BREAKING NEWS

Solidariti Mahasiswa Malaysia lancarkan kempen "Jom Jadi Bangang"...


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini melancarkan kempen ‘Jom Baca media Alternatif di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) bermula jam 2 petang tadi.

Sekretariat Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin berkata, kempen itu dibuat menjurus ke arah untuk menjadikan media alternatif sebagai sumber maklumat utama kepada rakyat di negara ini.

Selain itu katanya, ia bertujuan mendidik rakyat untuk mengutamakan kesahihan berita, mendedahkan mereka kepada persepsi yang lebih terbuka, dan memberi peluang kepada rakyat melihat realiti Malaysia berdasarkan dimensi yang berbeza.

Semalam, SMM telah menganjurkan Flash Mob sekitar Kuala Lumpur untuk mempromosikan kempen itu.

Menurut Ahmad Shukri, peserta yang terlibat telah memakai baju khas yang tertera alamat laman sesawang media altetnatif di Malaysia, sambil melakukan edaran risalah dan buah tangan kepada warga kota.

Pelancaran kempen ‘Jom Baca Media Alternatif’ diadakan pada hari ini dengan siri wacana ‘Mahasiswa Selamatkan Rakyat’ yang akan memfokuskan kepada isu pembinaan loji nadir bumi Lynas.

Tambah Ahmad Shukri, Sasterawan Negara, Datuk A Samad turut diberi penghormatan pada majlis tersebut sekali gus ikon perjuangan rakyat untuk melancarkan program itu.

SMM terdiri dari beberapa pertubuhan mahasiswa. Antaranya Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA), Pro Mahasiswa Nasional (PRO M), Kumpulan Anak Muda Independen (KAMI) & Malaysian Student & Youth Democratic Movement (DEMA).



p/s: Kesian budak-budak Mahasiswa kita zaman ni.. Percaya sangat kepada politik pembangkang sampai jadi bangang..

Orang suruh belajar jadi pandai.., tapi dorang pilih nak berpolitik dan jadi tolol bersama pembangkang..

Betul-betul menghabiskan duit pembayar cukai saja budak-budak Mahasiswa tu semua...

Melayu ni lebih rela masuk DAP daripada kejar syurga PAS..


Tokoh akademik dan pakar sejarah budaya Prof Dr Ariffin Omar hari ini mengumumkan penyertaannya ke dalam DAP sekali gus meneruskan perjuangan menentang politik perkauman dan menggalakkan hubungan erat antara kaum.

Beliau menyertai DAP atas keyakinan bahawa parti itu bukan sahaja ditegakkan atas dasar berbilang kaum tetapi juga mengamalkan politik yang menolak perkauman.

"Pemilihan parti ini bagi saya ialah kerana ia tidak mementingkan kaum sebaliknya berorientasikan kaum dan mewakili semua kaum"katanya.

“Selama lebih 30 tahun saya aktif dalam gerakan hak asasi manusia serta menentang korupsi dan salah guna kuasa serta menggalakkan amalan demokrasi,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Dr Ariffin, 62, adalah pensyarah di Universiti Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur.

Beliau yang dilahir dan dibesarkan di Pulau Pinang bersekolah di St Xavier’s Institution, sebelum ke Universiti Sains Malaysia untuk memperolehi ijazah sarjana muda (B.A.).

Beliau melanjutkan pengajian tinggi di Singapore University dengan memperolehi ijazah sarjana (M.A.). Setelah mengajar di USM, beliau memasuki Australian National University untuk memperolehi ijazah doktor falsafah (PhD) pada 1991.

Beliau terkenal sebagai salah seorang pengasas gerakan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara Aliran pada 1977.



p/s: Habislah PAS.. Melayu yang tak sokong kerajaan pun dah tak teringin nak join parti Isle tu..

Prof ni memang bijak dikalangan penyokong pembangkang.. Dia tau yang DAP lebih berkuasa dari PAS.. Pasal tu lah dia join DAP..

Kalau nak kira ganjaran "syurga"..., agaknya "syurga" DAP lebih besar dari syurga PAS kot? Dan mungkin pada pandangan Prof tu, Khalifah Lim lebih "power" dari Pok Nik Aziz...

Dan daripada dia wala' kepada kuda kayu.., adalah lebih baik dia bagi wala' dia kepada TUAN kepada kuda kayu tersebut.. Betul tak?

Nik Aziz salahkan UMNO isu Gereja dan Murtad...


