BREAKING NEWS

Mat Sabu diserang sawan Land Rover.

Terbaru, Mohamad Sabu berkata beliau dirempuh kereta Proton Waja polis, dan bukan kenderaan Pajero seperti yang didakwa pasukan keselamatan itu.

Katanya, perkara itu turut dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat beliau pada 14 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

“Saya minta tarik balik pembohongan, kalau tidak kita akan saman polis dan Datuk Salleh Mat Rashid (Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman) kerana melakukan fitnah,” katanya kepada Keadilandaily.

Berdasarkan rakaman CCTV yang ditayangkan polis, katanya, rakaman itu juga menunjukkan sebuah kereta Proton Waja mengekori Pajero terbabit ketika sedang mengejar motosikal yang diboncengnya ketika itu.

“Dalam video polis, yang tidak ditunjuk adalah kereta Waja yang di belakang kereta Pajero yang melanggar motosikal itu. Kereta Waja yang cross itu (yang melanggar),” kata beliau.

Ketika ditanya laporan media 11 Julai lalu yang mengatakan beliau dilanggar Pajero polis.

Mat Sabu berkata terdapat berbagai pandangan pada masa itu. ”Tetapi selepas bertanya kepada penunggang saya, kereta Waja itu yang melanggar,” katanya.
Published with Blogger-droid v1.7.2

2 ulasan :

  1. ooooooo.. patutlah sikit jer lakonan patahnya... kena langgar dgn Proton Waja rupanyerrr.... kalau kena langgar dgn Pajeroo hari tu.. confirm belakon mati MatSyabu ni..heheee..
    MAT SABU ker MAT SYABU ker atau MAT SABUN.. hantam jer la..

    BalasPadam
  2. Saman lerrr.....kalau buah peliaq hang besaq, hang saman lerrr....kot kluaq yang lain lagi baghu la hang terbeliak bijik mata!!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online