BREAKING NEWS

Nasharuddin Mat Isa tak layak didalam PAS.. - Nik Aziz

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengesahkan kepimpinan parti itu sudah menolak keahlian bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa walaupun tokoh berkenaan mendakwa masih belum menerima surat rasmi berhubung kedudukannya dalam parti berkenaan.

Nik Aziz berkata, sama ada surat diterima atau tidak oleh Nasharudin berhubung status keahliannya, ia bukan perkara utama.
"Soal surat sampai ke tidak, ia nombor dua. Yang penting ijab dan kabul sudah berlaku. Lafaz cerai pun sudah. Walaupun surat cerai.....

tidak sampai, daripada segi hukum dan adatnya cerai tetap berlaku dan sah," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman Rancangan Kawasan Khas Bandar Tok Bali antara Majlis Daerah Pasir Puteh dengan empat syarikat pelaburan di sini semalam.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nasharudin kelmarin yang mengakui masih ahli Pas berikutan tidak menerima sebarang surat rasmi berhubung kedudukannya dalam parti.


p/s: Inilah buktinya Asobbiyah dalam Pas.. Nik Aziz dah SAHkan bahawa Pas bukan berjuang untuk agama dan penyatuan ummah.., tapi hanya untuk kuasa dan kedudukan didunia saja..

6 ulasan :

  1. erk..nik ajis pon layak kerrrrr???

    BalasPadam
  2. keluar ajelah dr pas

    BalasPadam
  3. PAS is dead.bahang mengkafirksn sesama Islam.

    BalasPadam
  4. Haha knp meroyan ni isu nasha ni tak untung kan umno tak payah main la org pas dh meluat sgt pd nasha pabila kalah tim presiden dia merajuk ini pantang ahli2 pas penyokong2 yg d bina nasha semasa dia mp yan tunggu nak baling telur busuk kalau dia dtg ke yan kwn2 dlm umno perlu tahu itu ia tak untung pd umno isu ini kalau teruskan lg pasti untung pas berkali ganda

    BalasPadam
  5. Tapi ramai ahli pas masih blm dibuka hijab oleh Allah utk melihat kebenaran..hati dh berkarat agaknye,

    BalasPadam
  6. Mat sabun apa cite.Dia ni1000x tak layak.Mcm mana pas blh pilih mat 3/4 ni. Ni petanda dan alamat nya sikit masa lg pas akan jadi pati orang2 yg taraf aksl nya letak kat lutut.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online