BREAKING NEWS

Najib jadi penyelamat Kedai Mamak seluruh Malaya.. Menteri lain makan gaji buta!!


Kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan operasi restoran dan kedai makan 24 jam bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, keputusan itu juga dibuat bagi mengelak kebimbangan dalam kalangan peniaga bahawa kerajaan menyekat waktu perniagaan.

"Keadaan yang diguna pakai sekarang ini nampaknya memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai, dan mereka yang berniaga pun mendapat rezeki yang sepatutnya diterima oleh mereka.

"Kalau kita menyekat waktu-waktu pembukaannya, ia akan menimbulkan banyak kesulitan kepada orang ramai," katanya kepada pemberita di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai berkata bahawa mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) akan membincangkan cadangan untuk mengehadkan waktu operasi kedai makan sehingga 12 tengah malam sebagai langkah membendung gejala sosial.

Perdana Menteri berkata, beliau turut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai mengenai perkara itu yang membuatkan kerajaan mengambil keputusan mengekalkan pembukaan restoran dan kedai makan berkenaan.


p/s: Isu kedai mamak ni pun kena bagi Najib jugak yang setelkan ke? Menteri lain mana? Makan gaji buta?? Kalau semua Najib kena buat, lagi bagus kalau lepas ni Malaysia jadi negara berpemimpin Tunggal je.. Tak payah nak ada Menteri kabinet la bagai... Gaji menteri-menteri tu semua bagi kat gua.. Boleh gua enjoy puas-puas kat Jakarta dan Cambodia.. Hahahaha...

1 ulasan :

  1. entahnya. ada ke kedai mamak menjadi isu kebejatan sosial. kedai makan 24 jam dibuka untuk mereka yang nak makan minum. terbuka pulak tempat tu. tak timbul isu. yang patut dijadikan isu ialah bolehkah bar, pub, kabaret dan kelab malam ditutup awal? mana menteri yang patut timbulkan isu tersebut? mana lebih buruk kepada masalah sosial, kedai mamak 24 jam atau kelab malam?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online