BREAKING NEWS

PAS ambik kesempatan politikkan TAZKIRAH TERAWIH...


Selalunya.., bulan puasa ni kita tambahkan amal ibadah di Masjid ataupun surau.. Tapi puak-puak PAS tu bukan boleh tengok peluang.., terus dorang ambik kesempatan untuk sebarkan fahaman politik dorang melalui tazkirah semasa terawih..

Memang lahabau betul puak-puak PAS tu kann.. Orang ramai yang berniat nak buat pahala dengan berterawih dimasjid dan surau tu.., terpaksalah dengar ceramah politik kepartian dorang walaupun terpaksa..

Nak pulaukan terawih, tak tergamak lah pulak.. So buat pekak telinga je lahhh...

Itulah perangai PAS.. Dorang ingat apa yang dorang buat tu semuanya betul.. Dorang selalu anggap yang dorang saja yang terbaik.. Tapi baik apa kejadahnya kalau ganggu orang nak beribadat? HamPAS betull lahh...



Tindakan pihak tertentu yang menjadikan sesi tazkirah semasa sembahyang terawih sebagai ruang menyampaikan ceramah berunsur politik amat dikesali.

Exco kerajaan negeri Pahang Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata terdapat banyak aduan daripada orang ramai berhubung perkara itu sejak umat Islam melakukan ibadat puasa Isnin lepas.

"Masjid atau surau bukannya tempat untuk pembangkang mengadakan tazkirah berunsurkan politik seperti menghina atau mengutuk kerajaan, dan ianya bukanlah pentas untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan sempena bulan Ramadan kepada masjid, surau dan pusat tahfiz, di Kuantan hari ini.

Beliau berkata Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) telah diminta untuk menyiasat perkara berkenaan.

"Kita minta orang ramai terutama jemaah masjid atau surau supaya segera memaklumkannya kepada Jaip sekiranya terdapat sesi tazkirah sedemikian.

"Perkara ini boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dalam masyarakat serta menjurus kepada perpecahan umat Islam. Ceramah sedemikian juga mengganggu emosi jemaah yang hadir untuk menunaikan solat terawih," katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 13 masjid, 66 surau dan empat pusat tahfiz di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah, iaitu DUN yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum lepas, menerima sumbangan untuk menjalankan aktiviti di bulan Ramadan. --Bernama

2 ulasan :

  1. Hodoh lagi keji perangai bahlul PAS-Parti Ambiga Sreevanesan

    BalasPadam
  2. Jiran saya terlalu taksub pada Pas sehingga semua peralatan yg digunakan seharian di cat warna hijau...kecuali tayar motor nya sahaja warna hitam..siang malam kutuk kerajaan..tapi ke sekolah minta biasiswa merayu rayu..! beliau makan pencen tiap2 bulan beratur paling awal di Bank

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online