau supaya jangan bising dan telah menampar mukanya beberapa kali sehingga cermin matanya rosak dan beliau tidak sedarkan diri.

"Kemudian saya telah memasukkan seluar saya yang berisi duit lebih kurang RM300.00, jam tangan, rantai jed, buku kecil dan seluar dalam ke tempat simpanan.

"Selepas itu, saya dimasukkan ke blok A Pusat Tahanan Bukit Jalil, tetapi saya tidak dapat tidur semasa berada di Pusat Tahanan Bukit Jalil kerana ada orang yang ditempatkan dalam sel lokap saya 15 orang, manakala kelulasan sel lokap pada andaian saya hanya 18 kaki panjang," katanya.

Ketika dalam tahanan di pusat tahanan itu, dakwanya, beliau tidak dibekalkan dengan berus gigi, kain tuala, makan tidak cukup dan tiada sabun badan.

"Pada jam 11.00 pagi 12 Julai, saya dibawa ke IPD Dang Wangi dan dibebaskan pada jam 6.00 petang 12 Julai. Pada jam 11.00 pagi 13 Julai, saya datang semula ke Pusat Tahanan Bukit Jalil untuk mendapatkan kembali barang-barang saya.

"Tetapi saya dapati wang yang disimpan di dalam poket seluar saya hanya tinggal RM172.00 bersama barang-barang saya yang lain yang berada di dalam beg plastik yang disimpan di Pusat Tahanan Bukit Jalil.

"Saya percaya duit saya telah diambil oleh anggota polis yang menampar saya pada hari saya dimasukkan ke Pusat Tahanan Bukit Jalil kerana anggota polis tersebut tidak merekodkan duit dan barang-barang saya yang disimpan dan saya cam anggota polis tersebut.

"Dengan ini, saya tidak puas hati dan mahu pihak polis menjalankan siasatan," katanya.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online