BREAKING NEWS

Padan Muka !!! SMM konar baring balun PAS..


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengingatkan parti politik dari Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas supaya diam dan tidak banyak cakap dalam isu melibatan mahasiswa terutamanya mengaitkan aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim.

Presidennya, Ahmad Syukri Abdul Razab berkata, sebelum ingin menjadi hero dalam isu Adam Adli, beliau memberi peringatan kepada Pas supaya tidak lupa pada lima orang pelajar dari Kolej Universiti Islam Insaniah (Kuin), Kedah.

"Kita beri peringatan kepada semua parti politik, khususnya PR dan Pas yang tiba-tiba menyuarakan sokongan dalam isu Adam Adli dengan mengatakan 'takkan biar mahasiswa keseorangan'.

"Tetapi sebelum itu, jangan lupa kes lima mahasiswa KUIN yang digantung belajar yang mana Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada ketika itu menjadi pengerusi Kuin. Mana suara orang-orang Pas pada ketika itu?," soal Syukri.

Beliau berkata demikian selepas menjadi salah seorang ahli panel dalam Dialog Orang Muda anjuran Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) hari ini.

Tambahnya, apa yang cuba disampaikannya untuk melihat sejauhmana Pas bertegas dengan dasar parti yang inginkan kebebasan.

"PR dalam buku jingganya berjanji akan mansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), tetapi mana janjinya? Seorang pun tidak membela apa yang terjadi pada lima mahasiswa Kuin itu," katanya.

Mei lalu, lima mahasiswa Kolej Univerisiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi berhubung isu Tahfiz.

Demonstrasi tersebut bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi (Asrama pelajar Tahfiz).

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

PKR puji tindakan Mahasiswa lawan POLIS di UPSI ?


PKR mengecam perbuatan ganas polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

“Tindakan ini jauh berbeza ketika perarakan mahasiswa ke PWTC. Keganasan ini membuktikan ucapan Hari Malaysia Perdana Menteri dan Agenda Transformasinya tidak membawa makna,” kata Nik Nazmi Nik Ahmad.

Justeru, Pengarah Komunikasi KEADILAN itu menuntut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar tampil memberi penjelasan,

Dalam pada itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) pula menyifatkan tindakan ganas di ambang sambutan tahun baru meletakkan Malaysia sebagai negara polis yang takut dengan gerakan mahasiswa.

“Ini sungguh memalukan. Pemerintah mengerahkan polis untuk melindungi kepincangan mereka dalam mengendali AUKU,

“AMK akan terus bersama aktivis mahasiswa. Inilah yang ditakuti Umno BN, apabila anak muda sudah berani menggerakkan zaman.

“AMK menyokong penuh mahasiswa mempertahankan prinsip yang mahukan kebebasan akademik tanpa sebarang sekatan dan campur tangan politik kotor kerajaan yang memerintah,” kata Setiausaha AMK, Julailey Jemadi.


P/S: AMK PKR semua ni nak bodohkan siapa sebenarnya? Seluruh dunia tahu bahawa Polis tu kerjanya adalah jaga keselamatan negara, so apahal pulak yang PKR galakkan pelajar buat demonstrasi dan cetuskan kekacauan?

Dah buat demo dan timbulkan masalah dari segi keselamatan awam, memang patutlah kena belasah dengan Polis.

Apa kata lepas ni AMK pulak buat demo depan IPD Tanjung Malim.., bolehlah FRU belasah pulak puak-puak tu dengan belantan... Bahalol punya puak Pakatan!!!

Jangan sampai rakyat Malaysia benci pada golongan Mahasiswa!!!


Pencacai-pencacai Pakatan didalam blog mahupun Fesbuk sibuk menuduh Polis yang zalim kerana menggangu himpunan aman budak-budak suruhan Anwar/Pakatan didepan UPSI semalam.

Dorang tuduh Polis sengaja pukul mahasiswa pro Pakatan yang tak melakukan jenayah atau pun sebarang kesalahan.

Gua nak korang tengok video dibawah ni betul-betul.., dan nilaikan sendiri sapa yang sebenarnya salah.

