BREAKING NEWS

REVOLUSI yang tak RELEVAN..


Perbuatan menghuru harakan negara seperti yang dilakukan oleh sebilangan pemimpin parti politik adalah satu perbuatan yang langsung tak boleh dimaafkan. Mereka memaki hamun, mencerca dan menghina pemerintah Islam diatas nama Jihad dan Amar Ma’ruf nahi Mungkar. Padahal ia ada tersembuyi maksud yang sebaliknya.

Ada seorang pemimpin pembangkang negara yang sering memainkan tentang hak kebebasan bersuara. Dia juga melaung-laungkan tentang demokrasi, usaha menentang kezaliman pemerintah dan juga mahu membasmi penindasan. Apakah benar sebegitu ataupun mereka-mereka itu sendiri yang melakukan sepertimana yang mereka tuduh kepada pemimpin negara?

Apakah perlu pemimpin pembangkang ini melaung-laungkan tentang revolusi yang kononnya mahu memulihkan sistem didalam negara? Dia juga mengajak masyarakat merusuh dan menimbulkan kebencian terhadap pemerintah Islam yang menerajui pentadbiran. Apakah benar seperti yang diwar-warkan bahawa umat Islam boleh memberontak terhadap Ulul Amri diatas tiket kebangkitan rakyat?

Perbuatan menentang pemimpin itu adalah jelas bertentangan dengan prinsip Sunnah Wal Jamaah. Kita tidak dibenarkan palingkan rasa taat kita terhadap pemerintah selagi mana pemerintah itu masih tetap didalam agama Islam dan menegakkan semua syiar-syiar Islam.

Walaupun dibenarkan untuk menasihati pemerintah melalui saluran-saluran tertentu, tetapi ditegah untuk kita memerangi pemerintah Islam.
Jadi apakah makna pemimpin pembangkang melaung-laungkan supaya rakyat melakukan revolusi didalam pentadbiran kerajaan?

Inilah keburukannya jika kebebasan bersuara itu disalah gunakan. Kebebasan bersuara telah dijadikan sebagai satu agenda untuk menyebarkan pemikiran bathil dikalangan masyarakat.

Semua ini dilakukan dengan harapan supaya rakyat membenci kerajaan dan juga menumbangkan pemerintah sedia ada agar mereka mampu merampas kuasa. Sebab itulah media-media mereka digerakkan dengan begitu rupa dan bebas menyebarkan propaganda yang berbaur fitnah.

Selain dari harapan untuk melihat masyarakat bangkit membenci para pemerintah negara hari ini, pemimpin-pemimpin pembangkang ini juga gembira sekiranya negara menjadi hura-hara dan kelam-kabut. Kerana sekiranya negara huru-hara, maka pelbagai agenda jahat dan buruk yang mereka rancangkan menjadi lebih mudah direncanakan.

Lihatlah bagaimana hasil dari demonstrasi di Timur Tengah seperti di Mesir dan Libya baru-baru ini. Apakah mereka aman damai setelah pemerintah terdahulu digulingkan? Ataupun mereka kembali turun ke jalanan bagi menunjukkan apa yang mereka gelar sebagai kebebasan bersuara?

Revolusi yang rakyat Mesir inginkan tak juga muncul. Sebaliknya pengaruh Yahudi dan pemimpin yang menjadi boneka Barat pula muncul mengawal pentadbiran negara mereka. Itulah juga nasib yang bakal menimpa negara kita ini jika revolusi kononnya untuk membersihkan pentadbiran yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang dibenarkan.

Apa relevannya revolusi jika kita masih lagi hidup dengan aman dan makmur? Jangan sifatkan 0.01 peratus rakyat yang membenci kerajaan sebagai suara seluruh jutaan rakyat yang ada di Malaysia. Jangan hina undi dan mandat yang diberikan oleh berjuta rakyat kepada kerajaan sebagai pentadbir yang sah. Hanya orang yang tak mampu berfikir sahaja yang anggap suara minoriti sebagai suara REVOLUSI !!


* sumber

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online