BREAKING NEWS

POLIS DILARANG TEMBAK PENJENAYAH INDIA DAN GUNA PENDEKATAN LEBIH MESRA.


"Isunya ialah memahami permasalahan utama masyarakat India dan membunuh mereka secara melulu tidak menyelesaikan peningkatan jenayah dalam negara.. Menteri Dalam Negeri mungkin salah faham niat saya, saya tidak berhasrat campur tangan kerja polis.

Persepsi awam terhadap pasukan polis terhakis kerana tindakan yang mereka lakukan," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

Ini berikutan bekas pemimpin Hindraf itu yang menegaskan bahawa beliau tidak percaya berlaku tembak-menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.

Waytha Moorthy juga mendakwa bahawa persepsi awam terhadap pasukan polis terhakis kerana tindakan yang mereka lakukan.

Timbalan Menteri itu juga memberitahu kepada media bahawa beliau akan segera berbincang dengan Ahmad Zahid bagi menyelesaikan isu membabitkan jenayah masyarakat India di negara ini.

"Saya akan mengadakan satu mesyuarat tergempar dengan Menteri Dalam Negeri untuk bekerjasama dengan saya dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk melihat masalah pembabitan jenayah belia India secara lebih holistik," katanya. ~ MPP News

5 ulasan :

  1. Geng jahat boleh pakai pistol betul, polis boleh pakai pistol eletrik je, he he he

    BalasPadam
  2. yang herannya masyarak kita kalau tengok filem babak tembak menembak dari luar negara..foyoooo dahsyat lah SWAT...begitu juga dengan filem Tamil.

    BalasPadam
  3. Heheh....najib kene pecat malaun ni

    BalasPadam
  4. 'Membunuh secara melulu?'

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online