BREAKING NEWS

PENYEBAR VIDEO ANWAR DIKENALPASTI..

Sama ada sedar atau tidak, isu skandal seks Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berusia 15 tahun. Bermula pada 1997 apabila terdapat tuduhan yang dibuat oleh Karpal Singh dalam Parlimen, diikuti pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri (1998), reformasi dan kes Liwat Azizan (1998-2003), Liwat II (2009-2012), video klip lelaki menyerupai beliau mengadakan hubungan seks.

Dan sekarang muncul satu lagi skandal beliau atau lelaki menyerupai beliau mengadakan hubungan songsang dengan seorang pemuda “triple A”. Sebenarnya orang ramai sudah letih, bosan dan penat dengan skandal yang mengelilingi Anwar bin Ibrahim ini.

Barisan Nasional dalam keadaan kuat dan bersedia memenangi pilihan raya ini dengan majoriti 2/3 biar pun Pakatan mungkin masih menguasai satu atau dua negeri. Justeru kemunculan gambar dan video terbaru ini tidak memberi sebarang keuntungan politik kepada Barisan Nasional dan UMNO.

Sebaliknya, memahami psikologi orang Melayu dan Asia keseluruhan, penyebaran video-video memalukan ini pada saat-saat menjelang pilihan raya mungkin memberi undi simpati kepada Pakatan dan Anwar Ibrahim. Ini pernah terjadi dalam pilihan raya 1999 apabila terdapat gerak kerja UMNO yang terlalu memburukkan Anwar akhirnya memberi undi simpati kepada pakatan pembangkang.

Justeru ia menimbulkan tanda tanya sama ada gambar-gambar sensasi terbaru ini disebarkan oleh Barisan Nasional atau oleh Anwar sendiri. Perilaku dan peribadi Anwar tidak lagi penting kerana apa yang dipaparkan dan disiarkan sebelum ini sama ada di Mahkamah, di dalam media massa mahu pun ruang siber sudah cukup untuk membantu rakyat membuat keputusan sama ada mahu terus menyokong Anwar atau sebaliknya.

Dengan kata lain mereka yang mengambil kira moral dan perlakuan luar tabie Anwar sudah membuat keputusan untuk menolak Pakatan. Manakala mereka yang mahu terus bergantung kepada Anwar akan terus mempertahankan Anwar sehingga ke tahap video hanyalah besi yang tidak boleh menjadi saksi.

Jadi adalah tidak mustahil untuk menyatakan kemungkinan gambar perlakuan seks (dan mungkin video selepas ini) yang baru ini disebarkan oleh pasukan Anwar sendiri menjelang pilihan raya Umum.

Pasukan Anwar menyedari bahawa terdapat perubahan besar sikap rakyat terhadap Barisan Nasional sejak enam bulan yang lalu apabila pelbagai program mesra rakyat, penerangan isu semasa dan akhir sekali kesungguhan kerajaan menyelesaikan isu Lahad Datu mendapat impak yang positif. Pakatan dalam keadaan terdesak apabila beberapa kenyataan pemimpin mereka terhadap insiden Lahad Datu telah menimbulkan kemarahan rakyat.

Untuk mengalih isu sikap kurang ajar pemimpin pakatan terhadap pasukan keselamatan, dengan tiba-tiba sahaja isu skandal seks Anwar kembali hidup. Pasukan Anwar sendiri yang menghidupkannya apabila menggunakan Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari Azlan (yang mengaku beliau diliwat Anwar), untuk memburukkan anaknya sendiri.

Baca seterusnya DISINI..

3 ulasan :

  1. Foto atau video yg akan di keluarkan nanti kenapa UMNO lak yg di persalahkan?
    Persoalannya:
    1)Sampai sekarang nama blogger yg upload pun masih belum di ketahui
    2)takkan org UMNO lak susah payah nak pergi hotel tu pasang hidden camera,mana lak diaorg tahu si polan ni nak menyontot.Ada akal boleh pikir la...siapa pulak lah yg tau pergerakan dia kecuali org yg terapat dengan dia?
    org tu mesti tau bila,dimana,dengan siapa dia akan menyontot,aperhal org UMNO lak yg salah.
    3)ok lah katalah kita nak setting sesuatu kejadian utk di rakam ada ke kita ajak musuh kita sekali,tak lojik dek akal.

    so...mesti ada org yg terdekat dengan dia yg lakukan kerja ni utk menjatuhkan dia...fikirlah

    BalasPadam
  2. Penyebar video telah dikenalpasti, pelakon dalam video tu pun dah dikenalpasti.... oooo dia rupa nye... bukan lah kejutan..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online