“Saya memilih Pas kerana Islam. Saya ingin berdakwah melalui Pas kerana parti ini mempertahankan agama Islam dan saya selesa bersama barisan kepimpinan Pas.”
Itu pengakuan penyanyi Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin yang diundang menjayakan ceramah ‘Bilo Selebriti Dah Join Pas’ di Dataran Al- Ikhwan di Air Mawang, petang kelmarin.
Aishah berkata, walaupun baru dua bulan menyertai Pas, dia yakin dan bersemangat untuk terus berjihad di jalan ALLAH SWT.
“Ini bukan bermakna semasa saya menjadi penyanyi, saya tidak mendekati ALLAH SWT tetapi selepas memilih Pas, saya lebih bersemangat ingin berjuang dan berdakwah ke jalan yang diredhai. Lagipun kita sudah sedia maklum, perjuangan Pas salah satunya adalah Islam.
“Bukan hanya seorang ulama sahaja yang boleh berdakwah, seorang penyanyi juga mampu melakukannya," katanya.
Menurutnya, asas pertama dia memilih Pas kerana Islam itu sendiri dan kerana kesucian agama Islam.
"Saya hanya nampak Pas sahaja yang mampu pertahankan agama Islam.
"Walaupun saya tidak belajar tinggi hingga ke Universiti Al-Azhar tetapi saya tidak jahil agama Islam, malah selepas masuk Pas, mereka banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya untuk terus berdakwah kepada masyarakat terutama peminat saya,” katanya.
Dalam pada itu, Aishah turut memuji keterbukaan Pas menerima golongan artis sebagai ahli.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Dah terdesak,jangan kata artis,syaitan pon diterima sertai Pas..
BalasPadamaisyah mengaku tidak jahil kerana buat pilihan ikut pas...sebenarnya kerana dia jahil lah dia silap pilih perjuangan islam dengan bersama pas...
BalasPadamlantak ko lah aisyah oii..dunia ko hanya dalam malaysia je..ko x nampak dunia luar..apa ko ingat islam tu hanya ada kat malaysia je ke..apa ko ingat islam tu lahir kat kelantan, bukannya kat tanah suci mekah..
BalasPadaminilah realiti orang gila agama..pada dorang islam tu hanya sekitar lingkaran hidup dia..dia x pernah fikirpun tentang orang islam kat luar negara..bagaimana islam kat luar negara mampu berkembang lebih baik daripada kat kelantan..yang orang kat luar negara tu lebih baik dan alim daripada puak pas tu sendiri..
yang mampu pertahan islam ialah jemaah tabligh.. bukan PAS yang buta perut wahai aishah and fan club... mana fan club kamu?
BalasPadamCer tanya Aisyah, diantara Mat Sabu dan Hasan Ali, yg mana satu byk berjasa pada agama Allah?
BalasPadamApa kebodoh Aisyah ni. Islam itu bukan objek nak di pertahankan beramai ramai. Bila mati nanti kita kena jawab sendri semua dosa dan perlakuan kita. Tiada diskaun kita bersama siapa.
BalasPadamKalau begitu Islam sebenarnya boleh di pertahankan oleh diri sendiri sebagai unit yang kecil. Macam dia kat New Zealand dulu ramai orang kafir keliling tapi berjaya dia pertahankan Islam dia walau pun jahil. Begitu lah sebenarnya Islam itu di pertahankan.
Rugi ke Allah kalau Islam tidak di pertahankan? Lemah sangat ke Allah sampai kita perlu pertahankan ugamanya?
Kalau orang tinggal negeri kafir tu macam mana pula ya? Tak dapatlah dia pertahankan Islam?
Baru masuk Islam sehari dah banyak songel. Islam itu mudah dan dalam hal yang lain bila kita teliti ianya memerlukan nur dari Allah untuk memahaminya dengan mendalam.
Akal saja tidak cukup ini terbukti dengan bangsa Israel yang bijak telah di turunkan beberapa nabi pun tak juga betul betul.
