BREAKING NEWS

PAS BERHAK TENTUKAN SYAHID ARWAH PASUKAN KESELAMATAN DI SABAH.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoal agenda di sebalik Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Lahad Datu, Sabah sebagai 'syahid dunia'.

Beliau berkata kenyataan Harun pada Sabtu lepas di Kuala Terengganu itu amat bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (Jawatankuasa Fatwa) yang bersidang pada 6 Mac.

Perdana menteri berkata Jawatankausa Fatwa telah menyatakan anggota keselamatan yang terkorban dalam isu pencerobohan di Sabah tergolong dalam 'syahid akhirat' kerana terkorban dalam mempertahan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara.

“Yang kita rasa kesal, tentang mati syahid pun nak dipolitikkan. Nak bercanggah pula dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa. Apakah agenda sebenar pihak pembangkang? Seorang dalam kalangan pemimpin pembangkang yang mulut celupar mendakwa itu sebuah sandiwara kerajaan pimpinan Umno.

“Ini bukan masanya untuk kita menjadikan soal begitu serius yang melibatkan kedaulatan negara, nyawa pasukan keselamatan, maruah negara sebagai bahan politik untuk ditendang ke sana sini mengikut nafsu politik masing-masing,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji kepada calon program khas haji 1434H/2013 tajaan Yayasan 1MDB di Putrajaya.

Najib juga menyeru setiap rakyat Malaysia supaya menunjukkan kesetiaan kepada negara.

12 ulasan :

  1. aku tengok muka dia macam babi pun ada.....ni orang panggil ulamak taik telinga....

    BalasPadam
  2. Hati ustaz ini telah ditutup dengan hawa n
    afsu anua,apa yang dia nak katakan lantak pi dia lah namun Allah yang tahu segala nya.mengaji tinggi tinggi tapi bodoh berlapis lapis.

    BalasPadam
  3. mak aii..kalau ye pun jangan tulis cam tu bro..bawak bertenang..

    BalasPadam
  4. harapkan janggut saja.tapi hati busuk

    BalasPadam
  5. apakah hak pAS menentukan demikian, adakah martabat mereka lebeh tinggi dari majlis fatwa kebangsaan? tiadakah undang undang yg boleh mensabit kan mereka mereka yg menyangkal keputusan yg telah diputuskan oleh majlis fatwa kebangsaan secara terbuka... ini sesuatu yg tidak sihat,

    BalasPadam
  6. PAS mana ada ulama. suma tu dajal2 kecik yg mmpergunakan kesucian ISLAM demi nafsu iblis mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju.. Dajjal2 kecil yg berusaha memberi dan menabur fitnah.

      Padam
  7. mana tak nye...kan dlm PAS tu ada sorang wali keramat agung nama nye Nik Ajis...hanya Pok Nik je le yg blh tentukan syorga atau nerako seseorang...dan dlm PAS je yg blh keluarkan fatwa tentukan syahid arwah anggota keselamatan yg gugur di medan perang...

    BalasPadam
  8. ya Allah, tolong jangan jatuhkan hukum kepada arwah2 yang telah gugur demi mempertahankan negara... biarlah Allah menentukan. tetapi sebagai orang Islam, dan melayu... kita letakkan dan doakan semoga mereka dihimpunkan ke dalam kumpulan roh2 solehah yang dikasihi Allah... PAS, janganlah dipolitikan isu ini, hargailah kepada pejuang2 negara... janganlah terlalu nak tunjuk pandai, seperti wali anda mahu menjatuhkan hukum..... rakyat benci dan muak dengan jenama Islam yang anda gunakan....

    BalasPadam
  9. Aku bukan nak sokong mana2 pihak cuma nak berikan definisi Syahid itu sendiri.
    Syahid dunia dan akhirat adalah utk para syuhada iaitu orang yang berperang melawan orang KAFIR dengan niat ikhlas bagi menegakkan AGAMA ALLAH SWT. W/p Syahid Dunia pun teramat-amatlah bernilai dimana terlepas siksaan kubur...
    Bagi aku kenyataan beliau adalah berlandaskan definisi syahid itu sendiri dan tak nampak kat mana isu politiknya.
    Datuk Harun bercakap berdasarkan isi pengetahuan drpd ajaran Islam itu sendiri dan Najib pulak tidak dia bersandar hujah dan definisi drpd rujukan mana.
    Sebaiknya kita sedekahkanlah Al Fatihah kpd perjurit kita yg terkorban itu. Bukan Najib atau Datuk Harun ni pun yg menentukan ketentuan tetapi Allah. Bezanya Najib janganlah nak berdebat bab agama jika tidak arif sedangkan bab najis mughallazah yang ditanya oleh seorang budak sekolah tadika pun tak mampu dijawab w/p diberi ruang berbincang dahulu bersama Muhyiddin...tunaikan dulu kewajipan sbg suami utk menasihatkan isteri menutup aurat dimana itu memangnye jelas PERINTAH ALLAH dan yg lebih penting sebagai IMEJ PEMERINTAH NEGARA yg AGAMA RASMINYA ISLAM..

    BalasPadam
  10. Maaf pembetulan komen diatas...bukan budak sekolah tadika yg tanya Najib tapi budak sekolah rendah...sorry sorry

    BalasPadam
  11. HamPAS ada soklan bocor mungkar nangkir haha
    HamPAS ada kunci syurga n neraka
    Maklum la, sedang kn hamPAS ni pon brani kata Rasulullah mcm, brani kafir kn org islam, brani doakn kejatuhn org Islam tu sndri n brani bg syurga kt pgikut diaorg...kalu da kompem msk syurga, pg la kt lahad datu tu..ape2 jd pon korg ttp msk syurga kannnn?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online