BREAKING NEWS

Suami berang isteri layan macam pelacur..


Mak aihhh..., macam ni punya bini pun ada ke..? Nak layan batin suami pun kena bayar upah? Padan lah kena belasah...

Tiba-tiba gua teringat pulak pada satu Kelab yang kononnya suruh taat pada suami...

Dulu dorang sarankan semua isteri di Malaysia layan suami macam pelacur..., so.., mungkin isteri dibawah ni tiru apa yang Kelab tu sarankan lah yee...hahahaha...


KANGAR - Tindakan seorang wanita berusia 30-an meminta upah RM3 setiap kali suami ingin berasmara dengannya sejak dua bulan lalu, membawa padah apabila dia dicekik dan dibelasah lelaki berkenaan yang tidak tahan dengan perbuatannya, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, suami mangsa berusia 30-an yang tidak bekerja, dipercayai hilang sabar dengan tuntutan isterinya yang tidak tinggal bersamanya sejak sebulan lalu, selain turut mengesyaki wanita terbabit mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Lelaki itu bertambah berang apabila isterinya tidak membenarkan telefon bimbitnya diperiksa, lalu mencekik dan memukul mangsa yang berada di rumah ibunya di Pauh, dekat sini.

Menurut sumber, suami mangsa yang sebelum itu masuk ke dalam rumah menerusi pintu belakang dikatakan cuba merampas telefon bimbit mangsa yang sedang dicaj di atas meja.

1 ulasan :

  1. Laki tuh pon xkeje.....ase nyer bkn niat perempuan tuh pon mintak upah...cme sje sindir laki dier y xkeje tuh...nafkah batin nk dilunaskan..tp nafkah zahir wat bodo je...pe kess....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online