Aisyah Aisyah. Bukan bila kita sedar saja. Itulah Islam keseleruhannya. Sabar dulu kerana Allah itu maha bijaksana. Takkan Islam itu ... itu itu saja.
artikel sebelum bertajuk 'bila mangkuk hayun pegang mikrofon'
BalasPadamartikel ini patut dinamakan 'bila batang berjuntai dapat cornetto'
Mintala die belaja abis sblm nk ajak owg dakwah... krn beramal tnpa ilmu, binasa syahadah... itu ade dlm asas2 syahadah, klu bab yg ni x lepas, jgnla nk dakwah owg, menyesatkn owg adela...
BalasPadamTok Guru Pas pun ada yang tiada sijil akademik boleh jadi Ulamak. Tak heranlah kalau Aisah boleh jadi ulama juga.
BalasPadamPRU makin dekat makin merapu meraban orang-orang PAS..
BalasPadamCah Cah..PAS tak pernah keluarkan walau satu kitab Islam, tak ada dimana-mana Universiti atau kolej swasta didalam dunia fana ini dan planet2 lain yang mengajar The School of PAS Study. Yang ada hanya School of Islamic Study (kat planet Mars ada kot).Kat Kelantan sendiri sekolah2 pondok tak ada yang mengajar tafsir ayat2 dan tiologi PAS. Pengajian AlQuran YESSS! Jadi..janganlah kau buat lawak dan dilawakkan dengan PAS IS ISLAM or ISLAM IS PAS or ISLAM THROUGH PAS. Yang aku boleh pakai ialah kalu ikut PAS masuk SORGA..sebab AyahPIN pun kata kalu ikut DIA jamin masuk sorga..aku pakai tapi aku tak ikut itu hal yg berbeza..OK Chah!!
BalasPadamIslam di Malaysia sudahlah lama
BalasPadamSebelum PAS didaftar sebagai Parti
Beribu Ulama perjuangkan agama
Ulama PAS hanya nak menang UNDI
Rotan dibuat pengikat meja
Diatas palang bersimpul mati
Takan itu pun x tau nak beza
Antara Islam dan juga parti
nak cari makan..menyanyi dah tak laku, badan macam tong drum sapa lagi nak minat, dulu ok la, masa senang lupa dunia. La ni dah tak ada orang minat so ubah haluan la, sekali ceramah masuk ribu-ribu, sepuluh kali ceramah tak lagi malu-malu, habis semua duit orang disapu. Ni geng tak boleh cari makan dalam dunia artis, yang best tu semua geng janda (laki tinggal)..saya rasa elok dia orang ni muhasabah diri dulu sebelum dok ceramah cari makan dengan cara macam. Ingat duit tadahan derma dari orang ramai tu kita jadikan sumber rezeki selepas memaki hamun dan mengeluarkan fakta yang salah terhadap orang lain, persoalannya...halal ke?
BalasPadammempertahankan Islam dibawah telunjuk DAP... emmm kiamat awal la
BalasPadamParti PAS pertahan Islam??? Kelakar bunyinya..
BalasPadamDAP kata No Hudud n No negara Islam.. PAS dengan gembira dan Bangga tukar matlamat berjuang Negara Islam ke Negara Kebajikan. Alasan diberi tidak masuk akal.
PAS takut perjuangkan ISLAM. PAS yg di panggil parti ISLAM hanya nama shj. Perjuangan Terhadap ISLAM tiada..
PAS letak perjuangan islam no2 Parti no 1, Parti di utamakan dan diperjuangkan, Islam Dihina dan dipermainkan. Lepas tu sokong Islam dihina.
Adakah ini namakan perjuangkan ISLAM???
Salam Bro,kesian tengok Aishah terkeliru dengan perjuangan yang disertainya.Apa nak buat kan Aishah !Ikut hati mati ikut kata binasa.Selamat berjuang Aishah.
BalasPadamkalau x masuk politik,or mana2 parti,x leh berdakwah ke?kita mencari redha Allah swt..bkn menyesatknorg lain demi kepentingan diri..hmm..ni lah jadik kalu artis masuk politik..mengalahkan org yg dh lama dlm politik..mcm bagus sangat..
BalasPadam