BREAKING NEWS

KAWAN BAIK ANWAR SOKONG DR MAZLAN DI PERMATANG PAUH.


Calon yang diamanah menerajui cabaran Barisan Nasional (BN) menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum ke-13, bukan lawan mudah untuk ketua pembangkang itu, kata ilmuan dan bekas rakan karib Anwar, Datuk Dr Sidek Baba.

Sambil menyifatkan Anwar akan ‘bertemu buku dengan ruas’, pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata Dr Mazlan Ismail adalah seorang petanding, boleh melawan dan mempunyai latar belakang yang boleh menjadi saingan kepada Anwar.

“Apabila dia (Dr Mazlan) bersedia melawan, ia ibarat (Anwar) ‘bertemu buku dengan ruas’, kerana Dr Mazlan merupakan anak tempatan, seorang profesional dan amat layak. Dr Mazlan bukan lawan mudah bagi Anwar.

“Dr Mazlan dari segi imej, saya lihat ada faktor saingan pada dia, ada jiwa agama dan bekas pimpinan PAS. Dr Mazlan sudah tentu ada faktor simpati daripada orang PAS apalagi di kalangan orang Umno dan orang yang berada di tengah-tengah.

“Ini mungkin meletakkan peluang yang lebih kepada dia, memang satu yang bijaksana hantar orang yang terbaik di situ untuk menghadapi tokoh yang bercita-cita menjadi perdana menteri,” katanya kepada Bernama selepas program ‘Helo Malaysia’ terbitan BernamaTV, malam Rabu.

BN mempertaruhkan bekas pengarah pilihan raya umum (PRU) PAS Pulau Pinang, Dr Mazlan untuk menentang Anwar pada pilihan raya umum kali ini.

Merupakan anak tempatan Permatang Pauh, Dr Mazlan, 53, memiliki Ijazah Komunikasi Elektronik daripada University of Salford, United Kingdom dan PhD dalam ‘Intelectual Capital Management’ daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Bukan setakat itu sahaja, pengalaman Dr Mazlan di bidang korporat dengan menyandang jawatan naib presiden Telekom Malaysia sebelum ini, dilihat memberi kelebihan kepadanya.

Sidek baru-baru ini mengejutkan banyak pihak apabila meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun bersahabat, tetapi beliau menjelaskan bahawa tindakannya itu dibuat atas tiga sebab – masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti Anwar.

Beliau meninggalkan Anwar selepas tiga tahun membuat kajian dengan menemu bual 28 individu yang rapat dengan ketua pembangkang itu, serta membuat solat sunat Istikharah bagi memohon petunjuk.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa pakatan pembangkang harus diberi peluang untuk memimpin kerajaan, Dr Sidek berkata Malaysia bukan seperti negara Arab.

“Dalam menilai sesebuah kerajaan, kita lihat rekodnya, kita tentukan ada kesinambungan. Asas rekod prestasi di Malaysia, jika kita lihat dari segi pertumbuhan ekonomi negara adalah baik, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) baik, inflasi agak terkawal, tahun lepas sahaja, hasil dalam negara memungut RM125 bilion, jumlah agak besar, simpanan dalam negara pun ada.

“Dari segi rekod prestasi ini, dan dasar-dasar kerajaan juga memihak kepada rakyat dan jelas, dasar membangun dan memperkasakan pendidikan jelas, dasar menyantuni golongan miskin pun ada. Itu tidak berlaku di Asia Barat,” katanya.

Sidek juga berkata Malaysia turut mengalami perubahan negara Islam apabila wujudnya Bank Islam, Takaful Islam, Bon Islam, Sukuk Islam, wakaf, zakat, dan tidak lama lagi akan wujud Universiti Al-Quran.

“Siapa kata kerajaan tolak Islam, yang betul katakan betul dan yang baik katakan baik…dan jika tidak benar katakan tidak benar dengan etika yang baik. Itulah cara kita,” katanya.

Mengenai nasihat kepada pengundi muda yang kali pertama mengundi pada PRU13, beliau berkata proses memilih wakil rakyat tidak boleh dilakukan hanya berdasarkan kepada zahir seseorang calon itu.

“Walaupun kita tidak tahu tentang sisi peribadi seseorang itu, tetapi kebenaran lambat laun akan diketahui. Saya harap generasi muda, jangan mudah membuat keputusan, melompat dengan kenyataan mengutuk dan sebagainya.

