Kerajaan Negeri Selangor menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM10,000 kepada mana-mana individu yang dapat memberikan maklumat mengenai penemuan satu kepala babi di Masjid Nurul Iman, Batu 18 Rawang awal pagi semalam.
Perkara itu diumumkan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail ketika sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di bangunan SUK di sini petang ini.
Beliau berharap orang ramai dapat membantu polis dengan memberi maklumat untuk menangkap individu yang tidak bertanggungjawab tersebut dengan menghubungi talian di 1-800-888-2824.
“Ini bukan kali pertama perkara ini timbul dan kesan dari itu kita tak mahu ramai pihak jadikan ia isu sensitif.
“Malangnya yang lepas tiada tangkapan. Mungkin dengan usaha orang awam membantu polis maka akan membawa mereka yang lakukan hal ini dengan secepat mungkin. Itu objektif kita,” kata Rodziah yang juga Ahli Dewan Negeri (Adun) Batu Tiga.
Menurut Adun Rawang Gan Pei Nei, satu kepala babi ditemui di perkarangan masjid berkenaan pada jam lima pagi semalam oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama untuk membuat persiapan solat Suboh.
Model Indonesia, Manohara Odelia Pinot menafikan dirinya trauma selepas bercerai dengan bekas suaminya yang merupakan kerabat diraja Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry.
"Saya tidak trauma tetapi saya sememangnya tidak mempunyai teman lelaki lagi," ujar model berusia 19 tahun kepada media selepas ditemui di majlis resepsi perkahwinan di Hotel Sultan, Senayan, Jakarta Pusat baru-baru ini.
Ketika ditanya tentang kriteria lelaki idamannya, model berdarah campuran Perancis dan Bugis ini memberitahu dia bukanlah seorang yang memilih, sebaliknya mementingkan keserasian.
"Tidak kira banyak kriteria yang dimiliki oleh seseorang, apa yang penting adalah keserasian antara satu sama lain dan saling memahami."
Manohara yang berkahwin pada usia 16 tahun memberitahu dia juga tidak memilih calon pasangannya berdasarkan pangkat atau golongan tertentu.
Pada masa yang sama dia juga berusaha melakukan perubahan agar rumah tangganya akan menjadi lebih baik satu hari nanti.
Pengerusi PAS bahagian Mersing, Johor (Rosalan Mamat) dan ADUN Cempaka (Iskandar Abdul Samad) menyambut Tahun Baru Cina lalu bersama penjual daging babi sambil mengedarkan limau mandarin.
Rosalan, 51, yang juga seorang ahli perniagaan berkata, dua hari sebelum Tahun Baru Cina lalu beliau dan beberapa pemimpin PAS tempatan mengedarkan angpau, limau dan kad tahun baru di sebuah pasar di Mersing.
Ditanya mengapa beliau menghampiri dan menyapa penjual daging babi berkenaan dan tidak mengelakkan dirinya kerana bagi masyarakat Islam daging berkenaan dianggap tidak "halal", Rosalan berkata agamanya tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk memakan daging tersebut.
"Tidak ada masalah untuk Cina makan babi, hanya umat Islam yang tidak boleh makan daging babi. Kita mesti menghormati budaya Cina dan ini adalah hak mereka.
"Hanya Umno dan orang-orang MCA yang akan memutar-belitkan fakta dan mendakwa bahawa apabila PAS berkuasa, orang Cina tidak akan dibenarkan makan babi," katanya.
Turut mendapat pujian ialah Exco kerajaan negeri Selangor iaitu Iskandar Abdul Samad. Beliau telah mengagihkan angpau di hadapan sebuah gerai menjual daging babi.
Bagi PAS, ini merupakan satu tindakan celik budaya dikalangan mereka yang tidak diamalkan oleh pemimpin BN.
p/s: Bagi gua, ini bukannya celik budaya.., ini buta perut namanya.. Selepas kata pelacur pun sokong PAS, kini PAS nak tunjukkan yang peniaga BABI pun sokong dorang jugak..
Makin terdesak PAS ni nampaknya.. Demi undi, halal dan haram belakang kira beb.. Bodo punya Parti Adat & Sukan!!
Hasan Ali dalam kenyataan terbarunya membayangkan akan mendedahkan salahlaku buruk perangai pemimpin pakatan rakyat terutamanya Azmin dan Anwar jika Azmin terus mencabarnya.
