BREAKING NEWS

Wanita mengandung 7 bulan ditangkap khalwat bersama duda...

Seorang duda dan pasangannya yang sarat mengandung 7 bulan ditahan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.

Penguat kuasa agama mendapati lelaki berusia 35 tahun itu berseluar pendek tanpa baju, bersama pasangannya berusia 25 tahun memakai kemeja dan berseluar panjang ketika serbuan dijalankan di rumah sewa mereka di Pandan Indah dekat sini, kira-kira jam 3 pagi.

Wanita terbabit yang juga isteri orang, telah bersembunyi didalam bilik air ketika pemeriksaan dilakukan.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, pasangan berkenaan tidak mempunyai pekerjaan.

“Duda itu pernah dicekup sebelum ini dan tidak hadir ke mahkamah syariah dan waran tangkap telah dikeluarkan untuknya,” katanya.


p/s: Apa nak jadi ni beb..? Ntah-ntah anak tu pun bukan suami SAH dia yang punya....

5 ulasan :

  1. kesian kat suami dia...

    sampai terkelu otak aku nak maki diatas perbuatan lakhanat 2 ekor nie...

    pejuang hamas...

    BalasPadam
  2. Salam tuan. Mohon linkkan blog saya eddyjugaks.blogspot.com (Gossip Rakyat) di blog tuan. TQ

    BalasPadam
  3. Tak baca PAPER ker? Suami dia yang soh jual <>

    BalasPadam
  4. emmm.....molek la tu....laki bini sama2 masuk "syurga"....;"(

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online