Amaran dah diberi berulang kali.., peluang bercakap dan serah memorandum juga dah diperuntukan.., jadi apa lagi yang bebudak mahasiswa upahan Anwar tu nak?

Lagipun bagi gua.., nak serahkan memorandum apa kejadahnya di tengah-tengah malam? Buat waktu siang tak boleh ke?

Memang betul lah celaka budak-budak pengikut Anwar tu semua. Mak bapak dorang tak reti didik anak ke haa?

Jangan sampai rakyat Malaysia semua benci pada golongan Mahasiswa!! Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga !!!

Selepas UPSI, Pakatan akan buat demonstrasi di UiTM pulak..


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) membidas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menghalang pelajar universiti dari menyertai perhimpunan Bebaskan Anwar 901 (9 Januari).

“Datuk Sahol Hamid Abu Bakar perlu tumpu usaha ke arah memperkasakan kecemerlangan akademik UiTM dan bukannya menjadikan dirinya perkakas Umno.

“Jika Sahol mahu menasihati mahasiswa tidak jadi alat politik, beliau juga perlu berhenti dari jadi alat politik Umno. Jika beliau sendiri gagal, Sahol umpama ‘ketam yang mengajar anaknya berjalan’,” kata Najwan Halimi – Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN itu pada kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, Sahol memberi amaran kepada mahasiswa UiTM supaya tidak menyertai kempen Bebaskan Anwar 901 tetapi dilihat menyokong demonstrasi mahasiswa di Putrajaya yang kononnya menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

Najwan berkata, kenyataan Sahol yang dimuat naik di twitternya cukup mengejutkan kerana secara terbuka menzahirkan kecenderungan politiknya terhadap Umno.

“Pada 11 Disember 2011, akaun twitter Sahol memapar kenyataan bertulis: UMNO dan UiTM Sentiasa di Hati,” katanya.

AMK difahamkan mahasiswa UiTM atas arahan Sahol dikerah ke Putrajaya bagi menyertai perhimpunan menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang didalangi mahasiswa Aspirasi pro-Umno.

Sebelum ini, Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim menggesa kerajaan menghentikan tekanan terhadap mahasiswa dan menyifatkan Umno sebagai terdesak kerana takut dengan kelompok mahasiswa.



p/s: Lepas Pakatan Haram berjaya hasut mahasiswa berdemo depan UPSI.., sekarang ni dorang nak cetuskan kebencian di UiTM pula..

Memang celaka sungguh puak-puak Pakatan ni yang suka merosakkan masa depan generasi muda negara!!

Raja Petra mengaku Anwar adalah GAY !!!


Penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin hari ini membuat kejutan dengan mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bukan lagi pilihan rakyat Malaysia, antaranya kerana mempunyai isu moral.

Dalam wawancara eksklusif kepada Mingguan Malaysia, Raja Petra dilaporkan berkata, ketua umum PKR itu juga tidak mampu menjadi penasihat ekonomi Selangor, apatah lagi untuk mentadbir negara.

Antara lain, Raja Petra mendakwa Anwar berbohong apabila menyatakan tidak mengenali Datuk Eskay Shazryl Abdullah yang terlibat menayangkan video seks pelakunya kelihatan seperti Anwar.

Menurut Mingguan Malaysia lagi, Raja Petra berkata, hanya PKR memerlukan Anwar sedangkan DAP dan PAS tidak akan mengharapkan pemimpin itu lagi sekiranya pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

"Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh.

"Di Malaysia, anda kena pilihlah. Kalau nak jadi perdana menteri dan gay sekali gus, sudah tentu di Malaysia tak boleh,"

Ini bukan para pelajar..., ini budak-budak KURANG AJAR!!!


Gua kesian betul dengan mak bapak pelajar-pelajar UPSI ni.. Mak bapak dorang hantar anak untuk belajar, last-last akibat pengaruh Anwar dan Pakatan Haram, anak dorang jadi KURANG AJAR!!

Disaat mahasiswa lain sibuk nak study untuk exam next week, bebudak kurang ajar tu sibuk berdemo depan pintu pagar UPSI.. Tak ke bangang namanya tu?