Hasan mendedahkan beliau juga mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung salah laku pemimpin PR lebih-lebih lagi Azmin Ali dan Anwar Ibrahim, menerusi pemberi maklumat dalam gabungan tersebut.
Menurut Hasan Ali, salahlaku yang akan didedahkan akan mengaibkan seseorang pemimpin kanan Pakatan rakyat.
"jangan paksa saya mendedahkan semuanya nanti awak juga yang malu" kata Hasan yang ditujukan kepada Azmin
"Bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa, tetapi andainya saya ditolak ke dinding, barangkali maklumat-maklumat tersebut boleh dijadikan senjata ampuh untuk mempertahankan diri.
"Ini kerana sesetengah daripada maklumat tersebut boleh mengundang keaiban kepada individu dan parti seperti yang heboh sebelum ini," kata Hassan lagi.
p/s: Nampaknya, Hasan Ali akan bergabung dengan Ezam dan Umi Hafilda bagi menyerang Anwar dan Assmin. Sapa lagi yang lebih arif pasal Anwar dan Assmin di Selangor kalau bukan Ezam dan Umi.. Tahniah Dr Hasan!
Woha!! Tak tahu pulak gua yang Kelab Malam tu mampu menghilangkan tekanan selepas penat berkerja.. Yang gua tahu, tidur je mampu untuk hilangkan stress..
Tapi petua yang diberi oleh artis melayu kita ni harus diberi perhatian.. Dia kata, berkunjung ke Kelab Malam dan menari terkedek-kedek macam orang kena sawan tu boleh menghilangkan stress..
Hebat beb!! Ini merupakan penemuan baru oleh Artis Malaysia.. Patut disebarkan penemuan ni ke seluruh dunia beb..
Nampaknya lepas ni gua pun kena berjinak-jinak pergi ke Kelab Malam lah.. Sebelum ni, gua memang cukup tak berkenan dengan Kelab Malam, karaoke atau Pub sebab bising banget..
Gua lebih senang hilangkan stress dengan bersukan ataupun tidur mati kat bilik sambil dengar lagu.. Tapi bila artis melayu kita ni sendiri akui Kelab Malam boleh hilangkan stress, gua pun nak try lah..
Cuma masalahnya.., gua ni tak reti menari.., apatah lagi gua nak buat tarian tiang yang popular tu.. Kena ambik kursus menari kat Maya Karin ni nampaknya.. Hahahaha..
So.., sapa nak ikut gua hilangkan stress di Kelab Malam? Sila angkat tangan!!
Satu monumen berbentuk patung menyerupai Ketua Menteri akan dibina disetiap pintu masuk ke negeri bagi menyemai rasa hormat rakyat terhadap pemimpin, dan memberitahu rakyat negara bahawa negeri kini ditadbir oleh pemimpin tersebut.
Patung setinggi 5 meter yang diperbuat dari simen tersebut diharap akan mampu menunjukkan siapa sebenar memerintah negeri kerana selama ini rakyat dalam negeri dan juga negara masih kabur tentang hal itu.
Difahamkan, kos pembinaan patung Ketua Menteri itu dibiayai sepenuhnya oleh pihak Polis negeri melalui kutipan derma khas yang dijalankan dikalangan setiap anggota.
Perancangan awal, pihak terbabit mahu menghasilkan patung Ketua Menteri yang dibina dari emas, tetapi memandangkan kutipan derma tak mencukupi, maka simen terpaksa digunakan.
Cadangan membina tugu ini tercetus apabila seorang wartawan bersara telah mempertikaikan kenapa tiada gambar Ketua Menteri di sebuah balai Polis sewaktu dia berkunjung ke sana.
Tak cukup melabelkan anggota Polis di balai terbabit sebagai kurang ajar, bekas wartawan cina terbabit menggelarkan Polis sebagai anjing kerajaan kerana tak menggantung gambar Ketua Menteri pujaannya.
Terkesan dari kutukan serta maki hamun wartawan cina tersebut, satu mesyuarat khas peringkat negeri telah diadakan bagi menangani kemarahan penyokong tegar Ketua Menteri itu.
Maka, disitulah tercetusnya idea membina tugu patung disetiap pintu masuk negeri kerana jika hanya menggantung gambar, ia tak akan memberi kesan yang besar.
Dalam satu kenyataan melalui telefon, pihak tersebut mengharapkan pembinaan tugu patung Ketua Menteri itu nanti akan membuatkan penyokong tegar Ketua Menteri akan berpuas hati.
p/s: Ok tak berita sarkastik dari gua? Daripada dorang bising pasal gambar Ah Beng tu, baik buat patung terus ye tak? Baru best... Hahahahahaha....
