BREAKING NEWS

Hadi Awang dakwa PKR dan DAP sabotaj PAS.. #prnsarawak




MIRI - Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang hari ini menyalahkan PKR dan DAP diatas pertembungan calon pembangkang di beberapa kerusi Pilihanraya Negeri Sarawak kali ini.

Berucap dihadapan para petugas pilihanraya di Dun N74 Pujut hari ini, Hadi menyifatkan PKR dan DAP sengaja mahu menganggu peluang PAS untuk bertanding melawan BN di beberapa kawasan khususnya di Miri.

DAP dan PKR juga dianggap keras kepala kerana sengaja meletakkan calon mereka walaupun sudah tahu PAS mengumumkan akan bertanding disini.

"Mereka (DAP dan PKR) harus dipersalahkan kerana PAS terlebih dahulu meletakkan nama untuk bertanding."

"Mereka sengaja mahu merosakkan peluang PAS di pilihanraya Sarawak ini.."

Sebelum ini Setiausaha DAP Lim Guan Eng menafikan mereka sengaja mahu bertembung dengan PAS, sebaliknya ia merupakan satu salah faham sahaja.

Dun N74 Pujut menyaksikan pertandingan 4 penjuru diantara calon BN, DAP, PAS dan juga Bebas.

1 ulasan :

  1. HamPAS, baru tahu orang tak respect. Khayal ingat kalau BN kalah DAPPKR akan datang jemput Hj Hadi jadi PM. Bo La khayal.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online