Gua sekarang berada di Putrajaya bagi membuat liputan EKSLUSIF Program Himpunan Jutaan Belia 2012.
So, bagi korang yang tak berkesempatan datang kesini, gua akan 'share'kan gambar-gambar menarik program ni dengan korang hanya di MPP..
Gua yakin, program ni akan jadi fenomena baru di Malaysia sebab gua difahamkan, program Himpunan Jutaan Belia ni direkodkan sebagai program belia TERBESAR di Asia! Hebat tu beb!!
Terima kasih pada pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) selaku penganjur kerana menjayakan program ni dan juga arigato gozaimas sebab menjemput gua bersama rakan-rakan media bagi membuat liputan.
Dengan tema "Jadikan Esok Lebih Baik Dari Hari Ini".., gua jangkakan Putrajaya akan dibanjiri dengan jutaan belia dari seluruh negara bermula 23-27 Mei..
Gua pun akan berkampung disini sepanjang tempoh berkenaan bagi menyaksikan 'keajaiban' lautan manusia di Putrajaya ni beb..
Bagi korang yang datang kesini nanti, gua dimaklumkan terdapat lebih dari 500 acara untuk disaksikan dan disertai oleh para belia.
Pelbagai aktiviti dan juga program menarik ni disediakan oleh pihak KBS khusus untuk para belia bertujuan untuk memartabatkan belia-belia di Malaysia sempena Hari Belia Negara pada 15 Mei lepas..
Gua tak sabar untuk bertemu dengan korang semua di Program TERBESAR Asia ni..., dan yang paling penting, gua sebenarnya tak sabar nak jumpa Neelofa... Jangan jeles aaa... Hahahahaha...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
insyaALLAH akan berjaya...
BalasPadampejuang hamas...