BREAKING NEWS

NGERI!! Lori tak berlesen lenyek remaja perempuan.. Mana JPJ?


Seorang remaja perempuan, Fazleen Amirah Nordin telah dilanggar oleh sebuah lori yang membawa muatan batuan pasir dipersimpangan masuk ke Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam kelmarin.

Kejadian pada pukul 2.30 petang itu menyaksikan motor yang dibonceng oleh Fazleen telah dilanggar dari belakang ketika menunggu lampu isyarat bertukar ke hijau.

Lebih 90 peratus tubuhnya hancur dilenyek lori tersebut. Pemandu lori tersebut ditahan oleh orang ramai yang berada di situ untuk diserahkan pada Polis..

Yang gua terkilan ialah, lori tu tak berlesen beb.. Bawak pula muatan melebihi had yang ditetapkan.


Rasanya muatan lebih tu lah yang menyebabkan lori tersebut sukar dikawal sehingga melanggar remaja malang tersebut dari belakang..

Dan kalau ikut pengalaman gua sepanjang memandu dikawasan Penang ni, lori-lori tanah dan pasir disini memang kebanyakannya bawak laju dan 'samseng'.


Adakalanya, pasir atau tanah yang dibawak tu habis berterabur atas jalan akibat dari pemanduan agresif dorang..

So, gua minta supaya pihak-pihak yang terbabit dalam bab Penguatkuasaan buat kerja masing-masing untuk pastikan kejadian ni tak berulang. Jangan sampai gua maki hamun korang semua dalam blog!!!



Apapun, Al-fatihah untuk Adik Fazleen Amirah serta takziah kepada keluarga beliau.

2 ulasan :

  1. KAT TEMPAT AKU PENAH JADI KES BAS KILANG BAWA MACAM PELURU TAPI DAH HENTAM ORG TUA SAMPAI ARWAH TERUS SAJA KAMI HENTAM PEMANDU BAS KILANG SAMPAI NAK MAMPOS...

    KALAU JADI KAT TPT AKU KES MCM NIE CONFIRM PEMANDU NI MAMPOS KENA SIDAI...

    AL FATIHAH KEPADA FAZLEEN AMIRAH...
    DIHARAP PIHAK KELUARGANYA BERSABAR BANYAK2...
    REDHA DGN KEHENDAK ALLAH TAALA...

    PEJUANG HAMAS...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online