Sempat jugak orang tua nyanyuk tu salahkan UMNO yee.. Pandai sungguh dia spin isu sampaikan last-last UMNO jugak yang kena..

Yang gua peliknya.., dulu orang tua jumud tu MARAHkan UMNO sebab kononnya tak bela Islam.. Dia selalu kata PAS tak suka UMNO sebab parti melayu tu tolak sistem Islam..

Tapi sekarang ni Nik Aziz marah UMNO sebab dia kata UMNO seolah-olah nak bela Islam.. Dia tk suka UMNO kerana UMNO menyokong Jabatan Agama jaga aqidah umat Islam..

Apa kejadahnya ini semua? Penyakit NYANYUK tahap keberapakah yang menyerang orang tua yang perasan bagus di Kelantan tu?

Bagi gua.., tindakan JAIS tu betul dan tepat untuk menyelamatkan akidah umat Islam berbangsa Melayu daripada murtad. Isu murtad bukan isu yang remeh di dalam Islam, ianya adalah isu yg berat.

Tapi isu yang berat macam ni Nik Aziz tak mau masuk campur dan sambil mudah? Kalau korang nak tau.., itulah bezanya diantara ulamak politik dan juga ulamak yang sebenar..


"Barangsiapa di antara kalian melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu, hendaklah dia merubah hal itu dengan lisannya. Apabila tidak mampu lagi, hendaknya dia ingkari dengan hatinya dan inilah selemah-lemah iman." (HR. Muslim no. 49)

Dewan Pemuda PAS desak KJ LETAK JAWATAN isu pelajar Mesir.....


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menghantar memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung aduan salah laku Pegawai Atasan Pendidikan Malaysia, Khairi Jalalluddin.

Keputusan itu dibuat setelah delegasi DPPM meneliti dari dekat mengenai aduan mahasiswa Malaysia di Mesir sewaktu ke sana 2 Ogos lalu.

Malah banyak salah laku beliau telah didedahkan di laman sosial facebook "KJ Bocor Fan Club".

Antara contoh salah laku beliau yang dilapor dan didedahkan adalah berusaha untuk memecahkan kesatuan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRM).

Khairi yang merupakan ahli Lembaga Kelab Umno Mesir juga merancang untuk mengheret pelajar perubatan Mesir menyertai kelab tersebut serta berkempen di hadapan mahasiswa supaya mahasiswa menyertai kelab Umno Mesir.

Selain itu Khairi juga mengadu domba agar pihak duta bertembung dengan mahasiswa.

Ketua DPPM, Nasrudin Hassan dalam kenyataannya yang dibacakan oleh Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) DPPM, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, DPPM memandang serius perkara ini dan memohon pihak KPT menyiasat segala pendedahan yang dibuat oleh KJ Bocor Fan Club.

"Jika Khairi bertindak seperti yang didedah, DPPM mendesak dan menggesa Khairi segera dipanggil pulang dan dikenakan tindakan wajar.

"Jika beliau mahu berpolitik dan mempolitikkan mahasiswa, sila letak jawatan sebagai pegawai atase pendidikan dan beliau boleh kembali ke Mesir atas nama ahli kelab Umno Mesir tanpa perlu berselindung di sebalik jawatan kerajaan," katanya dalam kenyataan yang dibacakan pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.

Tambahnya, Khairi ternyata melakukan tindakan yang bertentangan dengan etika kerja dan bercanggah dengan profesionalisme tugasnya.

"Beliau sepatutnya berperanan memberi khidmat dan membantu peningkatan akademik mahasiswa di Mesir tapi malangnya beliau pergi untuk berpolitik, mengganggu mahasiswa dan mencetus perbalahan di antara pihak mahasiswa dengan pihak kerajaan khasnya kedutaan Malaysia di Kaherah Mesir," katanya.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah timbalan ketua DPPM, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan setiausaha Khairul Faizi Ahmad Kamil

Pusat Zakat makan GAJI BUTA sampai muslim terpaksa harapkan bantuan GEREJA..


Gua tak nak cakap banyak... Gua cuma nak tanya.., mana dia pihak yang mengaku kata pejuang melayu? Mana dia puak-puak yang mengaku jaga kebajikan Islam? Semuanya patut malu dengan kes-kes macam ni !!!

