BREAKING NEWS

Cikgu kena pecat pasal ikut ceramah Anwar.. Padan Muka!!!

Kerana menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, seorang kakitangan sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Qatrun Nada Latfi, yang bertugas sebagai guru sementara di Labuan telah menerima notis pemecatan sebulan.

Beliau menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang disampaikan oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 September lalu.

Qatrun Nada (gambar) telah disiasat dan menerima notis pemecatan yang akan berkuatkusa 1 Disember ini.

Bagaimanapun, notis yang diterima beliau pada 24 Oktober itu tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan secara terperinci.

Sebelum pemecatan tersebut, Qatrun Nada menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat Umno Labuan pada 9 Oktober lepas.

Dalam panggilan itu, individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang.

Tidak lama selepas panggilan itu, Qatrun Nada dipanggil ke pejabat Jawi Labuan untuk disiasat mengenai kegiatan luar beliau pada 22 Oktober.

Qatrun Nada merupakan seorang guru yang bertugas di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau dilantik sebagai guru sementara di bawah Jawi.

Beliau merupakan bekas penuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan.


p/s: Makan gaji dengan kerajaan, tapi sokong pembangkang yang nak tumbangkan kerajaan.. Tak ke celaka namanya tu beb??

20 ulasan :

  1. Elok buat camtuh tapi.....mslhnya ramai cikgu2 yg xsedar diri...rezeki di tarah dari pihak kjaan tapi ideologi pembangkang di terapkn dlm pembelajaran di dlm kelas samada secara direct maupon indirect....

    xcaya watla spot check kat umah2 cikgu2, haprakah, keldaian daily merupakan bahan bacaan wajib ada kat rumah mrk...

    Bkn cikgu2 aje..ramailagi kakitangan kjaan yg terang2 dok sokong pembangkang mnjadi tukun didlm pejabat...majoritinya kerja malas tapi mulut macam bertih memakihamun n mngkritik kjaan, glgn inila yg paling kuat mencuri tulang dan rasuah...elok jer glngn camnih di buang saja bia mrk kerja dgn ANUwar...biar rabak jubor...

    BalasPadam
  2. setuju dengan tindakan Jawi itu. sekali imbas tindakan itu dilihat zalim dan kejam kerana tidak diberikan kebebasan tetapi jika difikirkan kesan musnah yang akan terjadi kepada murid murid yang dibawah tanggungjawabnya, sememangnya patut sungguh beliau dipecat.

    BalasPadam
  3. Da la sementara, bkn ttp... ni kes pointer low la ni... haram j minah ni.... pdn muke.. for sure kne block dgn SPA.

    BalasPadam
  4. kalau nak buat..baik buat utk semua...mcm ofis aku nih majoriti geng depa hah

    BalasPadam
  5. tu blum kira lagi bantuan masa dia blajar.. ntah2 pkr yg taja dia masa blajar kot.. kata nabi yg lebihkurang sesiapa yg tidak bersukur kepada manusia, nescaya tidak akan bersyukur kpd Allah...yg d maksudkan ialah org yg tlah menabur jasa dan bakti kpd kita eg: ibu bapa,sahabat ... errr kerajaan... yg bagi bantuan sehingga kita berjaya

    BalasPadam
  6. Dia dipecat mungkin sebab2 lain tu, tidak hadir bertugas, ponteng, cuai atau sebagainya. Tidak mungkin sebab hadir ceramah Nuar.

    Tetapi biasalah kerana hendakkan nama org UMNO tu mendakwa dia dipecat sebab hadir ceramah.

    Cikgu ni pula sebab inginkan simpati atau ingin jadi calun PKR, maka dia mendakwa begitulah..

    Entahlah..

    BalasPadam
  7. Bolih isi borang Pas dan dapat tiket terus ke syurga. Jangan risau ada cara belakang utk kerja dgn PKR.

    BalasPadam
  8. Itulah yg berlaku, kpm buta mata. Byk lantik guru besar, pegawai JPN dan PPD dari kalangan balaci pakaran haram. Dahlah makan gaji dgn kerajaan, guna kuasa kedudukan utk kempen secara x langsung kpd anak buah. Kena jadi yes man, kalau lawan gerenti markah prestasi rendah. Jagn bagi ruang pada kalangan org pkr tegar pegang jawatan sebagai kakitangan kerajaan. Mereka ini pelingkup kerajaan. Kerana mereka inilah jentera kerajaan lembab macam mahfuz bean.

    BalasPadam
  9. TAHNIAH INILAH YANG DI TUNGGU-TUNGGU SELAMA INI..KEMENTERIAN KAT PUTRAJAYA BILA NAK BUAT MACAM NI

    BalasPadam
  10. kita tengok le nanti pasti ada para ahli diplomat pakatnirrojim yg backing cikgu nih..biasa le diorang akan cakap pihak kementerian@kerajaan amalkan double standard nye...

