BREAKING NEWS

TERKINI !!! K-POP Bertam Nite 2012 tak ada kaitan dengan PKR..

Ketua Cabang KEADILAN Kepala Batas, Abdul Latif Abdullah memberitahu, jawatankuasa program ‘Bertam Nite 2012′ terdiri daripada mereka yang dibawa dari luar Cabang Kepala Batas dan tiada kaitan langsung dengan cabang tersebut khasnya dan KEADILAN amnya.

“Saya tegaskan bahawa tidak wujud KEADILAN Bertam di dalam struktur parti, yang ada adalah pimpinan pusat, pimpinan negeri, pimpinan cabang dan pimpinan ranting,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menjelaskan demikian berhubung program ‘Bertam Nite 2012′ yang berlangsung di Kompleks Sukan MPSP Bertam, dekat sini Ahad lalu yang menjadi kontroversi dengan adanya persembahan tarian menyerupai K-Pop.

Sehubungan itu, Abdul Latif berharap orang ramai tidak lagi terkeliru dan dikelirukan oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri di Parlimen Kepala Batas.

Beliau bagi pihak Cabang Kepala Batas memohon maaf kepada seluruh pendokong Pakatan Rakyat khususnya kepada warga Kepala Batas.

“KEADILAN Cabang dan seluruh penyokong PR di Kepala Batas masih tetap berada dalam semangat juang yang tinggi bagi meneruskan agenda Pakatan Rakyat menuju Putrajaya,” kata beliau.

1 ulasan :

  1. hahahaha...BODOH PKR nie..Kena btg hidung sendiri mesti nk SALAHKAN ORG lain..Lepas nie mesti dia kata UMNO yg buat..Org2 UMNO bnyk lg keje nk buat demi membela rakyat berbnding pembangkang yg tk hbs2 nk cr salah pemerintah..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online