Pemimpin-pemimpin tertinggi Pas dicabar untuk membuat kenyataan sama ada bersetuju atau tidak dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu individu bukan Melayu iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi perdana menteri.
Cabaran itu dilontarkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melihat insiden kononnya Karpal hampir tersasul menyebut Guan Eng sebagai Perdana Menteri pada satu majlis di pasar Air Itam, Pulau Pinang semalam sebagai bukan disengajakan.
Sebaliknya, NGO-NGO berkenaan melihat pihak berkenaan sudah memasang niat untuk memastikan perkara itu berlaku jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu tampil untuk menjawab persoalan tersebut.
"Sanggupkah mereka menerima kenyataan tersebut dalam keadaan umat Melayu Islam sekarang berpecah-belah akibat dolak-dalik yang dibuat oleh pemimpin Islam Pas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam insiden berkenaan yang dilaporkan oleh The Star hari ini, Karpal seterusnya menjelaskan bahawa tiada salahnya dengan konsep bukan Melayu menjadi perdana menteri.
Menurut Mohd. Jurit, Pas pada hari ini sudah dilihat oleh umat Islam sebagai kuda tunggangan DAP, malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengaku bersedia menjadi kuda tunggangan DAP, justeru kenyataan Karpal itu bukanlah suatu mainan.
Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah juga mencabar pemimpin tertinggi Pas untuk menjawab kenyataan Karpal itu secara terbuka.
"Apa yang diucapkan oleh Karpal itu bukan perkara mustahil dan kita mahu parti sekutu DAP iaitu Pas untuk menjawab sama ada setuju atau tidak kerana kita tengok sejak kebelakangan ini Pas meletakkan kepentingan yang pelik-pelik dalam partinya," katanya.
Kata beliau, Pas perlu sedar bahawa mereka sepatutnya menjadi parti yang dominan dalam pakatan pembangkang, bukan membiarkan DAP menjadikannya sebagai kuda tunggangan yang sekali gus akan menghancurkan umat Islam dan Melayu.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
moshe nik ajis dan benjamin hadi awang akan bersyukur bila lge nenen jadi PM...
BalasPadamagama rasmi bleh tukar...
pendapatan negara akan bersangkut sekali dgn duit judi dan jalang...
along kaum bangkai akan pakai kopiah pi pungut duit...
melayu akan jadi hamba abdi ditanah sendiri...
kira mission moshe dan benjamin berjaya la kalau bangkai al kafirun jadi PM...
harap MAJLIS RAJA-RAJA saja sebagai benteng untuk menidakkan hasrat pekung pakatan...
pejuang hamas...
yg tinggal kita umat islam shja utk mnentang bnda ni...
BalasPadamharap smua sedar&bersatu kembali...
jgn gadai kn neraga utk kpentingan pribadi..
anak cucu plak yg merana nanti...