Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Padan Muka !!! SMM konar baring balun PAS..
Comments : 4
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengingatkan parti politik dari Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas supaya diam dan tidak banyak cakap dalam isu melibatan mahasiswa terutamanya mengaitkan aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim.
Presidennya, Ahmad Syukri Abdul Razab berkata, sebelum ingin menjadi hero dalam isu Adam Adli, beliau memberi peringatan kepada Pas supaya tidak lupa pada lima orang pelajar dari Kolej Universiti Islam Insaniah (Kuin), Kedah.
"Kita beri peringatan kepada semua parti politik, khususnya PR dan Pas yang tiba-tiba menyuarakan sokongan dalam isu Adam Adli dengan mengatakan 'takkan biar mahasiswa keseorangan'.
"Tetapi sebelum itu, jangan lupa kes lima mahasiswa KUIN yang digantung belajar yang mana Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada ketika itu menjadi pengerusi Kuin. Mana suara orang-orang Pas pada ketika itu?," soal Syukri.
Beliau berkata demikian selepas menjadi salah seorang ahli panel dalam Dialog Orang Muda anjuran Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) hari ini.
Tambahnya, apa yang cuba disampaikannya untuk melihat sejauhmana Pas bertegas dengan dasar parti yang inginkan kebebasan.
"PR dalam buku jingganya berjanji akan mansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), tetapi mana janjinya? Seorang pun tidak membela apa yang terjadi pada lima mahasiswa Kuin itu," katanya.
Mei lalu, lima mahasiswa Kolej Univerisiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi berhubung isu Tahfiz.
Demonstrasi tersebut bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi (Asrama pelajar Tahfiz).
Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.
Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
SMM = Stupiditi Mahasiswa Malaysia.... hahahaha... itu je selayaknya.....
BalasPadamBERANInye dia usik parti ANWAR & N.AZIZ.....berlagak nih....dia belum kena penangan dua2 makhluk tu lg agaknya......ataupun mmg dah pakat2....ye la kan, nak tunjukkan konon SMM tu BERSIH....hehehe
BalasPadamApasal orang2 PKR dan PAS tak jawab?..pung pang pung pang
BalasPadamni wayang je ni..nk tunjuk yg kononnya diorg xde kaitan dgn pakatan rakyat..puiihh
BalasPadam