Terbalikkan gambar Perdana Menteri Malaysia.., pecahkan pintu premis.., dan buat bising mengalahkan keling mabuk.., itu je lah standart mahasiswa yang menyokong Pakatan.

So.., disaat malam tahun baru 2012 semalam.., bebudak ni tak sedar yang mak bapak dorang tengah bersedih mempunyai anak sebangang dorang.

Suruh belajar taknak.., akhirnya jadi pelacur politik bertuankan bapa ayam Pakatan. Apalah punya tolol mahasiswa tu semua..

Kawan Adam Adli "HAMPIR MATI" didepan UPSI..


Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) dan juga merupakan Timbalan Presiden GAMIS, Muhammad Safwan Anang menerima padah akibat  tidak mengendahkan arahan pihak polis supaya bersurai semasa demo mahasiswa di hadapan UPSI semalam.

Akibatnya, dia terpaksa dikejarkan ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan kerana "dibelai manja" oleh cota dan belantan FRU..

Selain Safwan, beberapa pendemonstrasi juga dilaporkan cedera kerana bertempur dengan pihak Polis dan FRU.


Awal pagi semalam, mahasiswa yang hadir dari sekitar Lembah Klang dan UPSI dilihat berdiri di hadapan sekumpulan anggota FRU dan polis dengan mengangkat beberapa kain rentang dan melaungkan provokasi terhadap kerajaan.

Namun, seketika kemudian, setelah beberapa kali arahan pihak polis tidak diendahkan supaya bersurai, kumpulan mahasiswa terbabit dilihat bertempur dengan pihak keselamatan dihadapan institusi pendidikan tersebut.

Sehingga kini, dilaporkan hampir tujuh belas mahasiswa telah ditangkap dalam pergelutan itu termasuk aktivis yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib, Adam Adli.

Antara yang dikenalpasti telah ditangkap polis adalah Timbalan Presiden PMIUM, Amir Nabil, Adam Adli (UPSI), Haziq Abdullah (KAMI), Syukri Razab (SMM), Shukri Kamaruddin, dan beberapa siswa Universiti Malaya, UniSEL serta kampus sekitar Lembah Klang.


Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq dalam kenyataannya jelas kecewa dengan apa yang berlaku awal pagi tadi.

“Inilah hadiah tahun baru terbaik dan ‘suprise’ yang pernah saya terima.

“Saya kecewa dengan sikap polis yang seperti dicucuk ubat pelali, sangat-sangat bodoh ketika membelasah rakan-rakan saya (pagi tadi).

“Dengan tidak sedarkan diri dan tanpa kawalan iman, ramai aktivis berdarah dibelasah dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Mengapa kami diperlakukan sebegini rupa? Adakah kami lebih teruk daripada ribuan lagi rakyat yang sedang berseronok malam ini? Mengapa mereka yang tidak diperlakukan sebegini rupa?”, soalnya yang turut menyatakan kesemua mereka ditahan di Balai Polis Tanjung Malim.



P/S: Tahniah gua ucapkan pada Polis dan FRU !!! Ini saja caranya untuk ajar manusia-manusia tak reti bahasa macam pencacai-pencacai Anwar tu semua..

Kumpulan mahasiswa tu kata Polis bodoh yee..? Sekarang ni sapa yang bodoh sebenarnya?

Adam Adli sambut Tahun Baru dalam LOKAP..


Disaat orang lain seronok sambut Tahun Baru 2012 bersama family dan kengkawan, budak penjilat Anwar si Adam Adli pulak sambut Tahun Baru dalam lokap.

Semuanya gara-gara terlampau seronok nak berdemo didepan UPSI semalam sampaikan FRU terpaksa buat kerja overtime untuk jaga budak-budak bangang tu semua.

Gua difahamkan, semua kepala-kepala mahasiswa penjilat Anwar ditangkap oleh Polis termasuklah Adam Adli, Syukri Razab serta 15 yang lain.

So sapa yang rasa teringin nak tengok muka beruk-beruk jalanan tu, bolehlah ke Balai Polis Tanjung Malim ye..

Bodoh punya mahasiswa pencacai Anwar!!! Dah lah tak boleh menyenangkan negara, menyusahkan orang ramai lagi ada laaa...



About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online