BREAKING NEWS

Peguam Perancis Upahan Anwar ditangkap..


Peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon yang mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Perkara itu dinyatakan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya dan peguam Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri di laman Twitter.

Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.

Bourdon merupakan peguam yang dilantik Suara Rakyat Malaysia (Suaram), tiba ke negara ini bagi membongkar skandal pembelian kapal selam Scorpene dan misteri kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Beliau hadir bagi memberi ucap utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang diadakan di Bayan Baru, Petaling Jaya dan Ipoh.

Majlis makan malam itu juga bertujuan mengumpul dana untuk membiayai kos guaman terhadap kes pembelian Scorpene yang difailkan di mahkamah terbuka Perancis.

Pesawat yang membawanya dari KLIA dilapor tiba pada jam 10.25 pagi di Bayan Baru semalam.

Beliau sepatutnya dijadual berucap pada majlis makan malam di Dewan Sivik MBPJ, malam ini selepas berucap pada majlis anjuran yang sama di Bayan Baru.

3 ulasan :

  1. ape cer ni?...goyang pendirian aku kat gomen....

    takkan datang pun kena tahan....

    BalasPadam
  2. hebat politik malaysia sekarang..sampaikan omputeh pun masuk campur hehehehe

    BalasPadam
  3. sepatutnya dh lama gomen buat tindakan mcm ni ke atas org upahan fuckatan dr memasuki negara ini.

    mana2 negara sudah mgamal polisi begini demi kepentingan negara berkenaan.

    usir ajer org2 upahan fuckatan, senarai hitam terus nama depa kt pintu imigresen.... jgn kasi masok!

    h3
    -PASBerg-

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online