Gua tak nak sentuh pasal Jabatan Kebajikan Masyarakat pasal dorang kena bantu semua bangsa.. Gua cuma nak tau apa peranan Pusat Zakat didalam kes umat Islam terpaksa harapkan bantuan Gereja ni..

Pusat Zakat tiap-tiap tahun berbangga dan menunjuk-nunjuk dengan kutipan dorang yang berjuta-juta.. Tapi kenapa masih ada umat Islam yang terpaksa meraih simpati pada pihak Gereja? Pengerusi Pusat zakat tu nak bawak semua duit tu masuk kubur ke?

Tahun lepas je Pusat Zakat N.Sembilan dah kutip dekat RM50 juta duit zakat. Takkan nak bantu satu keluarga miskin pun tak boleh beb?

Dah ada orang susah, dhoif, fakir dan miskin.., bantu je lah.. Tak payah nak banyak songeh dengan karenah birokrasi ciptaan sendiri..

Setakat nak bermegah dengan angka juta-juta untuk tunjukkan dorang tu kaya dan efisyen dalam pungutan zakat.., baik tak payah ada pusat zakat dan baitulmal didalam negara ni kalau bantuan tak sampai kepada rakyat yang memerlukan..

Gua nak ingatkan pada pihak-pihak yang berkenaan.. Itu duit bukan mak bapak lu yang punya!!! Itu duit adalah amanah dari rakyat dan tanggungjawab dari Allah swt!!

Bila time nak kutip duit zakat, lu semua laju je cari orang Islam.. Tapi bila nak agihkan hasil zakat, semua nak harapkan orang datang menyembah lu semua.. Yang kerja di Pusat Zakat tu semua makan gaji buta ke?

Kalau tak reti nak urus.., baik semua di situ letak jawatan!!

Kena ingat baik-baik..., Allah swt berfirman dalam surah at Taubah ayat 60 yang bermaksud:

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan".


Nur menceritakan bagaimana dia mendapat bantuan daripada pihak gereja

Seremban: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.

“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana

memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.

Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.

“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.

“Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.

Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.

“Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai

“Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya,” katanya.

Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain.

“Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak.

“Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.

“Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup,” katanya.
- My metro




PAS ambik kesempatan politikkan TAZKIRAH TERAWIH...


Selalunya.., bulan puasa ni kita tambahkan amal ibadah di Masjid ataupun surau.. Tapi puak-puak PAS tu bukan boleh tengok peluang.., terus dorang ambik kesempatan untuk sebarkan fahaman politik dorang melalui tazkirah semasa terawih..

Memang lahabau betul puak-puak PAS tu kann.. Orang ramai yang berniat nak buat pahala dengan berterawih dimasjid dan surau tu.., terpaksalah dengar ceramah politik kepartian dorang walaupun terpaksa..

Nak pulaukan terawih, tak tergamak lah pulak.. So buat pekak telinga je lahhh...

Itulah perangai PAS.. Dorang ingat apa yang dorang buat tu semuanya betul.. Dorang selalu anggap yang dorang saja yang terbaik.. Tapi baik apa kejadahnya kalau ganggu orang nak beribadat? HamPAS betull lahh...



Tindakan pihak tertentu yang menjadikan sesi tazkirah semasa sembahyang terawih sebagai ruang menyampaikan ceramah berunsur politik amat dikesali.

Exco kerajaan negeri Pahang Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata terdapat banyak aduan daripada orang ramai berhubung perkara itu sejak umat Islam melakukan ibadat puasa Isnin lepas.

"Masjid atau surau bukannya tempat untuk pembangkang mengadakan tazkirah berunsurkan politik seperti menghina atau mengutuk kerajaan, dan ianya bukanlah pentas untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan sempena bulan Ramadan kepada masjid, surau dan pusat tahfiz, di Kuantan hari ini.

Beliau berkata Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) telah diminta untuk menyiasat perkara berkenaan.

"Kita minta orang ramai terutama jemaah masjid atau surau supaya segera memaklumkannya kepada Jaip sekiranya terdapat sesi tazkirah sedemikian.

"Perkara ini boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dalam masyarakat serta menjurus kepada perpecahan umat Islam. Ceramah sedemikian juga mengganggu emosi jemaah yang hadir untuk menunaikan solat terawih," katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 13 masjid, 66 surau dan empat pusat tahfiz di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah, iaitu DUN yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum lepas, menerima sumbangan untuk menjalankan aktiviti di bulan Ramadan. --Bernama

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online