Seorang remaja perempuan, Fazleen Amirah Nordin telah dilanggar oleh sebuah lori yang membawa muatan batuan pasir dipersimpangan masuk ke Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam kelmarin.
Kejadian pada pukul 2.30 petang itu menyaksikan motor yang dibonceng oleh Fazleen telah dilanggar dari belakang ketika menunggu lampu isyarat bertukar ke hijau.
Lebih 90 peratus tubuhnya hancur dilenyek lori tersebut. Pemandu lori tersebut ditahan oleh orang ramai yang berada di situ untuk diserahkan pada Polis..
Yang gua terkilan ialah, lori tu tak berlesen beb.. Bawak pula muatan melebihi had yang ditetapkan.
Rasanya muatan lebih tu lah yang menyebabkan lori tersebut sukar dikawal sehingga melanggar remaja malang tersebut dari belakang..
Dan kalau ikut pengalaman gua sepanjang memandu dikawasan Penang ni, lori-lori tanah dan pasir disini memang kebanyakannya bawak laju dan 'samseng'.
Adakalanya, pasir atau tanah yang dibawak tu habis berterabur atas jalan akibat dari pemanduan agresif dorang..
So, gua minta supaya pihak-pihak yang terbabit dalam bab Penguatkuasaan buat kerja masing-masing untuk pastikan kejadian ni tak berulang. Jangan sampai gua maki hamun korang semua dalam blog!!!
Apapun, Al-fatihah untuk Adik Fazleen Amirah serta takziah kepada keluarga beliau.
Kalau tengok senario politik Pakatan sekarang ni, gua nampak sedang berlangsungnya satu Festival.. Tak tahulah korang perasan atau tak? Tapi meriah banget beb..
Festival tersebut ialah Festival Mari Mencuci TAIK Anwar Ibrahim Dan Azizan Razak..
Antara Anwar dan Azizan, taik Anwar lagi jijik beb sebab ianya bercampur bahan terlarang yang diimport dari Israel.. Manakala taik Azizan cuma bahan organik tempatan berupa sisa-sisa AUKU dari KUIN..
Perjalanan aturcara festival ni senang je beb.., tak kira pemimpin PAS, PKR ataupun DAP, semuanya dikerahkan supaya sedaya upaya mencuci taik dua individu tu didalam Pakatan..
Tak kiralah macam mana kaedah pemimpin Pakatan nak cuci.., guna tangan ke, kaki ke, lutut ke, kepala ke.., hatta guna lidah pun boleh asalkan TAIK tersebut bersih dan wangi sebelum PRU13..
Buat masa sekarang, nampaknya pemimpin-pemimpin PAS dan DAP main playsafe dengan jilat sikit-sikit taik kedua-dua individu terbabit.. Mungkin dorang geli kot..
Walaupun begitu, wakil-wakil dari PKR termasuk blogger-blogger lembu dorang bukan main rakus mengerjakan amanah yang diberikan..
Ye lah kann.. Anwar kan bertaraf Imam Mahadi bagi dorang.., kenalah tunjuk wala' sikit..
So.., berjayakah Festival Cuci Taik Anjuran Pakatan ni mencapai matlamat mereka sebelum PRU13 yang dijangkakan pada bulan Mac atau Jun depan?
Kita tengok dari jauh je lahh.. Nak pergi dekat tak boleh..., bau TAIK tu kuat banget beb... Hahahahaha...
Walaupun Coca-cola ni tergolong dalam kategori minuman yang gua tak suka.., tapi pernahlah jugak gua minum.. Bohonglah kalau cakap tak pernah rasa kann..
Selama ni, gua tak pernah tahu pun apa kandungan yang ada dalam minuman ringan nih.. Then bila gua ternampak satu gambar didalam fesbuk berkenaan kandungan sebenar Coke tu, memang gua terkejut beb..
Tak sangka pulak yee.., formula rahsia yang disorok selama 125 tahun minuman Coke ni adalah alkohol..
Lepas ni gua akan hindarkan minum Coke ni.. Takkan mati kalau tak minum air tu beb.. Banyak lagi minuman yang ada di Malaysia untuk diminum selain Coke..
So.., kita tunggu je lah pihak JAKIM keluarkan kenyataan rasmi pasal isu terbaru ni.. Untuk maklumat lanjut, korang boleh
BACA DISINI..
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.