BREAKING NEWS

TIAN CHUA KENA TAHAN DIBAWAH AKTA HASUTAN.


Akibat dari kenyataan yang menuduh peristiwa berdarah di Lahad Datu Sabah sebagai sandiwara, Naib Presiden Keadilan Tian Chua akan didakwa dibawah Akta Hasutan.

Kes Tian Chua dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah Jalan Duta pada pukul 9 pagi esok. Ini disahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia, Rozan Azen Mat Rasip didalam laman Twitter beliau sebentar tadi.

Rozan juga menyeru seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan supaya hadir beramai-ramai bagi menyatakan sokongan kepada Tian Chua demi menegakkan kebenaran.


Naib Presiden Keadilan tersebut sebelum ini dengan pantas mendakwa insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah merupakan sandiwara Umno walaupun pada ketika itu ia telah mengorbankan 2 nyawa anggota Komando Vat69.

Tian Chua juga dilaporkan sebagai berkata bahawa semua peristiwa di Lahad Datu hanyalah semata-mata strategi Najib Razak untuk menangguhkan Pilihanraya Umum ke 13.

Sehingga kini, beratus-ratus laporan Polis telah dibuat keatas pemimpin PKR tersebut dan kemarahan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat semakin menebal dengan tindakan biadap beliau. ~ MPP News

5 ulasan :

  1. percayalah..puak2 Penipu Rakyat akan sokong dia punya..maklumlah..Penipu Rakyat mmg sejak awal lg suka keji dan maki pasukan keselamatan kita.

    BalasPadam
  2. bukti wujudnya kes menghasut ialah ...
    terdapat rakyat malaysia yang tidak puas hati / menyokong ... hasil daripa perkataan seseorang dan mereka yang tidak puas hati / menyokong ini ini akan ...
    berpiket menentang / menyokong penghasut dan isu yang dibawa ...
    berdemontrasi mennentang / menyokong isu yang dikemukakan oleh penghasut ...
    dengan bersenjata bertindak menentang / menyokong isu itu ...
    report polis menentang / menyokong isu tersebut ..
    apakah isu itu sebegitu rupa dan boleh menjejaskan keamanan negara ...
    mahkamah akan melihat kewujudan elemen di atas ...
    so ... suara majoriti ... jika wujudnya isu yang boleh mengancam keselamatan negara dan mahu pemimpin pembankang didakwa di mahkamah ... bersuaralah dengan ...
    1, membuat report polis ...
    2. berpiket ...
    3, berdemontrasi ...
    4. bab guna senjata tu biarlah puak pakatan lakukan ...
    ingat kes karpal yang pernah dituduh menghasut ... kes ini dibuang oleh mahkamah kerana tiada perkara-perkara di atas ...

    BalasPadam
  3. Ini masalah penyokong pembangkang...kalau kes2 melibatkan 'geng' mereka, salah pun tetap diperjuangkan utk keadilan...pokoknya dpt melawan kerajaan yg ada skrg. Kes Aminurrashid, Teoh Beng Hock dibesar2kan akan kesilapan di pihak anggota kerajaan. Tapi dlm kes Lahad Datu...diam seribu kata...walau perwira dah terkorban...dgn alasan sandiwara kata mereka....

    BalasPadam
  4. Padan muka Tian Chuak tu. Pengkhianat negara macam bangsat ni elok sepak saja keluaq dari bumi Malaysia yang bertuah ni. Hantaq dia balik ke China, lagi elok North Korea. Muka dah sama dengan geng kominis kat korea tu, mata sama sepet, warna kulit dah sama. Biar dia rasakan penangan buntut AK75 kat muka tenok dia tu.

    BalasPadam
  5. diorg berani turun ker?berapa ramai yg cari tian chua sekarang ni.....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online