BREAKING NEWS

HOTT!!! Ostazah Ebbi BELASAH rakan-rakan artis pulak...

Ini yang gua tunggu-tunggu selama ni.. Gua sebenarnya nak tahu sangat pandangan Ostazah Ebbi tentang dunia hiburan sekarang khususnya komen dia tentang rakan artis sekapal dengannya dulu..

Dan seperti yang gua duga.., Ebbi dengan selamba membelasah rakan-rakan artisnya yang dia sifatkan sebagai tak ikut syariat Islam..

Bukan tu je beb.., Ebbi kata dia risau kalau-kalau artis-artis yang ada sekarang ni tak mampu diselamatkan sebelum hari akhirat...

Perghhh... Terbaeklah Ostazah Ebbi!! Gua yakin rakan-rakan artis Ebbi mesti panas punggung dengan ceramah Ebbi kali ni...

Pada 21 Oktober lalu, Ostazah Ebbi dalam satu ceramah ketika program Bicara Hijrah Selebriti menegaskan, dunia hiburan sekarang semakin melalaikan.

Abby juga meluahkan itulah juga adalah salah satu tanda-tanda akan berakhirnya zaman ini.

"Bilamana saya sudah berada didalam keadaan sekarang ini, apa yang saya lihat terhadap rakan-rakan saya (pelakon dan penyanyi) buat sekarang ini memang langsung tidak mengikut Syariat Islam. Jadi situasi industri hiburan yang macam ni memang sangat menakutkan saya.

"Maknanya sebagai contoh tak kira la dia tu isteri ataupun suami orang ke main belasah je sesuka hati kelakuannya semata-mata mahu mengikut skrip. Bila saya tengok macam ni memang tak ikut undang-undang Islam dah," kata Abby.

Disebabkan semakin banyak rakan-rakan artisnya yang lain tidak lagi mengendahkan tuntutan Islam, Abby merasakan tanggungjawabnya untuk mengajak kembali mereka kepada ajaran Islam yang benar.

Malah, Abby juga meluahkan kerisauannya jika dia tidak sempat untuk berbuat demikian sebelum tibanya hari pembalasan, hari kiamat.

"Saya rasa macam dah jadi satu tanggunjawab yang besar bagi diri saya untuk menyedarkan rakan-rakan artis. Risau juga saya, sempat ke saya nak selamatkan rakan-rakan saya ini sebelum kiamat?" luah Abby.


p/s; Kita tunggu je hujah balas dari para artis yang terasa dengan statement Ebbi ni yee...

7 ulasan :

  1. kalau tenyeh dgn cili adabi, sotong rasa sedap lepas goreng kan. Sosej lagi sedap kena kurma adabi..nak pi goreng sosej lah...lapar pulak.

    BalasPadam
  2. abby memang terbaik...wa caya sama lu

    BalasPadam
  3. Iyolah...dalam dunio artis seantero dunio neh..ekau sorng jer yg menepati syariat ISLAM ...org len sume x....

    ish ish ish...org kalo insaf spttnya mncari kekurangan diri dulu..bukan mncari salah org leh...betolkn kesalahan n kekurangan diri dulu...n kalo nak prbetulkn salah org len bagos tapi tegurla dgn cara berhemah bkn dgn mnwar2kn pada donia akan kelemahan n kekurangan mrk...MAKIN JAUH n MAKIN BENCI ORG PADA KAMU ADALA...sbb diri sndiri pon makin tampak semakin hari semakin BANGANG n TAKBUR...

    BalasPadam
  4. haha..adoi la...mcm la si abby ni terus 100% baek
    salah 1 tanda akhir zaman pon ialah org yg cetek ilmu tup2 jd mcm org2 warak..
    pegiii da abby..pegiii da Parti Anak Setan

    BalasPadam
  5. Takburr takburrrr... haha.. almaklum,kite pun tahu kisah hidup dia bgaimana.tu yg dia skarang blagak pandai.cakap nak jadi orang warak,,orang kalau taubat tak lah sampai bpolitik kutuk orang apalagi nak carik publisiti ataupun dia ni memang dah tak laku barulah sekarang nak blagak warak kutuk orang bagai.. haiii dunia2..

    BalasPadam
  6. dah betul la apa yg dia ckp tu.apa msalah nya?
    tula org suh blaja tanak..mengampu pandai pulak

    BalasPadam
  7. da g umrah pon...x dpt hidayah lg.
    harap je pkai tdung tpyy xde otak pdan la muke kne cerai ade hikmah cerai tu..nsib bek norman ceraikn ko.klox dgan norman2 skali sokong pas!!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online