BREAKING NEWS

PANAS!!! DAP akan buat Sidang tergempar tolak Azmin di Sarawak. #prnsarawak


Menurut sumber dari belakang tabir DAP di Sarawak, satu sidang tergempar akan diadakan bagi membentangkan usul menolak Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor dan orang nombor 2 PKR.

Ini berikutan tindakan Azmin baru-baru ini yang dikatakan mengkhianati DAP apabila meluluskan calon PKR bagi menentang DAP di PRN Sarawak.

Sidang tergempar menolak Azmin tersebut katanya akan dipengerusikan oleh Lim Kit Siang dan juga Anthony Loke. Mat sabu pula ditugaskan untuk memujuk Wan Azizah supaya bersetuju dengan keputusan DAP.

Antara fokus yang bakal ditekankan dalam sidang tergempar DAP berkenaan ialah.., memberi tempoh sehingga Jumaat ini kepada PKR supaya semua calonnya menarik diri dari bertanding di PRN Sarawak.

Jika PKR gagal berbuat demikian, DAP akan bertindak keluar dari Pakatan Harapan dan keluar dari gabungan Deklarasi Rakyat pimpinan Tun Mahathir.

Selain itu, program kempen PKR juga diberitakan mula dikacau oleh geng upahan DAP. Ini menunjukkan bahawa pembangkang sudah berpecah teruk di Sarawak ini.

Secara logiknya, Pakatan Harapan kini hanya tinggal Amanah dan juga DAP sahaja. Deklarasi Rakyat juga bakal tinggal nama sahaja nampaknya.

3 ulasan :

  1. Kah..kah...kah........pakatan haprak

    BalasPadam
  2. lim kit siang kata kita hantam pkr, azmin kata kita lwn dap, mat sabu kata kita tak kisah jd barua sapa2, anwar kata jubo mari, madey kata ini semua salah najib maka tertubuhlah "deklarasi rakyat"..

    BalasPadam
  3. Kah...kah...kah mat sabu bagus dap lagi, mana kau mat sabu' manusia ke apa kau ni...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online