BREAKING NEWS

Cikgu penyokong Anwar KANTOI menipu... Mintak borang Umno lepas kena pecat..


Korang ingat lagi tak pasal Cikgu di Labuan yang kena buang kerja disebabkan menyokong Anwar Ibrahim hari tu? Kali ni, bekas cikgu tu dah KANTOI menipu beb..

Dalam satu interview dengan media pencacai Pakatan, bekas Cikgu tu kata dia diberi borang keahlian Umno selepas dipecat.. Kononnya, borang tu adalah untuk memaksa dia masuk Umno..

Yang sebenarnya, pompuan tu yang mintak borang tu dari Timbalan Ketua Umno Labuan.. Bukan sekeping beb.., tapi 10 keping...

Korang tengok sendiri surat yang dihantar oleh Datuk Yunus kepada pompuan tersebut.. Kan ada tertulis "SEPERTI DIMINTA" kat surat tu.. Ni membuktikan borang Umno tu diminta sendiri oleh pompuan berkenaan..


Pemangku Ketua Umno Labuan, Senator Datuk Yunus Kurus, dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini mengesahkan, beliau telah menghantar 10 borang keahlian Umno kepada bekas guru berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mengatakan ia dihantar atas permintaan Qatrun sendiri, yang meminta borang tersebut melalui SMS, untuk dirinya sendiri dan rakan-rakannya.

Yunus juga mengakui ada menelefon Qatrun untuk mengesahkan laporan bahawa seorang guru agama sementara JAWI berkempen untuk PAS.

"Saya telefon dia tanya betul ke dia masuk PAS. Dia boleh ketawa-ketawa lagi. Saya cakap itu (masuk mana-mana parti) hak kamu.

"Dia minta borang saya kasilah," katanya.

Qatrun sewaktu sidang media juga mengaku bahawa beliau, secara berjenaka, meminta borang Umno dari Yunus.

Penyelaras NGO hak asasi manusia Suaram, Syukri Razab yang menemani Qatrun berkata siri kejadian yang berlaku sebelum Qatrun dipecat mengesahkan pemecatan itu bersifat politik.

Menurutnya, sebab pemecatan itu yang dipercayai berkaitan dengan kehadiran Qatrun ke ceramah pembangkang bercanggah dengan hak asasi manusia untuk berpersatuan.

Mengulas perkara itu, Yunus menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuang Qatrun dari tugasnya kerana perjawatan beliau terletak di bawah bidang kuasa JAWI.

"Demi Allah, saya tidak pernah suruh JAWI buang atau pecat dia. Perkara ini perlu dirujuk kepada JAWI lah.

"Bukan saya yang buang. Saya tiada kuasa untuk membuang sesiapa," katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan Qatrun bahawa beliau menyatakan hanya pekerja kerajaan dengan keahlian Umno sahaja boleh berpolitik.

"Tidak ada semua (kenyataan) itu. Itu temberang sahaja," kata Yunus.

Beliau turut menggesa Qatrun menghubunginya sendiri jika Qatrun berkata benar dengan dakwaan-dakwaannya tentang pemecatan itu.

10 ulasan :

  1. pmpn penipu penyebar fitnah didikan PAS sama mcm yg seko lagi. jgn risau semua dah tau PAS nih cuma sebuah parti barua kafir harbi dgn peliwat untuk memecah-belahkan perpaduan umat ISLAM. PRU13 pakatan haramjadah pasti hancur kerana kesedaran umat yg sygkn ISLAM !

    BalasPadam
  2. Daripada riak muka beliau nampak seperti orang yg berpura2....tah apa dia salah seorang yg kaki demo di jalanan.....rasakan!

    BalasPadam
  3. Bayak beb cikgu yang menyokong PR dAT BUKTI BUANG AJE

    BalasPadam
  4. tak caya lah aku pasal pi dengar ceramah dia kena buang.. kat tempat aku ramai juga penjawat awam yang hadir ceramah pembangkang, termasuk aku sekali..... tak pun kena buang.. 'MESTI ADA SEBAB LAIN KENAPA DIA DI BUANG" .... setahu aku lah kan nak buang kakitangan kerajaan ni bukan semudah pekerja kedai kopi tu.. kalau nak buang taukehnya jak yang cakap macam ni.. "sia kasi baranti kau karajjak sakarang jugak.. ini gaji kau.. kau pigi sana sarik karajjak lain!!!

    BalasPadam
  5. Pada pendapat aku (aku fikir je, takde bukti) - dia ni mmg kaki politik. Pasal tu la pegawai JAWI fed-up dan tamatkan kontrak.... By the way, cikgu sementara, tak disambung, apa yg nak kecoh? tu kan hak JAWI nak bg kontrak? Len kali nak berpolitik, biarlah profesional. Kalau nak 24 jam berpolitik, jd ahli politik. Duh...

    BalasPadam
  6. memang pon anon 9:41...wa rasa cikgu part-time nih bukan nye saja2 nak pi dengar ceramah tu...nie mesti dia nih ada ambil bahagian dlm urusetia ceramah Bang Non tu...so bila dah kantoi dgn JAWI sendiri tanggung le jawab nye...

    BalasPadam
  7. Makan gaji dgn kerajaan tp nak sokong pembangkang. X kan la x tau anwar tu penuh dgn isu salah laku moral, x kan la x kenal, x tau lg kot. Nampak sgt nipunya

    aj

    BalasPadam
  8. Apa lar kau orang heran sangat ni...Sekarang adalah zaman hak asasi majoriti. Kalau Nuar dulu sebagai TPM pun majoriti kata buang, PM Dollah pun majoriti kata turun, kedua-dua mereka terpaksa akur, inikan pula seorang guru sementara, bukan dibuang pun tapi tidak disahkan dalam jawatan dan terpaksa berhentilah. Ini bukan satu kezaliman tetapi menegakkan hak asasi majoriti.

    BalasPadam
  9. Di tempat saya pun ramai guru yang cenderung menyokong PR, tapi tak dibuang. Bezanya ialah mereka guru tetap, manakal wanita di atas ni, hanyalah guru sementara.

    Dah namanya guru sementara, tak perlulah dipanjangkan persoalan kontraknya tak disambung.

    Kita bimbang nanti semua rekod perkhidmatan sementaranya dibuka dan terserlah kegagalannya mengawal kelas, tidak memeriksa buku latihan dan terlalu banyak menyebar fitnah kerana pengaruh daripada pemimpin politik mereka.

    Nasihat saya kepada wanita ini, janganlah berfikiran cetek menyalah pihak lain atas kegagalan anda mencari kerja.

    Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) mungkin lebih sesuai untuk anda, berbanding sekolah agama kerajaan.

    BalasPadam
  10. kawan aku sendiri...seorang cikgu kerajaan...penyokong tegar PAS....dapat tauliah mengajar agama kat masjid dan surau...masih hidup...takkk kena buang punnn...klu tak percaya...hubungi aku..aku tak tipu bab niihh..klu aku tipu...biar aku mati disambar petir..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online