Gua tak nak cakap banyak... Gua cuma nak tanya.., mana dia pihak yang mengaku kata pejuang melayu? Mana dia puak-puak yang mengaku jaga kebajikan Islam? Semuanya patut malu dengan kes-kes macam ni !!!
Gua tak nak sentuh pasal Jabatan Kebajikan Masyarakat pasal dorang kena bantu semua bangsa.. Gua cuma nak tau apa peranan Pusat Zakat didalam kes umat Islam terpaksa harapkan bantuan Gereja ni..
Pusat Zakat tiap-tiap tahun berbangga dan menunjuk-nunjuk dengan kutipan dorang yang berjuta-juta.. Tapi kenapa masih ada umat Islam yang terpaksa meraih simpati pada pihak Gereja? Pengerusi Pusat zakat tu nak bawak semua duit tu masuk kubur ke?
Tahun lepas je Pusat Zakat N.Sembilan dah kutip dekat RM50 juta duit zakat. Takkan nak bantu satu keluarga miskin pun tak boleh beb?
Dah ada orang susah, dhoif, fakir dan miskin.., bantu je lah.. Tak payah nak banyak songeh dengan karenah birokrasi ciptaan sendiri..
Setakat nak bermegah dengan angka juta-juta untuk tunjukkan dorang tu kaya dan efisyen dalam pungutan zakat.., baik tak payah ada pusat zakat dan baitulmal didalam negara ni kalau bantuan tak sampai kepada rakyat yang memerlukan..
Gua nak ingatkan pada pihak-pihak yang berkenaan.. Itu duit bukan mak bapak lu yang punya!!! Itu duit adalah amanah dari rakyat dan tanggungjawab dari Allah swt!!
Bila time nak kutip duit zakat, lu semua laju je cari orang Islam.. Tapi bila nak agihkan hasil zakat, semua nak harapkan orang datang menyembah lu semua.. Yang kerja di Pusat Zakat tu semua makan gaji buta ke?
Kalau tak reti nak urus.., baik semua di situ letak jawatan!!
Kena ingat baik-baik..., Allah swt berfirman dalam surah at Taubah ayat 60 yang bermaksud:
"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan".
Nur menceritakan bagaimana dia mendapat bantuan daripada pihak gereja
Seremban: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.
Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.
“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana
memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.
Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.
“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.
“Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.
Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.
“Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai
“Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya,” katanya.
Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain.
“Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak.
“Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam,” katanya.
Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.
“Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup,” katanya. - My metro
baitumal dan pusat zakat dll mestilah proaktif. keluar bekerja!!! bukannya duduk dlm pejabat sahaja!!!
BalasPadamingatlah, jalankan amanah yg dipertanggungjawabkan kpd kamu.
aku nak tanya...mana perginya pemimpin2 yg selama ni melaung2kan..pemimpin berjiwa rakyat baik kerajaan mahupun parti pembangkan melayu..peristiwa ini mmbuktikan yg kamu semua hanya mahu undi saja..bila dah menang lupa segalanya..dok kaya diri dan kroni2 je...rakyat nk mampus ke nak murtad ke aku peduli apa..pilihanraya akan datang aku tabur janji lg ..menang lg aku kumpul harta lg...sampailah aku mati...harta2 tu nnti aku mintk keluarga aku tanam sekali dalam kubur untuk bagi rasuah kat malaikat.....
BalasPadamOrang2 diPusat Zakat tak bolih berfikir dimana kutipan zakat nak diagihkan.
BalasPadamOrang2 diPusat Zakat tak bolih berfikir dimana kutipan zakat nak diagihkan.
BalasPadambab ni, orang kat pusat zakat seronok pasal banyak duit masyuk. boleh buat banting banyak buat iklan suruh orang bayar zakat, boleh dapat komisen. bab bantuan ni, tunggu orang minta . isi borang banyak. memang ada orang menipu, tapi kita yang menjalankan tugas, ikut peraturan, bagi je la. menipu tu bab dia dengan Allah.
BalasPadamada pusat zakat, buat majlis kat hotel, tak buang duit ke? kemudian bagi duit raya kat anak yatim dan orang tua. duit buat jamuan kat hotel lagi banyak.
ada yang bagi kalender, rasanya bagi duit kat orang miskin lagi bagus daripada bagi kalender kat orang bayar zakat.
kerja masa bulan puasa je ? kononnya bagi duit kat orang susah. orang susah ni ramai (yang tipu pun ramai) duit anak pi sekolah pun tak ada. pakai kereta, tv besar, anak pi sekolah, cikgu jer yang tahu. tak tau la susah apa. minta la pusat zakat pi sekolah untuk lihat dan bantu. tak cukup setakat bantuan kerajaan sahaja. duit ustaz ajar kafa pun dah meningkat. sokong dap pulak tu. guna duit zakat....
Pusat Zakat boleh bina flet untuk kediaman dan menjimatkan 300 - 600 bagi menyewa rumah.
BalasPadamBoleh membina pusat kesihatan untuk penyakit kronik seperti AIDS, dialisis, dan seperti pesakit di atas.
Selain itu boleh membina pusat penjagaan kanak-kanak.
macam-macam lagi lah belanja 30 juta setahun pun boleh bina berapa banyak bangunan tersebut.
Kutipan Zakat berjuta2 saban tahun. Dimana perginya. Diperhayak kesana kesini dengan bantuan RM70-00 apa yang dia bolih belanja. Apa kalau pegawai pejabat zakat diberi gaji sebanyak RM70 (dah tentu kutipan zakat dikebas, janji perut dia orang kembong.Dia tak bolih berfikir ke.
BalasPadam