“Cuma ingatan saya kepada orang muda yang tak kenal saya, kenalilah saya dan kenalilah Datuk Seri Anwar masa silam dan masa kini. Bila kenali saya, kita berbincang, saya ada cukup bukti untuk membuktikan benda-benda seperti ini, kerana saya membuat kajian,” katanya. - Umno Online

11 ulasan :

  1. Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
    Tolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
    Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
    Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!

    SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

    BalasPadam
  2. ala setakat kawan baik....boleh ke percaya....dah kena hulur dgn mahadeath mesti lah sidek baba boleh pusing uturn....habuan dunia oleh puak setan dikenali...SELAMAT KE KAT AKHIRAT NANTI...bolehkah mahadeath tolong masa tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mulut kurang ajor, esok ko jd sebaliknya cam ner?

      Padam
    2. ada bukti dia disogok? ckp xde bukti namanya fitnah brader...so cari kitab and pelajari ak quran jg hadis nabi apa hukumnya memfitnah...moga ko menemui kebenara....

      Padam
    3. Kenapa suka fitnah. Tak takut hukum Allah SWT ke
      Kalau bukan fitnah sbb ada bukti, kemukakan untuk sama2 menilai. Moga Allah membuka hati2 yg tertutup. Amin.

      Padam
  3. Iyaa calun bn di permatangg pauh ni org ilmuan dan warak. Jika dia menang dia kene ikut arahan bos2 diatas yg x warak. Apa akan jadi?, x kan lawan towkey...alamat sepengal je jadi MP. Dr. Sidek bekas kawan nuar brahim memberi ulasan kebaikan BN tapi pejamkan mata dan telinga hal keburukan dan hal gelap pemimpin bn, x kan doktor phd ni x penah dengar kot atau buat2 x dengar. Rakyat x hairan kalau kawan nuar berpaling tadah...ramai lagi kawan nuar yg buat mcm tu atas sebab tertentu...x dpt yg di idam bubuh racun. Tak de ke org2 BN yg bertindak berpaling tadah...ramai sekali.....x kan doktor phd ni x penah dengar...apa sebab nya? semua org tau: Rakyat sokong PR bukan sebab faktor anwar sahaja, bukan sebab faktor PAS sahaja...kalau nuar berahim x de pun tak mengurangkan kekuatan PR.. Doktor phd ni renungkan lah, bukan semua rakyat bodoh ada juga yg cerdik nya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmang btul ckp kau tu..bkn smua rakyat bodo ade juga yg cerdik.. yg cerdik guna akal mnilai sgala bukti & fakta yg jlas.. yg bodo smbong mcm kau ni lbih suka auta dr fakta.. ade akal xnk pkai..duk simpan kt lobang bontot... Calon tu ade phd yg d iktiraf..kau ade ape..?? Takat sembang bodo mcmni dgn puak lembu2 pr bleh la.. aku ni atas pgar... Dh bosan & benci dgn onar huru hara yg puak2 lembu pr ni buat.. aku nk keamanan.. kau bleh trus dgn bodo smbong kau tu tp jgn kcau keamanan tanahair aku ni.. jgn smpai kami pgundi snyap ni btindak d luar batas undang2.. lu pkir la sndri...

      Padam
  4. Dr sidek telah melakukan kajian dan beristikharah dan tindakannya telah tuan2 ketahui, dia telah bersikap adil terhadap dirinya dan juga sahabat baiknya DSAI seperti saranan firman Allah surah Al-Maidah ayat 8,dan tuan2 yang kritik Dr Sidek tu ade ke buat mcm dr sidek buat sebelum tuduh dia macam2.. hai, kalu dah taksub tu pusing sana pusing sini.. Tapi natijahnya menampakkan Assobiyah yg keterlaluan.. Wallahua'lam.

    BalasPadam
  5. aik..anon 11:34...kira nye pemimpin PR tu sume nye warak lg maksum la kan...??bior le kome nak kata org BN sume nye tak warak...drpd wali2 pakatan yg berselindung di sebalik imej warak tp perangai serupa setan...punca pecah belah sesama Islam...benarkan kalimah ALLAH digunakan dlm bible...doakan kehancuran saudara seagama...dan macam2 lg le...

    BalasPadam
  6. Mana kwn2 yg anuwar kt nak sgt dia bertanding kat pmtg pauh tu!??tak kan sekelip mata kawan dah jd lawan kot

    BalasPadam
  7. INI KALI LAH....KASI TUKAR PERMATANG PAUH....LAMA SANGAT, APA PUN TAK "UBAH"....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online