BREAKING NEWS

Semua artis mesti masuk Pas.. - Bob Lokman

Penceramah tersohor Pas, Bob Lokman, kini menyeru semua para artis supaya menyertai Pas atas alasan hanya parti itu yang mampu mentadbir negara ini dengan cekap berlandaskan syariah Islam.

Bob Lokman berkata, trend artis yang kini berdiri di pentas politik bersama Pas membuktikan bahawa golongan artis di negara ini sudah celik dan berpandangan jauh selain yakin mereka mampu melontarkan idea bernas untuk kebaikan parti.

Menurutnya, jika dahulu ramai artis hanya memikirkan kepada sumber pendapatan sebagai penghibur semata-mata, namun pada hari ini, golongan itu sudah berubah dan semakin berani tampil di khalayak dengan gagasan perjuangan parti politik masing-masing.

“Mereka ini sudah mula buka fikiran kepada perkara lain selain daripada soal cari makan dan sudah mula menunjukkan kecenderungan mereka ke arah politik.

“Sepatutnya hal ini sudah lama berlaku, mungkin ada artis yang berasa takut kerana sumber pendapatan mereka bergantung kepada stesen televisyen yang dinaungi kerajaan,” kata beliau kepada Sinar Harian pada Ceramah Umum di Markas Pas Kampung Mentara dekat sini.

Bob Lokman berkata, sejak menyertai Pas beliau sudah beberapa kali berjumpa artis yang berkempen untuk bersama-sama berjuang dengan parti itu termasuk rakan baik beliau yang juga pelakon filem, Hairie Othman.

“Saya ada bertemu Hairie dan dia sendiri ada beritahu saya yang dia masih banyak perkara hendak dibuat dalam parti ini termasuk mengeluarkan pendapatnya sebagai artis,” katanya.

Selain itu, katanya, beliau yakin artis seperti Hairie boleh menjadi ahli politik jika serius dalam bidang itu kerana melihat rakannya itu mempunyai keterampilan dalam berhujah dan mengeluarkan pendapat.

“Hairie juga yakin dengan perjuangan Pas kerana beliau nampak kejujuran dan keikhlasan Pas yang akan memperjuangkan nasib umat Islam serta tidak meminggirkan kaum lain di negara ini.

“Jika dia mahir dalam sepak terajang politik, tidak mustahil suatu hari nanti Hairie juga boleh menjadi orang politik yang boleh menerangkan dasar parti kepada rakyat,” katanya.

7 ulasan :

  1. ingtkan dia dah kna simpan ngan pas sejak menjak abby dah jd ostazah pas..

    BalasPadam
  2. Laaa...hidup lagi ke mamat ni...ingat dah bungkus kat hospital kerajaan

    BalasPadam
  3. Lintah darat makan lipas
    Sebab disawah menuai padi
    Pemerentah cekap ialah PAS
    Sebab tu melarat merata negeri!

    BalasPadam
  4. SebenarNya tak salah untuk berhijrah tapi cara mereka tersebut telah tersasar Dari cara Islam dengan menunjukkan mereka2 tu Saperti terdesak untuk BERTAUBAT Atas perbuatan lampau. Jangan lah dengan menyebut berhijrah saja Dan menyertai Pas dalam jangka waktu yg singkat, mereka fikir semua dosa mereka telah Lunas Dan Nik Aziz gerentikan Syurga untuk mereka. Cubalah Ubah diri sendiri dengan BERTAUBAT Dan sempurnakan diri dengan ilmu Allah daripada menyertai parti Pas Dan mengutuk serta mengfitnah orang lain. Jangan lah berubah bila dah tak laku lagi sedangkan tak ingat dunia ketika glamour dulu...

    BalasPadam
  5. Membuat rintis diPulau Kapas
    Sampai betis naik gerutu
    Bolehlah mengisi borang PAS
    Bagi artis-artis yang dh x laku

    Tenok beranak ayam menetas
    Melompat pula sianak kuda
    Seronklah ustaz-ustaz PAS
    Dapat mengorat artis janda!

    BalasPadam
  6. Nik Aziz tu bukan PENGAMPUN DOSA & PENJAGA PINTI SYURGA.

    Dia pun akan dibangunkan selepas mati untuk diadili dan hukumkan oleh segala dosa2nya yang seringkali menghina akidah orang lain. Lebih2 lagi orang UMNO.

    Ingat Allah swt telah meminjamkan sedikit masa untuk kamu bertaubat.

    BalasPadam
  7. Aku setuju sangat dengan saranan Ostad Bob tu. Baru seminit dua aku post komen yang ada kaitan pasal Ostad ni jugak. So aku copy paste aje lah lepas repair sikit2...

    Husam memang ada cakap ‘para artis yang menyertai Pas akan ikut sama berkempen beri penjelasan kepentingan lebuh raya dan dapatkan derma dari orang ramai.’

    Ini pulak perkiraan aku tentang sumbangan artis dalam projek Lebuhraya Rakyat ni…
    Jika diandaikan seorang artis berjaya kumpul derma RM50,000 di satu majlis pada 1 hari… RM50,000 x 10 artis x 30hari= RM15juta/bulan… RM180juta/tahun… RM1.8billion/10tahun.

    Alangkah hebatnya jika Ostad Bob dan PAS dapat buat kerahan tenaga 100 artis, 1 tahun saja sudah mencukupi untuk pembiayaan lebuhraya tersebut. Harapnya ramai lagi artis 'yang takut masuk neraka' dapat join PAS. Banyak kosong lagi! Berbaloi beb!!!

    Selain dari confirm masuk sorga, fulus pun lebat. Dengar kata Makcik Abby dapat RM2,500 semalam. Kalau buat roadshow Husam tadi boleh dapat RM2,500 x 30malam = RM75,000 sebulan. Memang kena kerja kuat sikit lah sebab nak capai target siap Lebuhraya ke Sorga tu.

    Kalau Ostad Bob takut jejaskan kesihatan, boleh jadi penyelaras je. Ostad Bob lebih layak dari Salahudin atau Mat Sabu, misalnya, kerana punyai latarbelakang artis. Kalau kira 10 persen dari 100 artis aku kira sudah boleh beli cash sebiji Alphard sebulan.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online