BREAKING NEWS

Mat Komunis nak saman Utusan..

Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu berkata, beliau akan menyaman akhbar Umno Utusan Malaysia kerana didakwanya telah memfitnahnya dalam isu Mat Indera tidak lama dulu.

Katanya, beliau dituduh memfitnah polis Bukit Kepong bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, tetapi pengadu kes Visva Nathan kemudiannya mengaku bahawa laporan yang polisnya tidak benar dan ada unsur fitnah.

"Akhirnya Visva Nathan yang memohon maaf kepada saya dan merayu supaya dia tidak disaman di mahkamah kerana memfitnah saya," ujar Mat Sabu.

Visva sebagai saksi pertama kes perbicaraan itu pada 11 Jun lalu mengaku di Mahkamah Sesyen Butterworth bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya bersandarkan laporan Utusan Malaysia.

Malah Visva beberapa kali memohon maaf dan mengharapkan Mohamad tidak mengambil apa-apa tindakan kepadanya dan mengaku kini bersaudara dengan pemimpin PAS itu.

"Visva Nathan beberapa kali berkata 'we are brother (kita bersaudara), saya mohon maaf'. Saya sudah maafkan dia.

"Visva Nathan pun dah tua, saya tidak akan menyaman beliau kerana yang jahat dan bongkak ialah Utusan.

"Confirm (sah) saya akan saman Utusan," tambah Mohamad disambut laungan takbir penyokong PAS yang hadir pada Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat negeri di Melaka malam tadi.

2 ulasan :

  1. saman abg mat, jgn tak saman.....rezeki tu kahkahkah

    BalasPadam
  2. bukan apa Mat Sabu tenguk boss di LGE menang dalam kes saman Utusan so dia pun nak saman la

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online