BREAKING NEWS

Asri kata PAS seleweng agama.. Guna bini untuk "judi" politik..


Sikap segelintir pengamal politik yang sanggup menggunakan hukum-hakam bagi mencapai kepentingan peribadi dan politik mereka sehingga menggadaikan agama dengan alasan bahawa agama serta politik adalah selari perlu ditegah sebelum melarat kepada perkara lebih buruk.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pengamal politik terbabit dilihat tidak memahami konsep pertalian agama dan politik menyebabkan ia dilihat semakin meruncing sejak terbongkarnya isu perjanjian dalaman di dalam parti politik tertentu yang memanipulasi agama bagi mencapai kejayaan dalam politik mereka.

Menurutnya, tindakan ahli politik diminta mengungkapkan lafaz perjanjian bahawa isteri mereka akan tercerai dengan sendirinya jika keluar daripada parti berkenaan dan perbuatan seumpamanya ditegah dalam Islam kerana secara tidak langsung mempersendakan hukum talak yang juga satu daripada sistem dalam syariat kekeluargaan Islam.

Katanya, walaupun talak dibenarkan dalam Islam untuk pasangan suami isteri berpisah atas sebab tertentu, namun menggunakan talak sebagai satu daripada polisi politik bagi mengelak ahli parti beralih arah daripada perjuangan mereka disifatkan sebagai tindakan yang menyeleweng.


p/s: Asri kutuk pemimpin PAS la pulakkk... Kata puak-puak PAS ni selewengkan agama bila jadikan bini sebagai taruhan politik... Kahkahkah... Ada sapa-sapa dalam PAS berani bersuara?? Takkan tak berani lawan Tok Mopti Perlis ni kutt?? Kahkahkah...

13 ulasan :

  1. Projek khinzir rm100 juta dan keenganan P Pinang dan Selangor membina rumah kos rendah Ustaz x ulas ke?

    BalasPadam
  2. Perjuangan politik kalau untuk Islam kena ikhlas,jadi kalau ikhlas semua ini tak perlu.Masuk Pas kerana mahu perjuangkan Islam secara ikhlas,bila dah tolak perjuangan Pas,kena lah pula secara ikhlas letak jawatan yg berpunca dari perjuangan Pas.

    Dr.Maza juga perlu ikhlas dalam memperkatakan soal hukum hakan,misti bertujuan utk menasihat demi Allah,bukan bertujuan untuk menhentam sesiap.

    BalasPadam
  3. Yang usulkan untuk berbaiah Talak 3 ni adalah Tuan guru Nik Aziz...Mentor Dr Asri....Awat dia tak kondem TG Nik Aziz?..Hipokrit la MAZA nih!..

    BalasPadam
  4. Unto pertama kali saya nampak kata2 Maza yg suka balon Habib2 dari Yemen bawa Islam ke Nusantara ada sedikit kebenarannya..ok lah Maza

    BalasPadam
  5. Kenapa baru sekarang nak bagi ulasan..sedangkan perkara ni dah lama berlaku dan dalam pengetahuan tuan mufti tuu..

    BalasPadam
  6. Parti dah nak tenggelam....GHB for All....tuan presideng dah mabuk pil....

    BalasPadam
  7. Nasihat dia baik... walaupun lama diamkan... masih belum terlambat..agar perkara ini..tiddak dipergunakan olih politik gelojoh..

    BalasPadam
  8. Ularmak macam tu lah. Dia komen bukan kerana Allah .

    BalasPadam
  9. Tak kan Mufti Perlis ini macam baru tahu jer ttg perkara ini? Sekiranya beliau menegur kerana ALLAH ta'ala kenapa tak beritahu pada Tuan Guru Nik Aziz ttg isu ini semasa Allahyarham tu masih hidup dulu? Kenapa selepas PAS tidak lagi bersama DAP dan PKR baru dia nak berbunyi perkara tu tak betul?

    BalasPadam
  10. nauzubillah.. puak puak kafir yang keluar PAS bukan peduli semua ni termasuk ustaz ustaz dunia.... kat padang mahsyar nanti tahu la ..penyesalan yang tak sudah sudah.. Nik Aziz lah bapak segala kesesatan dalam PAS

    BalasPadam
  11. Orang PAS yang hati telah hitam susah mahu terima kebenaran akan tetap taksub kepada ustaz politik. PAS parti politik didaftarkan dibawah akta pertubuhan bukan turun dari langit. Islam itu ugama.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online