    BalasPadam
  11. Erm..cikgu ni hadir atas kapasiti sbgai apa? Kena tgk balik semua tu. Tak boleh tuduh yg dia ni pro pembangkang. Mungkin atas kapasiti sebagai pengundi dia berhak untuk hadir dan dengar hujah yg mungkin baik utk dia masa election.

    Lg 1, kalo semua orang yg kerja dgn kerajaan perlu sokong kerajaan, cuba bayangkan kalau pembangkang ambil alih Malaysia. Kakitangan kerajaan yg sokong BN masa tu perlu ke letak jawatan serta-merta?

    Dalam hal mcm ni semua kena matang. Politik bukan untuk emosi. Politik utk kita tentukan mana baik mana buruk. Hak individu untuk undi siapa dia suka. Dia kerja kerajaan sbb rezeki dia Tuhan dah tetapkan di situ. Rezeki, gaji dan elaun yg dia dapat adalah hasil titik peluh dia sendiri. Dia cari rezeki halal. Cuma pandangan politik ja berbeza. Walaupun dia tak sokong kerajaan, tp tu tak bermakna dia tak jalankan tanggungjawab dia sbg kakitangan kerajaan.

    Aku bukan pro pembangkang. Tapi aku pelik dgn ideologi kanak-kanak yg ckp kalau kerja kerajaan kena sokong kerajaan. Isu mcm ni yg buatkan pembangkang pandang remeh pada UMNO. Tak sayang ke parti Melayu terbesar dipermainkan org lain?

    Tepuk dada tanya iman.

    BalasPadam
  12. Nyawa Allah bagi.. n hidup sedut udara Allah.. makan rezeki Allah bagi.. bila sakit, berdoa minta tolong Allah sembuhkan... ada masalah@ada hajat.. minta tolong Allah.. dari celik mata sampai tutup mata... Semua guna hak Allah... Berangan pulak nk masuk syurga Allah.. TAPI KENAPA AYAT ALLAH 30 JUZUK GUNA SEBAHAGIAN JER.. Tiap hari kita lawanAllah.. kita lawan ayat Allah.. Kita xnk ikut undang2 Allh..kita persenda hukum Allah.. Layak ke kita masuk syurga Allah? Bumi Allah pun x layak duduk... kena buat la bumi sendiri.. APALAH SANGAT KALAU NK DIBANDINGKAN DENGAN KAKITANGAN KERAJAAN SOKONG PEMBANGKANG... HAMBA ALLAH SOKONG SYAITAN BERSEPAH... KAKITANGAN KERAJAAN BANGKANG KERAJAAN KENA BUANG KERJA... KES KECIK JER.. HAMBA ALLAH YANG BANGKANG AYAT ALLAH KITA ??? APA KITA NK BUAT DG MEREKA NI..

    BalasPadam
  13. anon 2.26..buat ceramah dan mengutuk2 ALLAH tu termasuk dlm 'perkara2 baik' dlm Islam ker? 'Jika kita sedang mendengar orang sedang mengumpat,mengeji dan memfitnah orang..maka hendaklah kamu cegah atau kamu tinggalkan'.Dah sah ALLAH nak kasi peluang Cikgu ni terhindar dari malapetaka.sepatutnya muhasabah,bertaubat dan bersyukur...

    BalasPadam
  14. minah ni bodoh nak mampos.perasan dah dapat kerja dgn kerajaan la tu.ni confirm tak baca peraturan2 dan perjanjian..

    kena ingat beb.baru kerja sementara..so boleh digugurkan anytime. apatah lagi jika tak layak..kalau dah ada jawatan tetap, mgkn sukar sikit.

    BalasPadam
  15. kenapa die x boleh dengar?die ade hak mendengar kan....minda jgn jadi jumud...rezeki dtg dari allah bukan atas kerajaan barisan nasional....

    BalasPadam
  16. Gaji dah bagi..kerja bebaik je la...letak jawat masuk PKR ok wat!

    BalasPadam
  17. agak2 le pon anon 1:12 nih kalau nak meroyan plak...nak bela cikgu part-time nie pon jgn le nak salahkan BN je...pasal cikgu tu dah jd kakitgn kerajaan dia kena le baca peraturan2 sbg penjawat awam yg memang tak dibenarkan berpolitik...wa konfem le mgkn cikgu nih bukan nye saja2 nak pi dgr ceramah Bang Non tu...tp dia nih memang ada ambil bhgn dlm urusetia majlis PKR tu...memang kena le jawab nye...

    BalasPadam
  18. rezeki dari Allah..diturunkan melalui tangan kerajaan dengan amanah..bukan dari kerajaan...

    BalasPadam
  19. bodoh gak org2 UMNO ni..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online