BREAKING NEWS

Adam Adli, Safwan Anang dan Khalid Ismath bakal jadi calon PRU13 ??

Keputusan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk menurunkan wakil mereka sama ada sebagai calon bebas ataupun bertanding atas tiket mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat, dialu-alukan demi menguatkan matlamat parti.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Sany Hamzan bersetuju dengan keputusan anak muda yang rasa bertanggungjawab untuk membawa masalah yang sedang membelenggu mereka pada hari ini.

"Sesiapa sahaja boleh, sebab kita amalkan demokrasi, tidak ada halangan untuk mana-mana pihak masuk PRU. Kami dari Pemuda PAS mengalu-alukan penyertaan anak muda dalam pilihan raya nanti ," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, pihak SMM digesa memberi sokongan kepada parti yang mempunyai idealisme dan perjuangan sama dengan mereka.

Malah katanya, tidak salah untuk parti komponen Pakatan Rakyat memberi ruang kepada golongan mahasiswa ini bagi memperjuangan masalah mereka terutama masalah hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan.

"Misalnya Ikram pun menyatakan mahu memberi sokongan kepada parti yang akan memperjuangkan Islam sahaja. Jadi tidak ada masalah," katanya.

Sehubungan itu, Pengarah Pilihan Raya Muslimat Amizan Baharuddin berpendapat kesediaan SMM itu bergantung kepada keputusan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, katanya perkembangan mahasiswa hari ini menunjukkan apa yang dibawa oleh Pakatan Rakyat difahami mereka demi generasi akan datang.

"Kesediaan pimpinan mahasiswa yang mula tertekan kerana hutang dengan PTPTN, mengajak mereka untuk ke pentas pilihan raya, inilah yang kita mahu," katanya.

Tegasnya, PAS sudah mempunyai platform untuk anak muda dan mahasiswa untuk mengetengahkan suara mereka seperti, pentas anak muda dan pentas wanita muda.

"Kita sudah sediakan dan memudahkan mereka bergerak buat road show inilah platform yang kita ada," katanya.

SMM, Pergerakan tidak formal pelajar institut pengajian tinggi, memutuskan untuk meletakkan wakil mereka dalam PRU-13.

Pendirian itu diputuskan dalam sesi pemukiman dua hari pergerakan mahasiswa itu yang berakhir semalam.

Bagaimanapun, SMM akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan kepimpinan Pakatan Rakyat berhubung hasrat mereka itu.

SMM baru-baru ini mengetuai demonstrasi meminta agar pinjaman PTPTN dimansuhkan.

Perkembangan untuk bertanding ini juga dilihat sebahagian daripada kesan pindaan ke atas Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang diluluskan baru-baru ini.

5 ulasan :

  1. MARI RAMAI2 HANCURKAN NEGARA

    BalasPadam
  2. aaku tunggu lakhanat muda ni mai nak salam lobi undi pastu aku tak tau kat mana nak lebam...

    pejuang hamas...

    BalasPadam
  3. Kah kah kah...belajar tak abis..kencing pun masih bercabang ada hati nak jadi pemimpin..tapi elok gak tu sebab disokong oleh Melayu PAS sebab mereka ni cuma pak angguk yang bangang je..

    BalasPadam
  4. kalau ada hutang tertunggak dgn ptptn mana blh jadi calon,bhai.. jual air liur je.. kalau xnk bayor,jgn pinjam.. lagi2 isu ptptn.. xde bende pree.. masuk toilet pon kene byr gak..

    BalasPadam
  5. diredhai oleh pembayar cukai ke kalau nak hapuskan hutang PTPTN tu, ? Halal ke hutang tu kalau nak dihapuskan? Kalau tak dihalalkan oleh pembayar cukai..... nak bawak ke alam kubur ke kes hutang tu ?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online