BREAKING NEWS

Melayu ni lebih rela masuk DAP daripada kejar syurga PAS..


Tokoh akademik dan pakar sejarah budaya Prof Dr Ariffin Omar hari ini mengumumkan penyertaannya ke dalam DAP sekali gus meneruskan perjuangan menentang politik perkauman dan menggalakkan hubungan erat antara kaum.

Beliau menyertai DAP atas keyakinan bahawa parti itu bukan sahaja ditegakkan atas dasar berbilang kaum tetapi juga mengamalkan politik yang menolak perkauman.

"Pemilihan parti ini bagi saya ialah kerana ia tidak mementingkan kaum sebaliknya berorientasikan kaum dan mewakili semua kaum"katanya.

“Selama lebih 30 tahun saya aktif dalam gerakan hak asasi manusia serta menentang korupsi dan salah guna kuasa serta menggalakkan amalan demokrasi,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Dr Ariffin, 62, adalah pensyarah di Universiti Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur.

Beliau yang dilahir dan dibesarkan di Pulau Pinang bersekolah di St Xavier’s Institution, sebelum ke Universiti Sains Malaysia untuk memperolehi ijazah sarjana muda (B.A.).

Beliau melanjutkan pengajian tinggi di Singapore University dengan memperolehi ijazah sarjana (M.A.). Setelah mengajar di USM, beliau memasuki Australian National University untuk memperolehi ijazah doktor falsafah (PhD) pada 1991.

Beliau terkenal sebagai salah seorang pengasas gerakan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara Aliran pada 1977.



p/s: Habislah PAS.. Melayu yang tak sokong kerajaan pun dah tak teringin nak join parti Isle tu..

Prof ni memang bijak dikalangan penyokong pembangkang.. Dia tau yang DAP lebih berkuasa dari PAS.. Pasal tu lah dia join DAP..

Kalau nak kira ganjaran "syurga"..., agaknya "syurga" DAP lebih besar dari syurga PAS kot? Dan mungkin pada pandangan Prof tu, Khalifah Lim lebih "power" dari Pok Nik Aziz...

Dan daripada dia wala' kepada kuda kayu.., adalah lebih baik dia bagi wala' dia kepada TUAN kepada kuda kayu tersebut.. Betul tak?

7 ulasan :

  1. hehehee...aku gelak dulu!

    TUAN KEPADA KUDA KAYU!

    heheheheheheee...aku nak gelak lagi!!

    BalasPadam
  2. "berorientasikan kaum"

    Aku ingat pensyarah ni cerdik!!!


    Malang kerajaan BN, setelah bersusah payah memakmurkan negara dan berbelanja besar untuk pendidikan, tapi akhitrnya melahirkan tokoh yang macam ni?

    BalasPadam
  3. Angan-angan jadi Menteri Besar...?

    BalasPadam
  4. MB, tak ada kosong, mungkin ada angan angan jadi PM,tapi kena masuk cadre dap dulu, dan President in dap dan setrusnya jadi President macam Mubarak hussin obama?.
    arjuna waspada
    changkat lobak

    BalasPadam
  5. CONTOH MELAYU MUDAH LUPA....

    BalasPadam
  6. alaaaa...dia berpandangan jauh. confirm dia nak jadi calon pru13 nanti. maklumla, kan dap nak letak ramai calon melayu.

    tapi sebab dia bodoh, dia lupa dap sebenarnya nak letak anjing jadi calon. maka dia ni la salah seekor anjing yg akan dipilih nanti..
    hehehe

    BalasPadam
  7. MCA PUN KENA BUKA KEAHLIAN PADA MELAYU JUGA......

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online